Penggemar Seafood Boleh Menikmati Kepuasan Maksimum Di Kontiki The Faderal Bukit Bintang
Hi korang,
Apa khabar semuanya, harap dengan keadaan pandemik covid-19 ni semua masih lagi mematuhi SOP dan sentiasa peka dengan persekitaran anda ye. Ok kali ni aku nak membawa korang ke satu tempat yang sudah cukup lama juga aku tidak menjejak kan kaki di tempat yang mewah ini. Bukan saja mewah terletak di tengah pusat bandar tapi mewah dari segi hidangan makanan yang di sediakan.
Bagi mereka si penggemar seafood sangat berbaloi utuk spend time masa korang di sini untuk ratah "seafood on ice" ini kerana kualiti dan kesegaran seafood mereka di jaga dengan prihatin. Di sini korang boleh dapatkan seperti Shell Oyster, Slipper Lobster, Tiger Prawn, Flower Crab dan Shell Mussel.
Itu adalah kepada si penggemar seafood, bukan itu sahaja option untuk makan masakan panggang dan bakar juga turut tersedia. Tidak cukup dengan itu masakan panas juga turut menanti untuk korang nikmati dengan penuh gembira. Di sajikan dengan menu seperti Roasted Whole Lamb Rack & Lamb Leg, juga ada Beef Wallington, Baked Whole Salmon Fish, serta di sediakan dengan kombinasi menarik Slipper Lobster, Tiger Prawn, Assorted Sausage, Chicken Wing, Chicken Santin, Large Squid, White Prawn, Lamb Cutlet, Flower Crab, Beef Steak, Chicken Satay dan Beef Satay. Aku amat yakin korang memang tak boleh nak menolak menu yang tersedia ini.
Di Tiki BBQ Seafood Dinner ni tersedia hanya pada waktu malam pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Korang boleh berkunjung start pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Harga yang di tawarkan RM 138 nett untuk dewasa, RM69 nett untuk warga emas 55 tahun ke atas dan juga RM49 nett untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Jadi menjadi kebiasaan bagi mereka yang ingin menikmati bersama dengan keluarga memang sesuai datang ke sini. Tempat yang tersedia sangat selesa dan menarik.
Untuk informasi yang lebih lanjut korang boleh dapatkan semua info di bawah ini :
Laman web : http://www.kontiki.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/kontiki.thefederalkl
Instagram : https://www.instagram.com/kontiki.thefederalkl
Tel : 03 2148 9166 ext. 2239
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kiflimally.com/2020/10/penggemar-seafood-boleh-menikmati.html