Pengganti Pm Saya Percaya Muhyiddin Serah Pada Rakyat
 SUARA MERDEKA

 Annuar Musa
 SETIAUSAHA  Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa percaya Perdana Menteri Tan  Sri Muhyiddin Yassin akan menyerahkan kepada rakyat berkaitan isu  penganti beliau.
Anuuar yang juga merupakan Setiausaha bersama Muafakat Nasional  berkata, ketika ini rakyat dan negara tidak sepatutnya dibebankan dengan  isu pengganti perdana menteri.
 Tegasnya, setiap lapisan masyarakat perlu memberi peluang kepada  perdana menteri untuk menyelamatkan negara dan nyawa rakyat terlebih  dahulu.
Katanya, isu pengganti perdana menteri boleh diselesaikan melalui pilihan raya selepas jangkitan Covid-19 reda.
“Tak payahlah fikir pengganti buat masa ni. Kita muafakat, bantu  kerajaan. Bila Covid-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah pada  rakyat. 
“USA lagi banyak kes Covid-19 dan mereka pun ada pilihanraya. Beri  peluang PM selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu. Saya percaya PM  serah pd rakyat,” ciap Annuar di Twitternya hari ini,
Beliau mengulas laporan sebuah portal bertajuk, ‘Dr Mahathir orang yang layak ganti Muhyiddin, kata Pejuang’.
Parti Pejuang yang mempunyai lima ahli Parlimen, menamakan  pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri kali  ketiga sehingga PRU-15.
Menurut setiausaha politik Mahathir, Abu Bakar Yahya, pencalonan itu  adalah untuk menyelamatkan negara sementara menunggu pilihan raya akan  datang.
“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan  dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi  menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya  umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan,” kata Abu Bakar dalam hantaran  Facebook.
Tambahnya, keputusan tersebut turut dipersetujui anak Mahathir, Mukhriz yang juga presiden parti Pejuang.
Kenyataan itu hadir ketika politik negara terus dalam keadaan tidak  menentu, dengan presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan  ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Untuk rekod, parti Pejuang masih menunggu pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).-SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/pengganti-pm-saya-percaya-muhyiddin.html