Pengerusi Pkr Kedah Cukuplah Ph Main Isu Najib Pencuri


ALOR SETAR 21 Dis. - Kegagalan memahami konsep Malaysia baharu menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan kini seolah-olah mengulangi kesilapan kerajaan terdahulu yang sekali gus menyebabkan rakyat kecewa.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Datuk Johari Abdul berkata, selepas Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti tidak tahu berbuat apa-apa dan hanya menghabiskan masa ke luar negara.
Johari turut menggesa Dr. Mahathir agar berhenti bermain isu Najib sebagai pencuri sedangkan bekas Perdana Menteri itu sudah dihadapkan ke mahkamah dan biarlah pihak berkuasa menentukannya.
“Dr. Mahathir hanya mengulangi ucapan yang sama bahawa Najib mencuri. Cukuplah, dia pun sudah ke mahkamah, biar mahkamah yang tentukan.
“Cakaplah sesuatu yang lebih positif, tetapi (malangnya) tiada. Rakyat tertanya-tanya apa seterusnya. Rakyat pastinya mahu sesuatu yang progresif tetapi tidak nampak hala tuju yang jelas,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menegaskan parti itu tidak teragak-agak untuk meninggalkan gabungan Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan pada hari ini sekiranya objektif Malaysia baharu yang dilaungkan mereka dipinggirkan.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata, komitmen itu yang membezakan parti tersebut dengan MCA yang disifatkan beliau sebagai 'lembik' semasa berada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Tambah Johari, beliau juga tidak pasti sama ada Perdana Menteri terlupa, tidak peduli atau tiada siapa yang menasihatkannya mengenai perkembangan semasa hari ini.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh masuk campur sebab dia orang luar. Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) pula ada batasnya.
“Dalam hal ini Perdana Menteri kena buat keputusan. Lakukan sesuatu untuk tidak lagi mengecewakan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE  #CelahGelegar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/12/pengerusi-pkr-kedah-cukuplah-ph-main.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latheefa Koya Bidas Parti Isu Lantikan Pengerusi Pkr Negeri

Latheefa Koya Bidas Parti Isu Lantikan Pengerusi Pkr Negeri

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya membidas parti itu yang didakwa mengamal sikap kronisme dan nepotisme dalam melantik pengerusi PKR negeri Ini termasuk pelantikan anak Presidennya Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi PKR P...
Anwar Diminta Tukar Pengerusi Pkr Kelantan Ada Rekod Sprm

Anwar Diminta Tukar Pengerusi Pkr Kelantan Ada Rekod Sprm

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 458 hits
KOTA BHARU Kira kira 70 anggota PKR yang mewakili 14 cabang di Kelantan merayu agar Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan kembali pelantikan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kel...
Cukuplah Hanya Pkr Melayu Yang Bukan Parti Melayu

Cukuplah Hanya Pkr Melayu Yang Bukan Parti Melayu

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 395 hits
Penyatuan parti Melayu atau pembubaran mana parti Melayu termasuklah umno BERSATU PAS atau AMANAH sekalipun ia sangat wajar CUKUPLAH parti Melayu Ada satu atau Dua SAHAJA untuk menjaga kepentingan UGAMA BANGSA Dan Negara Suka atau tidak umn...
Tak Wajar Bangkit Isu Nepotisme Dalam Pkr Mb N Sembilan

Tak Wajar Bangkit Isu Nepotisme Dalam Pkr Mb N Sembilan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 293 hits
SEREMBAN Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Aminuddin Harun menggesa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar agar mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletakkan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata ini kerana Nu...
Mujahid Kata Isu Th Dah Settle Cepatnya Najib Razak

Mujahid Kata Isu Th Dah Settle Cepatnya Najib Razak

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 336 hits
Isu TH dah settle Cepatnya Hari ini turut dilaporkan tentang kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengenai isu Tabung Haji Katanya walaupun TH berdepan dengan pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014 namun ...
Isu Pu Sungai Besi Najib Melukis Lagi

Isu Pu Sungai Besi Najib Melukis Lagi

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 439 hits
Raziatul Hanum A RajakNajib berkongsi penjelasan mengenai manfaat diterima ATM melalui perjanjian dengan 1MDB KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melukis lagi hari ini Kali ini bagi menjelaskan soal tuduhan beliau ...
Kerajaan Ph Tidak Bijak Politikkan Isu Th Najib

Kerajaan Ph Tidak Bijak Politikkan Isu Th Najib

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan tidak bijak kerana mempolitikkan isu Tabung Haji Menerusi catatan status di laman Facebook miliknya Najib turut mempersoalkan kenyataan yang ...
Panas Kj Tempelak Lokman Adam Isu Mahu Najib Ganti Zahid Takkan Lokman Bongap Macam Tu

Panas Kj Tempelak Lokman Adam Isu Mahu Najib Ganti Zahid Takkan Lokman Bongap Macam Tu

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 443 hits
Panas Kj Tempelak Lokman Adam Isu Mahu Najib Ganti Zahid Takkan Lokman Bongap Macam Tu
Isu Th Najib Terus Bidas Kerajaan Ph Dalam Media Sosial

Isu Th Najib Terus Bidas Kerajaan Ph Dalam Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 380 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Kerajaan PH yang mempolitikkan Tabung Haji Menurutnya TH ialah Tabung Haji dan bukan Tabung Harapan untuk kamu dijadikan bahan politik Langkah Kerajaan PH semalam ...
Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Editing Tools For Drawing

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti

The Real Roots Of Judicial Power In Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Kelapa Tepi Rumah

Bunga Kemboja Putih

Dendi Nata Tergariskan Chord

Don T Call It A Comeback Asterisk S Award Winning Harley Shovelhead

Tapau Beriani King Muar

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda