Pengerusi Keadilan Kelantan Perlu Tokoh Luar


SUSUPAN PAGI



Supardi Muhammad Nur.SISA SISA perebutan jawatan dalam PKR masih belum reda sepenuhnya. Selepas pemilihan MPP
nasional, kini pembentukan pemimpin negeri pula jadi tumpuan. Jawatan yang menjadi fokus ialah pengerusi negeri, timbalan pengerusi, setiuasaha, ketua penerangan, bendahari dan lain lain.

Pelantikan pengerusi negeri negeri masih belum disusun. Parti mungkin belum reda dengan peristiwa dikongres lalu. Mungkin presiden Anwar sedang menarik nafas panjang mencari akal.


Bagaimana pun pelantikan pimpinan negeri ini sudah mulai hangat diperkatakan.
Di Kelantan sudah timbul pelbagai aksi dan spekulasi. Pengerusi sekarang Supardi Muhammad Nur, yang juga ketua cabang Tanah Merah, katanya tidak lagi diharap untuk terus dilantik jadi pengerusi.



Samsul IskandarSupardi mula jadi pengerusi menggantikan Saifuddin Nasution Ismail. Menarik juga Supardi ini kerana memegang jawatan itu dua kali. 
Sebelum ini pernah dipecat kemudian dilantik semula. Pelantikan Supardi mungkin kerana PKR tiada tokoh berkalayakan untuk mengisi jawatan itu. 


Selepas ketiadaan Abdul Aziz Kadir yang menjadi pengerusi PKR Kelantan, belum ada mana-mana tokoh sehebat Aziz yang dapat mengembangkan parti itu dengan agak baik di Kelantan. Saifuddin yang memegang jawatan itu juga kurang bertenaga.


Ada sesuatu yang istimewa kenapa bekas pemimpin pemuda Umno ini Supardi sehingga dilantik dua kali jadi pengerusi. Supartdi menyertai Keadilan bukan dari sejak awal, tetapi di pertengahan, aktif apabila PH berjaya menubuh kerajaan. Itu antara sebab kenapa kemunculan dipertikaikan, kehadirannya seolah-olah mencari peluang baru. 


Kemunculan yang tiba tiba itu ditambah dengan kurang menunjukkan fungsinya sebagai pengerusi menyebabkan dia tidak disenangi oleh beberapa ketua cabang hari ini. Hal ini jelas dan mengejutkan apabila selepas usai pemilihan ketua cabang, ada SD dari kalangan ketua cabang untuk menolak atau memberi masej agar beliau tidak dilantik semula sebagai pengerusi negeri dalam perode akan datang. Kenapa?


Tidak diketahui jelas dan konkrit sebab musbab mengapa Supardi tidak disenangi. Tetapi apabila ada gerakan sampai menyediakan SD bantahan jelas beliau tidak disenangi. Tentu ada hambatan besar. 


Lantaran itu wajar kalau pihak pucuk pimpinan memberi sedikit perhatian dan membuat penyelidikan dalam soal ini. Khabarnya ada enam cabang yang menolak Supardi untuk dilantik menjadi pengerusi. Suasana itu memberi gambaran kalau Supardi dilantik juga ia akan menyebabkan parti bermasalah. Jangan kerana seseorang parti bermasalah.


Apakah masalah itu serius atau ia timbul dari kalangan yang tidak sebulu dengan Supardi sahaja? Perlu diselidiki dan dikenal pasti. Kuala Lumpur wajar mendapat maklumat tepat dari semua pihak agar tidak tersalah lapor. Timbalan presiden baru Nurul Izzah yang dilihat akan menjadi arkitek baru PKR wajar memerhati keadaan ini jika tidak kedudukannya itu tidak membantu parti. Presiden mungkin lorat san sibut dengan tugas kerajaan, maka Izzah perlu berkuat kuat.


Cuma ada cerita kedengaran antara sebab kenapa Supardi tidak disenangi kerana selama memegang jawatan pengerusi gagal membawa perubahan dominan kepada parti. Tidak banyak aktiviti memperkasa parti dilakukan. Penambahan keahlian juga tidak berlaku dengan ketara. Hubungan PKR dengan parti komponen kerajaan, Umno dan Amanah juga tidak begitu memberangsangkan. Malahan pejabat Keadilan negeri juga dikatakan beroperasi di luar Kota Bharu.


Jika masalah ini tidak dapat dituntas, mungkin perlu pihak Kuala Lumpur mencari seorang tokoh lain untuk dilantik jadi pengerusi PKR Kelantan, sebaik-baiknya tokoh dari luar Kelantan. Ia tidak boleh dibiarkan, PKR  perlu mengambil kesempatan dengan menjadi kerajaan untuk memperkuatkan parti tersebut. Sekiranya pengganti sebagai pengerusi itu nanti bukan dari kalangan ketua cabang di Kelantan kerana mereka sudah berpihak, mungkin tokoh luar terpaksa dibawa untuk memimpin Keadilan Kelantan, setidak tidaknya buat sementara waktu.


Sebenarnya tokoh dari luar memimpin mana mana parti di Kelantan kecuali Pas, tidak asing. Umno lama sebelum ini pernah dipimpin tokoh dari luar. Ghaffar Baba dan Mahathir pernah memimpin Umno Kelantan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan. Begitu juga dengan parti Amanah, kini parti itu dipimpin oleh naib presiden Amanah Adzly Zahri, beliau orang Melaka. Sebelum ibi Khalid Samad menjadi pengerusi Amanah Kelantan.


Ini berlaku bukan kerana parti parti itu tandus pemimpin asal Kelantan, tetapi sikap dan fiil orang Kelantan payah untuk menghormati orang senegeri dengan mereka bila jadi ketua. Mereka lebih menyanjungi dan menghormati orang luar. Perangai ini sukar dibuang keranan ia sudah menjadi budaya.


Berbicara siapakan tokoh luar Kelantan yang boleh dibawa, ada beberapa tokoh yang dikira layak untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan PKR untuk melantik mereka sebagai pengerusi negeri. 


Antaranya ialah Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar sendiri, naib presiden Amiruddin Shari dan Shamsul Iskandar Md Akin yang kini merupakan ketua cabang Melaka dan juga Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri. Mereka dikira layak dan akan dihormati sekiranya dilantik menjadi pengerusi. Izzah sebagai timbalan presiden sudah tentu akan dihormati sebagai ketua dengan mudah untuk PKR Kelantan ditadbirkan.


Demikian juga dengan Amiruddin Shari Menteri Besar Selangor, sedikit sebanyak kedudukannya menjadikan beliau akan dihormati dan pengalamannya mentadbir Selangor dapat membantu membentuk barisan kepimpinan dan pasukan PKR di Kelantan. Dengan kedudukan sebagai MB Amiruddin mampu untuk menetaskan idea bagaimana untuk parti menjanakan pendapatan. 


Sama juga dengan Samsul Iskandar, yang merupakan pegawai kenana pedana menteri yang sudah dikenali di kalangan anggota PKR dan Kelantan. Hubungan kekeluarga Samsul di Kelantan menjadikan beliau lebih mengenali dan mahir dengan fiil perangai orang politik di Kelantan. Sam mempunyai jalinan persahabatan bukan sahaja saja anggota PKR tetapi parti lain juga termasuk Pas, Umno dan Amanah. Hubungan Samsul dengan orang Kelantan bukan didekad terakhir tetapi sejak awal reformasi lagi.


Mungkin mereka itu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab besar yang dipukul, tetapi untuk sementara waktu mereka dapat untuk memberikan pengalaman pengurusan dan pentadbiran parti untuk PKR Kelantan. Keadilan Kelantan perlu berjiwa besar menyambut mereka sebagai pengerusi. 



Nik Anuar, KC Machang.Kalau salah seorang dari mereka dilantik ia sebagai lebih daripada untuk menjadi pembimbing dan penyuntik semangat sahaja manakala gerak kerja haruslah dari kalangan anggota PKR Kelantan. Timbalan pengerusi boleh dipilih dari kalangan 14 ketua cabang yang ada kini. 
Supardi sendiri atau pun ketua cabangan Machang Nik Anuar seorang peguam boleh dipertimbangkan. Lain-lain ketua cabang yang mempunyai iktisad dan keperibadian baik seperti ketua cabang Bachok, Ahmad Nazri Mohd Zain boleh juga dipertimbangkan.


Perubahan dan tindakan ini perlu dilakuan sekiranya Keadilan mahu menjadi parti pembangkang terkuat di Kelantan serta agen menyampaikan misi dan visi kerajaan Madani di negeri Cik Siti Wan Kembang. Bukan senang untuk merampas Kelantan dalam pilihan raya akan datang, tetapi kalau Keadilan bersama Umno dan Amanah dapat menyumbangkan dua tiga kerusi parlimen dan sekurang kurang 10 kerusi Dun dikira sudah berjaya. Trims. [wm.kl.8:21 pm 19/06/2025]





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/06/pengerusi-keadilan-kelantan-perlu-tokoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Spm Hanya 2a Kini Pelajar Terbaik Di Universiti Luar Negara

Keputusan Spm Hanya 2a Kini Pelajar Terbaik Di Universiti Luar Negara

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 80 hits
Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah Bagi Zul Hakim Zulhaimi cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susah dan akhirnya lebih bermakna Kalau ikut rekod keputusan SPM beliau cuma 2A Tak layak pun masuk universiti awam waktu...
Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 156 hits
Israel melancarkan serangan udara ke Teheran dan sekitarnya Jumat pagi waktu setempat Aljazeera melaporkan sejumlah tokoh tewas dalam serangan tersebut Termasuk tokoh militer dan ilmuwan nuklir Iran Kantor berita Tasnim Iran melaporkan bahw...
Adakah Alien Di Luar Sana

Adakah Alien Di Luar Sana

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 77 hits
Ir Zainuddin Hj OmarIni soalan yang sentiasa bermain dalam minda kita dan saya cuba rungkaikan cara paling mudah Pada tahun 1990 kapal angkasa Voyager 1 memusingkan kameranya ke arah bumi dan merakam satu gambar yang kemudiannya dikenali se...
Resipi Chicken Wing Yang Rangup Di Luar Juicy Di Dalam

Resipi Chicken Wing Yang Rangup Di Luar Juicy Di Dalam

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 59 hits
Hidangan kepak ayam sering menjadi kegemaran anak anak Malah orang dewasa pun sangat suka Lembut dan penuh perisa Kepak ayam sebegini biasanya dijual di restoran restoran pizza Makan panas panas memang layan tetapi jika dibeli harga boleh t...
Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

Disenarai Hitam Fahmi Reza Dakwa Dihalang Ke Luar Negara Mahu Penjelasan Bukit Aman

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 140 hits
Aktivis dan pereka grafik kontroversi Fahmi Reza mendakwa dirinya dihalang daripada keluar negara selepas disenaraihitamkan ekoran isu larangan masuk ke Sabah baru baru ini Dalam satu hantaran di Facebook hari ini Fahmi berkata dia baru men...
Pdrm Jelaskan Tiada Sebarang Sekatan Rasmi Buat Fahmi Reza Ke Luar Negara

Pdrm Jelaskan Tiada Sebarang Sekatan Rasmi Buat Fahmi Reza Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 91 hits
Polis Diraja Malaysia tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kononnya aktivis Fahmi Reza telah disekat daripada meninggalkan negara Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada kenyataaan rasmi di media sosial pihaknya m...
From Klang Valley To Kelantan Subsidised Cooking Oil Abundant In Pekan Golok

From Klang Valley To Kelantan Subsidised Cooking Oil Abundant In Pekan Golok

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 90 hits
Despite the government s RM1 5 billion subsidy allocation and border control measures the oil is not reaching its intended recipients raising questions about enforcement and ongoing smuggling If consumers wish to purchase the subsidised 1kg...
Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 123 hits
Lauk kampung seperti Sayur Lemak Putih Kelantan ini memang sangat membuka selera Tak perlu menu menu hebat Lauk ringkas begini sahaja sudah cukup untuk memberi rasa gembira Makan pula beramai ramai dengan ahli keluarga memang terasa nikmatn...
Amaran Ketua Polis Kelantan

Amaran Ketua Polis Kelantan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 71 hits
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan kes salah laku dan tatatertib dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia di negeri ini Beliau berkata trend itu perlu diberikan perhatian serius oleh ...
Zurich Liga 7x7 All Stars Returns With Big Names

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tiktok Brand Select Is Coming Ovios Launches Two Must Have Bean Bag Chairs At Up To 50 Off

Kuala Lumpur To Host M360 Asean 2026 Fueling Regional Tech Vision

Mesyuarat Agung Pibg Sekolah Anak

Zontes 368g Motosikal Paling Diminati

First Covid 19 Related Death Recorded For This Year

Jerantut Square Pusat Komersial Bandar Baru Moden Utc Jerantut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Editing Tools For Drawing

Drama Hilang Dalam Rindu

Misi Mengait Buah Avocado Berjaya

Sotong Bakar Thai Ala Street Food Bangkok Sos Pekat Melekat

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Untuk 19 22 Jun 2025 Jual Di Bawah 1 1535