Pengerusi Ceo Aman Palestin Didakwa 164 Tuduhan


 


SHAH ALAM: Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) adalah antara tiga lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 164 tuduhan pecah amanah, menipu dan terbabit pengubahan wang haram berjumlah keseluruhan RM39.5 juta.
Bagaimanapun, Pengerusi Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58, dan CEO, Awang Suffian Awang Piut, 52, serta pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Pada 8 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan siasatan terhadap Aman Palestin tertumpu mengenai wang dibelanjakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu termasuk perbelanjaan penubuhan beberapa syarikat.
Turut disiasat mengenai pelaburan jongkong emas oleh Aman Palestin dan penerimaan wang yang didakwa sudah diagihkan kepada penerima bantuan di beberapa negara termasuk Palestin dan Syria.

Pada November lalu, SPRM mengesahkan membeku 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.
Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu - BH
Selain menghadapi 52 pertuduhan pecah amanah, dua pegawai atasan Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) juga berdepan dengan 19 pertuduhan lain membabitkan entiti tersebut.
Kali ini Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Awang Suffian Awang Piut didakwa bertindak secara curang untuk memperdaya lembaga pemegang amanah Aman Palestin.
Mereka didakwa secara bersama menipu lembaga pemegang amanah syarikat terbabit dengan memindahkan wang bernilai RM5.75 juta daripada RM39.15 juta ke akaun syarikat mereka sendiri yang bertindak sebagai ejen untuk pembelian 131kg emas.
Kedua-dua mereka merupakan pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd.
Abdullah Zaik merupakan pengarah eksekutif Aman Palestin manakala Awang Suffian merupakan ketua pegawai eksekutif entiti itu.
Menurut kertas pertuduhan, lembaga pemegang amanah badan berkenaan tidak akan menyerahkan wang tersebut jika mereka tidak diperdaya oleh Abdullah Zaik dan Awang Suffian.
"Oleh yang demikian kamu berdua telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 lanun yang sama," kata pertuduhan tersebut.
Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua 19 pertuduhan.

Melalui setiap pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Anita Harun, Abdullah Zaik dan Awang Suffian didakwa meletakkan harga lebih tinggi daripada kadar sebenar untuk emas yang akan dibeli oleh syarikat mereka sendiri bagi pihak Aman Palestin.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Aman Palestin antara 24 Sept 2021 dan 14 Julai tahun lepas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/02/pengerusi-ceo-aman-palestin-didakwa-164.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Dua Jam Baca 164 Pertuduhan Terhadap Pengerusi Dan Ceo Aman Palestin

Lebih Dua Jam Baca 164 Pertuduhan Terhadap Pengerusi Dan Ceo Aman Palestin

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 276 hits
Shah Alam Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 164 pertuduhan pecah amanah menipu dan pengubahan wang haram membabitkan dana berjumlah RM39 5 juta Bagaimanapun...
Disiasat 164 Kes Dakwa Seleweng Dana Rm85 Juta Ceo Dan 3 Individu Aman Palestin Didakwa Hari Ini

Disiasat 164 Kes Dakwa Seleweng Dana Rm85 Juta Ceo Dan 3 Individu Aman Palestin Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 186 hits
Memetik Berita Harian Online pengurusan tertinggi Aman Palestin Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada hari ini CEO Aman Palestin dan 3 individu didakwa di mahkamah Pertuduhan itu dibuat agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Ceo Syarikat Antara 3 Didakwa Seleweng Derma Aman Palestin

Ceo Syarikat Antara 3 Didakwa Seleweng Derma Aman Palestin

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 215 hits
PETALING JAYA Tiga individu termasuk seorang yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor esok kerana disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram hasil daripad...
Kes Aman Palestin Tuduhan Terhadap Awang Suffian Awang Piut

Kes Aman Palestin Tuduhan Terhadap Awang Suffian Awang Piut

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 220 hits
HarapandailyAwang Suffian Awang Piut yang dituduh bersekali dua pemimpin Aman Palestin hari berdepan sejumlah 19 tuduhan Kesalahan melibatkan penyalahgunaan wang haram untuk pembelian lot tanah rumah rumah kedai dan kenderaan Tuduhan pertam...
Isma Jauhkan Diri Selepas Pemimpin Aman Palestin Didakwa

Isma Jauhkan Diri Selepas Pemimpin Aman Palestin Didakwa

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 330 hits
HarapandailySelepas pemimpin Aman Palestin didakwa di mahkamah Isma menegaskan bahawa pertubuhan itu tidak pernah dan pada bila bila masa mengendalikan syarikat Aman Palestin Menerusi kenyataan hari ini Isma menafikan sepenuhnya dakwaan bah...
Pengarah Ceo Aman Palestin Hadapi 52 Pertuduhan Pecah Amanah

Pengarah Ceo Aman Palestin Hadapi 52 Pertuduhan Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 263 hits
Alyaa AlhadjriDua pegawai atasan Aman Palestin Bhd hari ini mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah Jumlah dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut berjumlah lebih RM20 j...
Tiga Individu Dari Aman Palestin Didakwa Esok

Tiga Individu Dari Aman Palestin Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 355 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myKuala Lumpur Tiga individu dari pertubuhan bukan kerajaan Aman Palestin Berhad akan didakwa di Mahkamah Shah Alam Selangor esok Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Az...
3 Men Linked To Aman Palestin Case Set To Face More Than 100 Charges

3 Men Linked To Aman Palestin Case Set To Face More Than 100 Charges

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 384 hits
MACC arrested the three men at the anti graft agency s headquarters in Putrajaya today PETALING JAYA Three people suspected of being involved in money laundering donations that were embezzled from NGO Aman Palestin are facing over 100 charg...
Agc To Oppose Aman Palestin Bid To Unfreeze 11 Accounts

Agc To Oppose Aman Palestin Bid To Unfreeze 11 Accounts

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 286 hits
The Attorney General s Chambers will be objecting to Aman Palestin s judicial review leave application against MACC s freezing of the NGO s 11 bank accounts The aid group s lawyer Rafique Rashid Ali said the AGC s representative stated this...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps

4 Cara Unlock Jaringan Hp Samsung Dari Luar Negeri Mudah Dan Dijamin Work

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Sumpah Ibuku

Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

Xau Usd Optimisme Diperbaharui Di Kalangan Pembeli

Ikhtisar 6 13 Di Antara Banjir Duka Dan Ketuhanan

Gold Stars Six Of Our Favorite Custom Bsa Motorcycles

Filem Malam Terlarang Sinopsis Barisan Pelakon