Pengeluaran Str Fasa 1 Di Bsn
PENGELUARAN STR FASA 1 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit)
Jika anda penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank atau status pembayaran gagal kredit, anda perlu membuat pengeluaran STR di BSN (Bank Simpanan Nasional). Disini kami kongsikan penerangannya, semoga membantu
TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1
Ada Akaun Bank
Mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat. (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022)
Tiada Akaun Bank
Tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
CARA SEMAK STATUS STR ONLINE
Berikut adalah merupakan panduan untuk login MySTR untuk membuat semakan status anda iaitu:
Layari pautan MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx
Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk.
Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan tertera. 2. Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang Semakan Pembayaran
Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.
Nama Pemohon
No Mykad Pemohon
Status Permohonan
Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
NOTA: Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
CARA PENGELUARAN STR FASA 1 DI BSN
Penerima perlu hadir ke Cawangan BSN bersama kad pengenalan asal penerima bagi membuat tuntutan bayaran dengan membawa MyKad dan Nombor Baucar STR yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.
CARA PENGELUARAN STR OLEH WAKIL DI BSN
Wakil atau waris dibenarkan untuk membuat pengeluaran STR di BSN bagi pihak penerima di mana-mana kaunter dan cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan.
Senarai Wakil Pengeluaran STR
Ibu / Bapa
Pasangan (keutamaan)
Anak
Adik-Beradik
Cucu
Nota: Bagi pembayaran STR secara pengkreditan ke akaun bank, prosedur pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat bank penerima yang telah didaftarkan.
Dokumen Diperlukan Bagi Pengeluaran STR Oleh Wakil
Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima;
Kad pengenalan (asal) waris: dan
Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Pasangan
Sijil Perkahwinan; ATAU Sijil Lahir Anak
Ibu / Bapa
Sijil Kelahiran penerima
Anak
Sijil Kelahiran Waris
Anak Angkat
Sijil anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN; ATAU Pengesahan Agensi Kerajaan (jika pemohon tiada sijil angkat) iaitu: Mahkamah; atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Anak Tiri
Sijil Lahir Waris (anak tiri); DAN Sijil Perkahwinan Ibu / Bapa Tiri
Adik Beradik
Sijil Kelahiran Penerima; DAN Sijil Kelahiran Waris
Cucu
Sijil Kelahiran Waris (Cucu); DAN Sijil Kelahiran Ibu / Bapa kepada Waris
Dokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penunaian:
Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti); atau Tempoh masa Surat Pengesahan:
Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara: atau
Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023)
Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara; atau
Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
Surat pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
Kad Orang Kurang Upaya (OKU)
SOALAN LAZIM (FAQ) PENGELUARAN STR DI BSN
Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?
Sekiranya paparan di portal MySTR menunjukkan Tiada Akaun, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan adalah Tiada Akaun. Apa perlu saya buat?
Sekiranya paparan di Portal MySTR menunjukkan status Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat penunaian Sumbangan Tunai Rahmah Rakyat di BSN?
Penunaian boleh dibuat oleh penerima dengan membawa MyKad dan Nombor Baucar STR yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.
Bagaimana mahu buat semakan dan dapatkan Nombor Baucar?
Semakan Nombor Siri boleh dibuat di Portal MySTR
Bilakah tarikh yang dibenarkan untuk buat pengeluaran STR Fasa 1 di kaunter BSN?
Duit STR Fasa 1 boleh diambil atau penunaian boleh dibuat di mana-mana kaunter BSN pada 17 Januari 2023
Sila ambil maklum, penerima hanya boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Baucar wujud pada paparan Maklumat Pembayaran. Selagi belum ada Nombor Siri, tidak perlu hadir ke BSN.
Bilakah tarikh akhir tuntutan bayaran secara tunai STR boleh dibuat?
Penerima yang layak perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada (tarikh akan dikemaskini kemudian)
Suami adalah penerima STR. Bolehkan saya sebagai wakil atau waris layak untuk menerima duit STR?
Ya, layak. Dalam situasi ini, suami ialah seorang penerima Sumbangan Tunai Rahma yang telah lulus tetapi telah meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, wakil atau waris yang berdaftar dalam permohonan yang diisi dalam Maklumat Waris boleh hadir ke BSN untuk penunaian duit STR.
Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia. Adakah saya boleh menjadi wakil untuk ambilkan duit STR?
Ya, boleh. Jika anda bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil untuk buat pengeluaran STR di BSN. Namun, hanya sekiranya hubungan anda dan penerima adalah terdiri daripada hubungan berikut:
Ibu
Bapa
Pasangan
Anak
Adik-beradik
Cucu
Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima yang sakit, uzur atau merupakan warga emas yang tidak boleh berjalan dan menghadirkan diri ke BSN?
Ya, boleh. Wakil atau waris yang berdaftar boleh hadir ke BSN untuk membuat penunaian dengan membawa bersama dokumen yang berkaitan. Sila rujuk senarai dokumen yang perlu dibawa untuk pengesahan.
Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima Bujang?
Ya, boleh. Namun, dengan syarat penerima Bujang ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan. Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak Bujang boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN. Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan (asal) penerima STR.
Adakah wakil atau waris dibenarkan membuat penunaian bagi penerima OKU?
Ya, boleh. Namun, dengan syarat penerima OKU ini tidak mempunyai wakil atau waris yang didaftarkan semasa permohonan. Mana-mana wakil yang dimohon oleh penerima untuk membuat penunaian bagi pihak OKU boleh membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN mengikut prosedur di BSN. Wakil atau waris perlu mengemukakan dokumen berikut Kad Pengenalan OKU (asal) dan Kad OKU (asal) penerima STR.
ARTIKEL LAIN
STR DALAM PROSES PENGKREDITAN (MAKSUD STATUS)
The post PENGELUARAN STR FASA 1 DI BSN (Status Tiada Akaun/Gagal Kredit) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/pengeluaran-str-bsn.html