Pengeluaran I Lestari Kwsp Pendaftaran Pengaktifan I Akaun Online


Pengeluaran i-Lestari KWSP: Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun Online. Seluruh rakyat Malaysia pasti merasa terkesan dengan Perintah Larangan Pergerakan yang telah di istiharkan Kerajaan Malaysia pada 18 hingga 31 Mac 2020 lalu, dan kini kita dalam fasa kedua PKP yang akan berlanjutan sehingga 14 April 2020 nanti.


Pada 23 Mac 2020 yang lalu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP melalui sebuah skim pengeluaran yang digelar i-Lestari KWSP.

Tujuannya adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini.

Berita ini disambut baik oleh rakyat, terutamanya yang terjejas pendapatan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak jenis pekerjaan, perniagaan dan perkhidmatan terpaksa dihentikan buat sementara.

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan tentang info lanjut berkaitan e-pengeluaran Akaun 2 KWSP iaitu i-Lestari KWSP dan cara membuat pendaftaran permohonan serta pengeluaran secara online.

Konsep Am Pengeluaran i-LestariApakah i-Lestari dan bagaimana prosedur pengeluaran KWSP akan berlangsung adalah seperti berikut:
Pengeluaran maksimum RM500 daripada Akaun 2 sahaja.Kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP hingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti dalam situasi di bawah (b)Situasi :

Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.

Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.

Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.

Tempoh Pengeluaran i-Lestari KWSP Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

*(Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Kelayakan Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSPSiapa yang layak memohon i-Lestari?

Pencarum yang layak memohon i-Lestari adalah terdiri daripada mereka yang memenuhi kriteria berikut :
Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;Berumur di bawah 55 tahun; danMempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
Amaun Pengeluaran i-Lestari Yang Boleh DikeluarkanAmaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Namun jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.


Tarikh Penerimaan BayaranBagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

3 Cara Permohonan Pengeluaran iLestari KWSPBorang permohonan yang lengkap diisi boleh dihantar kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui kaedah-kaedah berikut:
Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)Secara e-mel yang dialamatkan kepada: [email protected]; atauSecara hantaran pos kepada alamat :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya

dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat

Ahli disarankan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui kaedah (b) dan (c) akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah (2) dan (3) sahaja.

Untuk info lanjut, baca FAQ yang disediakan oleh KWSP.


Bagaimanakah cara untuk Ahli membuat pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel?Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat [email protected] berserta dokumen sokongan seperti berikut:

1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun borang); dan
2. Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atauTangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
4. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:
Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.
Bagaimana dan apakah tempoh masa Ahli boleh membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli)?Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.

Klik di sini untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli).

Apakah cara untuk Ahli mengemaskini nombor telefon untuk penerimaan TAC?Ahli hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel untuk mengemaskini nombor telefon dan caranya adalah seperti cara pendaftaran i-Akaun melalui e-mel diatas.

Bagaimanakah Ahli boleh mendapatkan kembali ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang telah tamat tempoh?Ahli hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel dan caranya adalah seperticara pendaftaran i-Akaun melalui e-mel diatas.

Untuk pertanyaan lanjut boleh e-mel ke : [email protected] atau hubungi 03-8922 6000.

Lawati Facebook rasmi KWSP untuk update terkini : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia/

Semoga perkongsian Pengeluaran i-Lestari KWSP: Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun Online ini membantu anda membuat pendaftaran dan pengkatifan serta permohonan pengeluaran akaun 2 akaun kwsp anda.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.elihjapahar.net/2020/04/pengeluaran-i-lestari-kwsp-pendaftaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarkan Rm500 Bulan Dari Kwsp Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp I Akaun 2 Secara Online

Keluarkan Rm500 Bulan Dari Kwsp Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp I Akaun 2 Secara Online

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 670 hits
Cara Mohon Pengeluaran i Lestari KWSP i Akaun 2 Secara Online Hai Bermula 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka dari Akaun 2 i Lestari KWSP Amaun pengeluaran i Lestar...
Tutorial Isi Borang Permohonan Semak Status Pengeluaran I Lestari Kwsp Secara Online

Tutorial Isi Borang Permohonan Semak Status Pengeluaran I Lestari Kwsp Secara Online

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 1374 hits
Isi Borang Pengeluaran i Lestari KWSP secara online Semakan Status Pengeluaran i Lestari KWSP Secara Online Kini KWSP memperkenalkan cara lebih mudah untuk permohonan baru serta semakan status pengeluaran i Lestari KWSP iaitu secara atas ta...
Cara Daftar I Akaun Epf Online Untuk Dapatkan Rm500 I Lestari Kwsp

Cara Daftar I Akaun Epf Online Untuk Dapatkan Rm500 I Lestari Kwsp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 1117 hits
CARA DAFTAR I AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i LESTARI KWSP 1 April 2020 bermulalah gelombang baru iaitu gelombang pengeluaran KWSP akaun 2 Beberapa hari lepas PM kita ada mewar warkan semua orang boleh mengeluarkan duit dari KWSP ya...
I Lestari Kwsp Cara Daftar Permohonan Pengeluaran Online

I Lestari Kwsp Cara Daftar Permohonan Pengeluaran Online

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 559 hits
i Lestari KWSP Cara Daftar Permohonan Pengeluaran Online berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang pengeluaran Akaun 2 sebanyak RM500 sebulan daripada KWSP Untuk makluman program di bawah i Lestari KWSP ini boleh dibuat secara online emel...
Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Online Tanpa Perlu Email Dan Pos Borang

Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Online Tanpa Perlu Email Dan Pos Borang

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 611 hits
Cara Mohon Pengeluaran i Lestari KWSP Online Tanpa Perlu Email dan Pos Borang Adakah anda ingin memohon pengeluaran akaun 2 KWSP Pengeluaran i Lestari sebelum ini memang agak merumitkan yang mana perlu pengesahan pemilikan telefon bimbit da...
Pengeluaran I Lestari Akaun 2 Kwsp Lebih Mudah

Pengeluaran I Lestari Akaun 2 Kwsp Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 347 hits
Jika sebelum ini saya ada kongsikan cara pengeluaran i Lestari daripada Akauan 2 KWSP melalui i Akaun rata rata masih terdapat ramai pencarum atau ahli KWSP masih belum membuka i Akaun yang sedikit sebanyak telah menyukarkan proses permohon...
I Lestari Kwsp Cara Daftar I Akaun Kwsp Mohon Pengeluaran

I Lestari Kwsp Cara Daftar I Akaun Kwsp Mohon Pengeluaran

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 922 hits
Sebagai salah satu cara membantu rakyat mendapatkan duit untuk menampung keperluan asas semasa zaman kegawatan akibat COVID 19 kerajaan telah membenarkan pengeluaran i Lestari KWSP daripada Akaun 2 KWSP masing masing Jumlah yang dibenarkan ...
Cara Memohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Secara Online

Cara Memohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Secara Online

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 530 hits
Cara memohon pengeluaran i Lestari KWSP secara online Bagi meringankan beban kewangan rakyat berikutan wabak COVID 19 kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membuat pengeluaran simpanan menerusi Pengeluaran i Lestari d...
Cara Membuat Permohonan I Lestari Menerusi I Akaun Kwsp

Cara Membuat Permohonan I Lestari Menerusi I Akaun Kwsp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 727 hits
Assalamualaikum w b tCara Membuat Permohonan i Lestari Menerusi i Akaun KWSP Seperti yang kita sedia maklum salah satu usaha yang diambil oleh pihak kerajaan bagi meringan beban kewangan ketika menghadapi ujian wabak COVID 19 ini adalah den...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa