Pengeluar Racun Serangga No 1 Di Jepun Teroka Pasaran Malaysia Dengan Enam Produk





Kuala Lumpur, 11 Julai 2020: Earth Corporation Jepun (EC), peneraju global dalam produk penjagaan rumah dan racun serangga, kini memperkenalkan produk bertaraf dunianya di Malaysia.

 
Nobuhito Hosaka, Pengarah Urusan Earth Home Products (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat subsidiari milik EC berkata: “Sebagai permulaan, kami memperkenalkan enam produk penjagaan rumah dan kawalan serangga di Malaysia. Kebanyakannya adalah produk terlaris di Jepun dan di negara-negara di mana produk Earth Corporation dipasarkan. Salah satu produk terunggul kami adalah penyembur penyahbau fabrik bebas alkohol yang dihasilkan menggunakan pati minyak, yang menghilangkan lebih 99% bakteria, virus dan menghalau tungau.”

 
“Kami mendapati kebimbangan terhadap pandemik dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga seperti denggi, menimbulkan permintaan kepada keperluan rangkaian penjagaan rumah kami. Produk-produk ini membantu menjadikan persekitaran rumah lebih selamat dan sihat untuk seisi keluarga.”

 
“Digabungkan dengan strategi harga yang berpatutan, kami yakin produk kami akan disambut baik di Malaysia,” tambah beliau.

 
Earth Corporation telah ditubuhkan sejak 128 tahun lalu pada tahun 1892 dan merupakan peneraju pengeluar produk penjagaan rumah dan kawalan serangga perosak, penghalau serangga, penjagaan mulut, bahan tambahan mandian, penyegar udara dan penyahbau, serta alatan berkebun dan produk haiwan peliharaan.

 
Syarikat tersebut telah mambangunkan dan membekalkan pelbagai barangan berkualiti tinggi kepada pengguna selama lebih satu abad, meningkatkan kebersihan dan keselesaan kehidupan seharian. Dengan kemudahan R&D yang canggih dan menghasilkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun, syarikat itu sentiasa berusaha untuk kekal berada selangkah di hadapan di dalam pasaran.

 
Hosaka berkata: “Sejumlah besar produk kami merupakan produk terlaris di negara dimana ia dipasarkan. Di Jepun, produk kawalan serangga perosak kami merangkumi lebih 50% bahagian pasaran (angka 2018) untuk pasaran domestik. Ini mencerminkan kepercayaan dan keyakinan pengguna Jepun yang bijak menilai pelbagai produk yang telah kami perkenalkan selama ini. 


Enam produk yang kini dijual di pasar raya utama di Malaysia dipasarkan di bawah beberapa jenama yang berbeza. Antaranya adalah:

 

1.         Penyembur Fabrik NATUCAIR

Penyembur fabrik yang dihasilkan menggunakan Pati Minyak Semulajadi. Ia menyahkan bau hapak, menghilangkan lebih 99% bakteria dan virus, menghalang tungau dan 100% bebas alkohol.

Terdapat dalam 3 varian - Relaxing Purple, Sparkling Yellow dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 12.90

 



2.         Gel Penyegar Udara dan Penghalau Nyamuk NATUCAIR

Penyegar udara semulajadi tidak beracun dan juga penghalau nyamuk.

Terdapat dalam 3 varian – Relaxing Purple, Lively Green dan Pink Blossom.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 13.90

 
3.         ARS Hoy Hoy Trap-A-Roach

Perangkap lipas No 1 di Jepun dengan umpan penarik bebas racun serangga yang diperbuat daripada makanan kegemaran lipas. Gam perangkap bergelombang yang kuat dapat menampung berat sehingga 15kg. Perangkap berbentuk rumah itu direka khas sesuai dengan tabiat lipas dan menyembunyikan pandangan lipas yang terperangkap pada gam yang kurang menyenangkan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 5.60

 

4.         Umpan Lipas Semulajadi ARS White Cap 

100% bahan semulajadi. Umpan ini dirumus berdasarkan makanan kegemaran lipas dan asid borik, bahan aktif yang dihasilkan secara semulajadi. Ia berupaya menghilangkan keseluruhan sarang lipas dan berkesan sehingga enam bulan.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 11.90

 

5.         Perangkap Tikus Bergam ARS

Perangkap tikus bergam terlaris di Thailand! Gam yang sangat kuat dan bebas bau. Termasuk alas plastik kalis air tahan lama dalam dua saiz (satu alas besar dan dua alas kecil)

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 10.90

 



6.         Penyembur Pembersih Penyaman Udara EARTH

Ringkas, mudah digunakan dan efektif! Hanya acukan dan sembur. Penyembur Pembersih Penyaman Udara Earth mempunyai muncung pemicu jet yang berkuasa untuk pembersihan yang efektif dan membantu mengurangkan pertumbuhan kulat dan kulapuk di antara bilah penyejuk. Ia membersih, menghilangkan bakteria dan virus serta menyahbau dengan wangian ekstrak daun teh hijau.

Harga Runcit Yang Disyorkan (RRP): RM 24.90






Tentang Earth Corporation:

 
Ditubuhkan pada tahun 1892 di Jepun, Earth Corporation (EC) telah meningkatkan kehidupan pengguna selama lebih 100 tahun. Ia sentiasa berusaha untuk menjadi pengeluar rangkaian keperluan harian yang komprehensif dengan memberikan keselesaan kepada kehidupan pengguna melalui produk yang selangkah lebih maju. Dihasilkan melalui proses pengilangan dan piawaian keselamatan bertaraf dunia, produk inovatif Earth Corporation dieksport ke 55 buah negara di seluruh dunia. Kemudahan R&D yang canggih membangunkan lebih daripada 100 produk baharu setiap tahun.

 
Falsafah korporat “Bertindak Untuk Kehidupan” mencerminkan sasaran syarikat untuk sentiasa selari dengan pengguna, menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti untuk keselamatan dan keselesaan sejagat, dan sentiasa “bertindak untuk hidup” dengan lebih harmoni dengan Bumi. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.comelcomot.com/2020/07/pengeluar-racun-serangga-no-1-di-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengku Zafrul Pelabur Asing Sangat Yakin Pasaran Malaysia

Tengku Zafrul Pelabur Asing Sangat Yakin Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Walaupun seluruh dunia masih menghadapi cabaran kerana pandemik Covid 19 keyakinan dalam pasaran Malaysia tetap teguh terutamanya daripada pelabur asing berdasarkan pelaburan sebanyak RM23 1 bilion dalam pasaran bon sehingga Og...
Calon Pengantin Pria Tak Sanggup Penuhi Permintaan Mahar 15 Juta Si Wanita Pilih Minum Racun Serangga

Calon Pengantin Pria Tak Sanggup Penuhi Permintaan Mahar 15 Juta Si Wanita Pilih Minum Racun Serangga

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 338 hits
Sia Binti Liwang perempuan berusia 31 tahun asal Kampung Karamaka Desa Banrimanurung Kecamatan Bangkala Barat Kabupaten Jeneponto Sulawesi Selatan nekat meminum racun serangga hingga meninggal dunia Dia diduga meminum racun lantaran tak men...
Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2020

Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2020

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 1361 hits
Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 September 2020 Tak perasan esok dah jatuh 16 September maka sekali lagi kita sambut Hari Malaysia iaitu hari terbentuknya persekutuan Malaysia Hari Malaysia di cadangkan sebagai cuti umum semasa dalam peme...
Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan Kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia

Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan Kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 668 hits
Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia Minggu lepas dapat info dari group sekolah Abang Syamil yang hari ini cikgu
Development Of Rm140 Billion Bandar Malaysia Begins

Development Of Rm140 Billion Bandar Malaysia Begins

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 398 hits
Bandar Malaysia will boost business across all sectors of the economy as it will be a hub for local and international companies said Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz Bernama picKUALA LUMPUR Bandar Malaysia will boost bus...
Of Politics Syed Saddiq And A Truly Colour Blind Malaysia

Of Politics Syed Saddiq And A Truly Colour Blind Malaysia

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 296 hits
The formation of Malaysia set the right framework in terms of political arrangements and administrative matters for Malaya Sarawak and Sabah A young and vibrant multiracial multicultural and multireligious country ready to move forward had ...
Berunding Dengan Filipina Bermakna Malaysia Iktiraf Tuntutan Ke Atas Sabah Hishammuddin

Berunding Dengan Filipina Bermakna Malaysia Iktiraf Tuntutan Ke Atas Sabah Hishammuddin

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 294 hits
M Update 15 09 2020 Berunding dengan Filipina mengenai tuntutan ke atas negeri Sabah bermakna Malaysia mengakui bahawa tuntutan itu mempunyai asas kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Justeru beliau berkata tiada sebab untu...
Malaysia Should Race To The Top In Drawing Foreign Investors Says Think Tank

Malaysia Should Race To The Top In Drawing Foreign Investors Says Think Tank

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 364 hits
Malaysia is in a good position to attract foreign direct investment flows PETALING JAYA A think tank said Malaysia s deep integration into existing global and regional supply chains puts it in prime position to capitalise on the current sup...
Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm