Pengeluar Akui Bahaya Rokok



Pada tahun 1988 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluluskan resolusi untuk menobatkan 31 Mei setiap tahun sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Resolusi itu bertujuan menarik perhatian masyarakat dunia mengenai kesan tabiat merokok terutama kepada kumpulan manusia yang paling rapat dengan perokok. Kumpulan ini menerima tempias sehingga digelar ‘perokok pasif’.

Setiap tahun Hari Tanpa Tembakau Sedunia dirayakan. Pelbagai slogan, kempen dan moto menyusul sambutan tahunan itu manakala azam untuk berhenti merokok menjadi agenda tetap para penagih rokok setiap kali munculnya tahun baru.

Namun adakah segala usaha untuk mengurangkan jumlah perokok, jumlah kematian akibat merokok dan jumlah mereka yang menderita akibat tabiat merokok itu berjaya atau sekurang-kurangnya separuh berjaya?

Ataupun usaha-usaha tersebut hanya menambah kekayaan pengeluar rokok atau pencipta rokok yang tidak diketahui pun sama ada mereka juga tergolong dalam kategori perokok. Manakala struktur kewangan para perokok semakin merosot gara-gara sikap murah hati untuk menghadiahkan setidak-tidaknya suku daripada gaji bulanan mereka kepada syarikat-syarikat rokok.

Kita lupakan simpati terhadap para perokok yang mungkin ada di antaranya sedang menanggung kesakitan gara-gara pilihan mereka sendiri.

Simpati kita adalah kepada kelompok perokok pasif yang tanpa sedar terpaksa menanggung ‘dosa’ para perokok. Sebab itu kempen juga harus tertumpu kepada usaha mewujudkan persekitaran yang bebas daripada rokok untuk meminimumkan kesan bahaya rokok kepada golongan yang tidak berdosa ini terutama kanak-kanak dan wanita mengandung.

Ini semua gara-gara kerja keras pengeluar rokok membuat kajian rapi sebelum menghasilkan sebatang rokok yang bukan sahaja mempunyai reka bentuk canggih malah mempunyai kemampuan yang optimum untuk mendatangkan ketagihan kepada perokok.

Sememangnya kerja-kerja menghasilkan sebatang rokok memerlukan ketekunan di pihak pembuatnya kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk menyebabkan kematian kepada perokok bukan calang-calang.

Hasil ketekunan mereka terciptalah sebatang rokok yang mengeluarkan asap mengandungi lebih 4,000 bahan kimia beracun, 63 darinya terbukti menyebabkan kanser kepada manusia dan haiwan.

Bunyinya seperti aneh kerana rokok merupakan satu-satunya produk pengguna yang boleh membunuh jika digunakan sepertimana yang disyorkan oleh pembuatnya. Jelas tertera di kotak-kotak rokok mengenai bahaya merokok. Pengguna diberi amaran bahawa merokok

Membahayakan kesihatan tetapi untuk membeli produk yang memudaratkan itu amat mudah. Dan lebih unik tentang rokok ialah keupayaannya mencetuskan penderitaan terhadap orang yang berada di sekeliling perokok. Jika penagih dadah atau penggemar ganja memudaratkan diri sendiri tetapi tidak dalam kes rokok.

Setiap tahun lebih 10,000 kematian di Malaysia adalah akibat merokok. Penyebab kematian berkaitan dengan tabiat merokok ialah penyakit jantung, kanser, strok dan penyakit saluran pernafasan. Bilangan ini jauh lebih tinggi berbanding gabungan jumlah kematian akibat AIDS, tibi, malaria, pneumonia dan kemalangan jalan raya.

Namun fakta-fakta yang dipersembahkan berulang kali ini belum mampu mencetuskan kebimbangan kepada perokok malah jumlah mereka yang terlibat dengan aktiviti tidak sihat ini semakin meningkat.

Kini muncul pula trend merokok di kalangan wanita dan remaja bawah umur yang sering mengaitkan rokok sebagai lambang masyarakat moden, terbuka, bergaya dan bebas.

Di pihak kerajaan puluhan juta ringgit telah diperuntukkan setiap tahun untuk menjayakan kempen anti merokok secara besar-besaran.

Tabiat benci merokok perlu disemai sejak di bangku sekolah lagi bagi membawa kesan terhadap kanak-kanak dan seterusnya belia serta golongan dewasa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/02/vgp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Bahaya Yang Mengintai Jika Kamu Tidur Dalam Kondisi Rambut Basah

4 Bahaya Yang Mengintai Jika Kamu Tidur Dalam Kondisi Rambut Basah

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 207 hits
Kondisi mandi dengan rambut basah ini tentu saja kurang ideal dan dapat menyebabkan sejumlah masalah padamu Pasalnya rambut pada dasarnya mirip karet karena elastis dan dapat ditarik hingga 1 2 inci saat kering menjadi 1 5 inci saat basah
Dana Asing Lebih Bahaya Dari Isu Rm90 Juta Kata Tuan Ibrahim

Dana Asing Lebih Bahaya Dari Isu Rm90 Juta Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 442 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu dana asing yang didakwa diterima DAP lebih bahaya berbanding isu RM90 juta yang dididakwa diterima PAS Ini kerana katanya dana asing tersebut disahkan sendiri oleh International Republ...
Bahaya Kadmium

Bahaya Kadmium

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 546 hits
Kadmium merupakan sejenis logam berat yang boleh hadir secara semula jadi dalam udara air dan tanah tetapi pada kuantiti yang kecil sahaja Kadmium tidak terurai dan akan berkumpul mengikut masa Pembakaran bahan buangan dari rumah atau indus...
Ibu Hamil Lebih Senang Kena Kencing Kotor Doktor Jelaskan Bahaya Jika Tak Dirawat

Ibu Hamil Lebih Senang Kena Kencing Kotor Doktor Jelaskan Bahaya Jika Tak Dirawat

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 411 hits
Kencing kotor dikenali sebagai jangkitan kuman dalam saluran kencing Jangkitan ini biasanya didapati oleh golongan wanita kerana golongan ini mempunyai saluran pembuangan air kecil yang sangat pendek dan sangat mudah dijangkiti kuman Kenapa...
Bahaya Ke Kalau Suka Makan Makanan Masam Masam

Bahaya Ke Kalau Suka Makan Makanan Masam Masam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 682 hits
Siapa kat sini suka sangat makan jeruk asam masin dan apa jua makanan yang dijerukkan Penulis tidak sudah lama betul penulis berpantang dari mengambil makanan jeruk atau yang masam masam Sebabnya memang penulis tidak tahan dengan makanan ma...
Bahaya Akaun Palsu Dilaman Media Sosial

Bahaya Akaun Palsu Dilaman Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 399 hits
Sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan yang ketara akaun palsu dicipta di laman sosial Facebook bukan sahaja diseluruh dunia malahan juga di Malaysia Berdasarkan laporan akhbar The New York Times dianggarkan sejumlah 85 juta akaun Face...
Mantan Bupati Bener Meriah Akui Ada Pemberian Uang Ke Irwandi Yusuf Agar Dapat Proyek

Mantan Bupati Bener Meriah Akui Ada Pemberian Uang Ke Irwandi Yusuf Agar Dapat Proyek

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 226 hits
Mantan Bupati Bener Meriah Ahmadi mengaku ada uang yang diberikan kepada Irwandi Yusuf Gubernur nonaktif Aceh melalui ajudannya Hendri Yuzal sebagai kewajibannya mendapat proyek Pengakuan itu dia sampaikan saat memberikan keterangan sebagai...
Agung Laksono Akui Tak Semua Kader Golkar Dukung Jokowi

Agung Laksono Akui Tak Semua Kader Golkar Dukung Jokowi

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 305 hits
Agung menegaskan survei terbaru nanti di bulan Februari sudah akan ada perubahan yang drastis Dia mengingatkan bagi Golkar mendukung Jokowi Ma ruf adalah putusan final dan tak perlu diragukan lagi
Wawan Akui Pernah Beri Uang Ke Kalapas Sukamiskin

Wawan Akui Pernah Beri Uang Ke Kalapas Sukamiskin

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 225 hits
Suami Wali Kota Tangerang Airin Rachmi Diany ini mengatakan pemberian uang diberikan melalui asistennya Ari Arifin kepada ajudan Wahid Husen yakni Hendry Saputra
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Anggota Polis Disiasat Ajak Wanita Check In Hotel

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Cover Al Quran Enuur Solusi Lindungi Mushaf Lama Tanpa Perlu Ganti Baru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing

Kl Convention Centre Turns 20 Here S How It S Shaping The Future

Kerajaan Rangka Strategi Bangunkan Industri Jagung Bijian Tempatan

When The Heat Rises So Do The Mosquitoes And Dengue

Vladimir Putin Offers Asylum To Ayatollah Ali Khamenei

Cara Rebus Nasi Impit Lebih Cepat Dan Jimat Gas