Pengecualian Bayaran Faedah B50 Yang Diumum Pm Semalam Ialah Pendirian Konsisten Ph Bukan Idea Kerajaan


 
Majlis Presiden mengalu-alukan persetujuan Perdana Menteri kepada tuntutan Pakatan Harapan bahawa bayaran faedah bagi moratorium pinjaman bank kepada kumpulan lima puluh peratus terbawah (B50) daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan akan dikecualikan sepertimana yang terkandung di dalam Perkara 1.7 Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Pakatan Harapan dan Kerajaan.
Walau bagaimanapun, kami kesal Perdana Menteri tidak mengiktiraf bahawa dasar ini adalah salah satu perkara yang terkandung di dalam MOU yang ditandatangani oleh beliau sendiri bersama pimpinan utama Pakatan Harapan pada 13 September lalu.
Malah pengecualian ini digambarkan sebagai idea Kerajaan, walhal ia adalah pendirian konsisten Pakatan Harapan yang dilaksana dalam semangat menunaikan Perkara-Perkara yang terkandung di dalam MOU.
Tanpa pengiktirafan peranan MOU ini, ia mampu menjejaskan keyakinan kami terhadap keikhlasan pihak Kerajaan untuk berpegang kepada semangat MOU ini, dan turut bercanggah dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang berasaskan fakta dan data agar segala perancangan dapat diusahakan bersama dengan perpaduan rakyat.
Penting dijelaskan bahawa pada awalnya pihak Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan Pakatan Harapan untuk memberi pengecualian bayaran faedah kepada peminjam dari kelompok B50 ini.
Untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, pimpinan utama Pakatan Harapan telah mengadakan siri pertemuan bukan sahaja bersama Menteri Kewangan malah juga dengan Ketua- ketua Pegawai Eksekutif bank-bank komersil.
Walaupun pada mulanya terdapat kebimbangan di pihak bank-bank, namun setelah siri libat urus ini berjalan dan pandangan pimpinan Pakatan Harapan disampaikan dengan jelas, Perdana Menteri telah bersetuju dengan pendirian kami dan akhirnya dasar ini dapat dilaksana.
Pelaksanaan Perkara 1.7 MOU ini merupakan satu kemenangan untuk rakyat.
Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan semak imbang serta tegas dalam membawa suara isi hati rakyat di dalam dan luar Parlimen demi menangani wabak COVID-19, mengatasi krisis ekonomi serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/pengecualian-bayaran-faedah-b50-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Kerajaan Bayaran Bpr Tambahan Dan Bkc Fasa 2 Fasa 3

Bantuan Kerajaan Bayaran Bpr Tambahan Dan Bkc Fasa 2 Fasa 3

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 689 hits
Bayaran BPR BKC Tambahan Seperti yang diketahui umum kerajaan akan memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Ekonomi Tambahan Bagi mereka yang telah lulus rayuan pembayaran...
Seluruh Malaysia Boleh Rentas Negeri Bermula Isnin Ini Pula Pendirian Kerajaan Negeri Sabah

Seluruh Malaysia Boleh Rentas Negeri Bermula Isnin Ini Pula Pendirian Kerajaan Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 395 hits
SABAH PUTUSKAN RENTAS NEGERI PADA RABUKota Kinabalu Kerajaan Negeri Sabah akan membuat keputusan sama ada membenarkan pergerakan rentas negeri seperti diputuskan kerajaan Pusat selepas mesyuarat Kabinet negeri pada Rabu ini Menteri Kerajaan...
Ph Kesal Pm Tak Iktiraf Kecuali Bayaran Faedah Moratorium Dalam Mou

Ph Kesal Pm Tak Iktiraf Kecuali Bayaran Faedah Moratorium Dalam Mou

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 214 hits
October 14 2021 Pengiktirafan peranan MoU menjeaskan keyakinan PH terhadap kerajaan PETALING JAYA Pakatan Harapan kesal Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak mengiktiraf dasar pengecualian bayaran faedah moratorium sebagai perkara yang ...
Kerajaan Tidak Buka Pintu Sempadan Negara Sewenang Wenangnya Kata Pm

Kerajaan Tidak Buka Pintu Sempadan Negara Sewenang Wenangnya Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 228 hits
BERNAMA Ismail berkata buat masa ini kerajaan meletakkan syarat hanya mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke negara ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pembukaan pintu negara kepada warganegara asing untuk masuk tetap...
Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 309 hits
Oleh AHMAD SHAUQIE SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN October 7 2021Sejak mendakap Barisan Nasional untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Parti Islam Se Malaysia ternyata telah terpesong dari perjuangan mereka untuk memartabatkan inst...
Idris Sila Buktikan Dakwaan Kepada Kerajaan Negeri

Idris Sila Buktikan Dakwaan Kepada Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 204 hits
MELAKA Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron agar membuktikan segala dakwaan yang dilemparkan kepada Kerajaan Negeri Melaka Jelasnya tindak...
Datuk Kamal Pelik Pemimpin Umno Jatuhkan Kerajaan Umno

Datuk Kamal Pelik Pemimpin Umno Jatuhkan Kerajaan Umno

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 238 hits
Datuk Kamal mengulas tentang persengketaan melibatkan bekas Ketua Menteri dan Ketua Menteri
Politik Melaka Ada Bukti Ph Terlibat Jatuhkan Kerajaan

Politik Melaka Ada Bukti Ph Terlibat Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 390 hits
Sementara itu Pengerusi Perikatan Nasional Melaka Datuk Rafiq Naizamohideen membidas kenyataan bahawa Pakatan Harapan tidak terlibat langsung dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri itu Beliau mendedahkan bahawa wujud rundingan antara emp...
Isu Ltte Jatuhkan Kerajaan Melaka Bawah Ph

Isu Ltte Jatuhkan Kerajaan Melaka Bawah Ph

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 376 hits
Ipohmali 1 Dalam kehangatan Politik di Melaka Ia mengingatkan aku sejarah Kejatuhan Kerajaan PH di Putrajaya Mungkin ramai yang lupa Aku pernah menulis bagaimana sentimen Kaum LTTE digunakan untuk jatuhkan Kerajaan Sehinggakan ada pemimpin ...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hilangkan Batuk Petua Tradisional Cara Moden Untuk Melegakan Tekak

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang