Pengat Bebola Durian Bulat Bulat Cantik Kenyal Nikmatnya Makan Waktu Panas


Pengat durian mungkin sudah biasa namun bila disekalikan dengan bebola durian di dalamnya, pengat durian jadi lagi sedap dan nikmat.
Idea kreatif yang dikongsikan oleh En Shah Shatry ini memang awesome. Lagi sedap dan nikmat rasanya.

Kelmarin kawan saya ada share resepi nie suruh saya buat memandangkan la ni musim durian. Hari nia apa lagi, kita pun try la buat. MasyaAllah, sedap teramat-amat sangat. Memang tak mengecewakan. Bila bebola tu masuk ja dalam mulut sekali dengan kuah pengat tu, Ya Allah, tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata.
Kenyal-kenyal bebola tu bila di gigit, dengan manis lemak kuah pengat durian tu. Fuhhhh, habis sepinggan. Makan panas², time² hujan nie. Nikmat tu laaaa. Dapat la sejenis menu untuk minum petang hari ni.
Saya ada share resepi cara nak buatnya di setiap gambaq. Kalau anda ada beli durian banyak, tak larat nak makan, saya syorkan try la buat PENGAT BEBOLA DURIAN ni.

Bahan Bebola):
Isi durian dalam anggaran 2 cawan ( letak banyak lagi sedap)
Tepung pulut

Masukkan isi durian & tepung pulut di dalam bekas. Uli adunan sampai dapat doh yang tak lekat di tangan. Macam kita buat kuih onde-onde tu.
Jangan sesekali letak air ye, lembut @ keras adunan tu bergantung pada isi durian tu.
Sukatan tepung tu saya pakai agak-agak ja. Tuang sikit-sikit sampai la dapat doh yang tak lekat di tangan.

Kemudian bulat-bulatkan doh sebesar bola ping pong. Macam kita buat kuih buah melaka @ onde² tu.

Sambil-sambil bulatkan adunan tu, bleh lah didihkan air di dalam periuk. Bila air dah menidih, masukkan adunan yang di bulat-bulatkan tadi. Rebus sampai timbul di atas permukaan.

Sediakan sebekas air yang berisi dengan ketul ais. Angkat bebola yang timbul di atas permukaan tadi terus masukkan ke dalam bekas yang berisi air ais tadi. Ni bertujuan untuk menghentikan proses memasak bebola tu tadi. Bila dah sejuk, angkat & sejatkan.

Bahan-bahan membuat kuah PENGAT DURIAN:
Isi durian (anggaran dalam sebiji durian – bertujuan untuk nak dapatkan rasa & bau durian dalam kuah tu )
Santan cair
Santan pekat
Sagu (di rendam sehingga kembang)
Gula
Garam
Daun pandan

Masukkan santan cair di dalam periuk beserta isi durian & daun pandan. Masak sehingga isi durian keluar dari biji tu.
Bila dah mendidih, masukkan sagu yang dah di rendam terlebih dahulu.
Bila sagu dah nampak jernih, terus masukkan santan pekat, gula & garam. Rasakan sehingga mendapat citarasa yang anda inginkan iaitu manis & lemak kuah tu.

Bila kuah pengat tu dah dapat citarasa yang anda mahu, terus masukkan bebola yang anda buat & rebus tadi.
Bila dah mendidih, padamkan api & boleh la makan.

Siappp. Tunggu apa lagi, boleh la makan. Makan panas-panas sedap @ masukkan sat dalam peti ais, makan sejuk-sejuk. Fuhhhh, nikmat!
Menarik: Ramai DM Tanya Tak Masak Ka, Menu Ringkas Tambat Hati Suami & Anak, Warganet Suka Video Masakan Fasha Sandha

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Pengat Bebola Durian, Bulat-Bulat Cantik & Kenyal, Nikmatnya Makan Waktu Panas! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pengat-bebola-durian-bulat-bulat-cantik-kenyal-nikmatnya-makan-waktu-panas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengat Bebola Durian Yang Wajib Anda Cuba

Pengat Bebola Durian Yang Wajib Anda Cuba

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 354 hits
PENGAT BEBOLA DURIAN YANG WAJIB ANDA CUBAMusim durian tiba lagi Ini satu lagi resepi dari buah durian yang wajib anda cubasedappp sangat ni kali kedua saya buat Kejap je dah licin
Makan Durian Lagi Sekali Beli Durian Untuk Buat Tempoyak

Makan Durian Lagi Sekali Beli Durian Untuk Buat Tempoyak

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 368 hits
AssalamualikumHi korang Pagi ni bangun dan lepas sarapan tengok Pak Zain dah hilang Mana plak dia pergi tanya mak katanya abah pi cari daun untuk masak tempoyak daun kayu sekali dalam 1 2 jam tu dia balik bawak 3 biji durian dengan petai Ba...
Jemput Jemput Dengan Inti Durian Elok Bulat Bulat Comel Bukan Main Sedap Lagi

Jemput Jemput Dengan Inti Durian Elok Bulat Bulat Comel Bukan Main Sedap Lagi

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 263 hits
Musim durian yang sedang hangat ini apa kata kita pelbagaikan resipi berasaskan durian Salah satu resipi yang mama boleh cuba adalah jemput jemput durian Bukan main sedap lagi Ringkas dan paling senang hendak dicuba Paling menarik inti duri...
Bolehkah Makan Durian Selepas Ambil Vaksin Covid 19

Bolehkah Makan Durian Selepas Ambil Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 333 hits
SAYA terima beberapa soalan bolehkah makan durian selepas ambil vaksin Durian sebagai raja buah sudah sinonim di negara kita dan vaksin bukanlah perkara baru juga Ya kenapa timbul isu ini 1 Durian ada dikaitkan dengan badan menjadi panas Ad...
Ada Majlis Lain Libatkan Rashid Selain Makan Durian

Ada Majlis Lain Libatkan Rashid Selain Makan Durian

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 411 hits
Majlis makan durian yang tular di media sosial sejak semalam dihadiri Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon bukan satu satunya majlis melanggar SOP dihadiri Ahli Parlimen Batu Pahat itu di Johor Menurut Ketua Angkatan Muda KEADI...
Resepi Terung Goreng Berlada Makan Dengan Nasi Panas Confirm Makan Bertambah

Resepi Terung Goreng Berlada Makan Dengan Nasi Panas Confirm Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 438 hits
Siapa penggemar terung Tahukah anda terung mempunyai banyak khasiat kerana makanan ini baik untuk otak Terdapat penyelidikan yang dijalankan ke atas tumbuhan ini memberikan tumpuan kepada kandungan anthocyanin phytonutrient yang terdapat pa...
Polis Siasat Video Berkumpul Makan Durian Di Ppv

Polis Siasat Video Berkumpul Makan Durian Di Ppv

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 252 hits
Polis siasat video berkumpul makan durian di PPV PETALING JAYA Polis menyiasat dakwaan bahawa sekumpulan individu berkumpul makan durian dipercayai di sebuah pusat pemberian vaksin di Johor Bahru yang tular dalam media sosial Ketua Polis Da...
Reronda Tapau Makan Wan Durian Pekan Nenas

Reronda Tapau Makan Wan Durian Pekan Nenas

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 445 hits
Reronda Tapau Makan Wan Durian Pekan Nenas Awal PKP banyak mengajar erti order barang Sebelum tu harus la kita menajajar gi cari derian Lo ni Just call aje Wan ni ada dusun kat Pekan Nenas Bila time derian memang senang cari dia Mesej ja di...
Lebih 23k Shares Ni Resipi 5 Jenis Sambal Power Cikgu Afy Makan Nasi Panas Panas Padu

Lebih 23k Shares Ni Resipi 5 Jenis Sambal Power Cikgu Afy Makan Nasi Panas Panas Padu

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 324 hits
Hidangan berasaskan sambal antara yang menjadi kegemaran orang Malaysia Tak kisah sambal itu dimasak sekali dengan lauk atau dijadikan pencicah ia boleh buatkan sesiapa saja makan bertambah Sebab itu kebanyakan ibu ibu lebih suka buat stok ...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment