Pengasuh Ambil Tuala Anak Di Bilik Air Bila Datang Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen


“Tak sangka dapat panggilan daripada pengasuh yang memaklumkan anak saya, Sophia Fatehah terlungkup dalam besen air dan tak sedarkan diri.” Kata Wan Farhan Danial Wan Azmi, 26, bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia awal pagi (3 Mac) di Hospital Pulalu Pinang (HPP).
Pengasuh ambil tuala, tinggalkan sekejap anak dalam bilik air
Menerusi laporan Berita Harian, Sophia Fatehah yang berusia dua tahun, meninggal dunia pada kira-kira jam 2 pagi di HPP akibat terlungkup dalam besen air selepas dimandikan di rumah pengasuhnya di Permatang Damar Laut, Batu Maung.

Wan Farhan Danial yang bekerja di kilang Bayan Lepas berkata, kejadian itu berlaku selepas pengasuh anaknya selesai memandikan Sophia Fatehah dan meninggalkannya sementara di bilik air untuk mengambil tuala.
“Pada kira-kira jam 1 tengah hari (hari kejadian), saya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak tidak sedarkan diri selepas terlungkup dalam besen air di rumahnya,” katanya.
ARTIKEL BERKENAAN [“Kami Masih Lagi Terkejut.” Anak 2 Tahun Lemas Dalam Besen Di Rumah Pengasuh]
Cuba bagi rawatan awal
Menurut Wan Farhan, pengasuh memberitahu selepas selesai memandikan Sophia Fatehah, dia meninggalkan seketika anak saya dalam besen air itu bagi mengambil tuala dan sebaik kembali semula, dia melihat anak saya sudah terlungkup dalam besen dan tidak sedarkan diri.
“Pengasuh terbabit memaklumkan dia memberi rawatan awal kepada Sophia Fatehah dan menghubungi ambulans untuk menghantarnya ke hospital,” katanya.

“Pengasuh dah lama jaga anak-anak kami..”
Difahamkan, mangsa dihantar ke wad pediatrik HPP untuk rawatan lanjut tetapi keadaannya semakin lemah hingga menghembuskan nafas terakhir pada jam 2 pagi tadi.
Wan Farhan Danial berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu baru saja pulang ke rumah selepas seminggu berada di hospital bagi mendapatkan rawatan penyakit dihidapi.
“Kami tidak menyalahkan pengasuh atas kejadian itu kerana mengenalinya lama dan menjaga Sophia Fatehah dengan baik sejak berusia dua bulan.
“Malah, anak sulung kami yang berusia enam tahun juga turut dijaganya sejak berusia enam bulan,” katanya.

30 minit selepas kejadian, mangsa makin lemah
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata polis menahan pengasuh wanita berusia 43 tahun itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Beliau berkata, siasatan mendapati pengasuh terbabit mengisi air dalam besen sehingga hampir penuh bagi memandikan mangsa pada jam 11 pagi (2 Mac).

“Dia kemudian keluar seketika dari bilik air untuk mengambil tuala dan ketika kembali, kepala mangsa dan separuh badannya sudah tenggelam dalam besen air itu.
“Pengasuh bertindak mengalihkan mangsa yang masih sedar dan selepas dipakaikan baju, kanak-kanak itu tidur.
“Namun 30 minit kemudian, mangsa dilihat tidak bermaya sebelum pengasuh memberikan bantuan pernafasan (CPR) dan menghubungi ambulans,” katanya ketika dihubungi.
Anbalagan berkata, siasatan dijalankan terhadap pengasuh itu dibuat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengenal pasti jika terdapat unsur jenayah dan perintah reman akan dimohon bagi melengkapkan siasatan.
Kredit: BH Online & Wan Farhan Danial

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Pengasuh Ambil Tuala, Anak Di Bilik Air. Bila Datang, Kepala Dah Tenggelam Dalam Besen”   appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pengasuh-ambil-tuala-anak-di-bilik-air-bila-datang-kepala-dah-tenggelam-dalam-besen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Leka Dalam Bilik Mandi Anak Boleh Lemas Walaupun Kedalaman Air 1 Inci

Jangan Leka Dalam Bilik Mandi Anak Boleh Lemas Walaupun Kedalaman Air 1 Inci

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 446 hits
Bilik air antara salah satu tempat yang paling anak anak kecil suka Mereka tak fikir bahaya dan kesan buruk yang berlaku Jika ibu bapa terleka sekelip mata perkara yang tak diingini boleh terjadi Menurut ibu bapa kena tahu hal ini Kanak kan...
Renunglah Wajah Anak Masa Tidur Datang Rasa Bersalah Maknanya Allah Jentik Hati Kita

Renunglah Wajah Anak Masa Tidur Datang Rasa Bersalah Maknanya Allah Jentik Hati Kita

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 370 hits
Setiap orang ada cara tersendiri mendidik anak Ada yang bertegas ada ibu bapa yang guna pendekatan santai dan tak kurang juga sesekali menggunakan kata kata kasar Tidak kira apa pendekatan ibu bapa guna yang pasti ramai harapkan anak disipl...
Hiburan Adi Putra Sebak Bila Anak Istimewa Baca Doa Di Hari Jadi Bergenang Air Mata

Hiburan Adi Putra Sebak Bila Anak Istimewa Baca Doa Di Hari Jadi Bergenang Air Mata

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 264 hits
Pelakon lelaki popular Adi Putra baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 40 Diraikan dalam serba sederhana Adi Putra meluahkan rasa sebak apabila anak istimewanya yang tidak dapat mendengar dan bercakap membacakan doa di sambuta...
Biasakan Cium Dahi Kepala Tanda Kita Sayang Anak Baru Namanya Bonding Kiss

Biasakan Cium Dahi Kepala Tanda Kita Sayang Anak Baru Namanya Bonding Kiss

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 294 hits
Peluk dan cium anak menjadi satu kekuatan luar biasa yang dibawa oleh anak Dan ini juga diakui oleh pakar melalui beberapa kajian Pun begitu pelukan dan ciuman pada anak perlulah kena pada tempatnya Jangan tersalah tempat hingga buat anak a...
Suhu Bilik Tidur Yang Tak Sesuai Punca Selesema Anak Susah Sembuh Pastikan Suhu Sesuai

Suhu Bilik Tidur Yang Tak Sesuai Punca Selesema Anak Susah Sembuh Pastikan Suhu Sesuai

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 329 hits
Mana mana ibu bapa pasti akan rasa runsing dan kasihan jika si kecil menghidapi flu kerana tidak tahu cara hilangkan selsema bayi Mungkin jika ia terjadi pada individu dewasa mereka pasti boleh dan tahu cara menguruskannya namun lain pula c...
Bebola Ayam Homemade Sedap Mudah Air Tangan Istimewa Ringkas Untuk Anak

Bebola Ayam Homemade Sedap Mudah Air Tangan Istimewa Ringkas Untuk Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 448 hits
Bebola ayam sememangnya cukup enak kala digandingkan bersama sup atau hanya digoreng ringkas Ragu ragu membeli bebola ayam di kedai apa kata anda cuba hasilkan sendiri bebola sedap ini untuk anak Bukan hanya menggunakan bahan yang senang di...
Nak Discuss Tanpa Bergaduh Rasa Tenang Dalam Bilik Paling Privasi Jangan Ada Anak

Nak Discuss Tanpa Bergaduh Rasa Tenang Dalam Bilik Paling Privasi Jangan Ada Anak

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 386 hits
Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak anak untuk tidur bersama mereka Yalah anak manja katakan Kadang kadang tu sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah Tak salah tidur dengan anak tetapi biarlah ada had masanya Dengan...
Penat Tapi Berbaloi Siapkan Bilik Anak Sepanjang Pkp Fasha Sandha Bangga Dapat Buat Sendiri

Penat Tapi Berbaloi Siapkan Bilik Anak Sepanjang Pkp Fasha Sandha Bangga Dapat Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 352 hits
PKP yang panjang ini sememangnya menambahkan keakraban ahli keluarga tidak terkecuali juga yang mengambil kesempatan untuk sama sama melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk keluarga Sebelum kembali untuk menjalani penggambaran drama s...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket