Pengasingan Etnik Sejak Kecil Punca Perpaduan Kaum Rapuh Teo Kok Seong




Isu perpaduan kaum dan perkauman masih lagi menghantui masyarakat Malaysia meskipun negara sudah 62 tahun mencapai kemerdekaan disebabkan Dasar Integrasi Nasional (DIN) berbanding asimilasi dalam pembentukan negara bangsa.
Integrasi merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang berasal daripada latar belakang, budaya,cara hidup yang berbeza disatukan menjadi komuniti nasional.
Lantaran itu, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, dasar ini telah menjadikan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum ini hidup dalam keadaan berpuak-puak walaupun dalam kehidupan nasional.
Beliau mengambil contoh penubuhan tiga jenis sekolah – sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Penubuhan SJKC dan SJKT ini menunjukkan bahawa orang Cina masih boleh menjadi Cina, begitu juga dengan kaum India dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Malaysia tidak seperti Indonesia yang mengamalkan Dasar Asimilasi.
Menjelas lanjut, Teo menambah, walaupun sukatan pelajaran dan kurikulum sama tetapi bahasa pengantar yang digunakan di SK dalam bahasa Melayu, SJKC dalam bahasa Mandarin dan SJKT dalam bahasa Tamil menyebabkan hasil ‘pengeluarannya’ berbeza-beza.
Ini selari dengan hipotesis Sapir-Whorf menyatakan bahasa boleh mempengaruhi pemikiran.
“Sebab itulah hasilnya lain-lain, padahal belajar benda yang sama. Bezanya mereka diajar dan pelajari dalam bahasa yang berbeza. Maka ini menyebabkan pemikiran berbeza-beza.
“Sebab bahasa mempengaruhi perwatakan, pembawaan diri dan pemikiran. Ini kerana, bahasa berlaku dalam bentuk peribahasanya, perkataan dan bentuk-bentuk lain” katanya dalam satu pertemuan bersama MalaysiaGazette.
Tambahnya, pemimpin dahulu percaya kaum-kaum ini masih boleh bersatu padu, tidak mendatangkan kemudaratan walaupun hidup berpuak-puak.
Namun hakikatnya, kata Teo, meskipun sudah berusia 62 tahun merdeka, rakyat Malaysia tidak bersatu walaupun membabitkan isu kecil seperti tulisan Jawi.
Ini kerana, katanya, asas penting pembentukan negara bangsa melalui pendidikan telah bergerak secara berasingan dan ia menjadi punca kaum-kaum di Malaysia masih renggang.
“Apa yang kita tanam dahulu, inilah hasilnya yang kita dapat sekarang kerana integrasi memang sifatnya begitu.
“Masih berpecah-pecah, tak boleh bersatu padu dengan baik, rapuh. Kalaupun ada perpaduan, ia hanya berlaku pada tahap sosial sahaja.
“Ia terhad kalau dalam majlis ada Melayu, Cina dan India, tapi kalau kita tengok interaksi tidak ada pun. Kita masih duduk berpuak-puak, Kita mengada-adakan perpaduan, kalau ada persembahan pun – ada Melayu, Cina dan India tetapi ia terhad sahaja,” katanya.
Lagipun, sifat perkenalan antara kaum ini umpama kenal-kenal Cina (tidak mesra).
“Selepas 62 tahun merdeka, kita mengenal kaum-kaum sekadar kulit putih, dia Cinalah, tidak lebih daripada itu. Tidak ada persahabatan yang mendalam, ” ujar Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) dan Felo Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Lebih buruk lagi, apabila defisit kepercayaan berlaku dalam kalangan kaum di negara ini dan contohnya adalah penolakan Sekolah Wawasan oleh kaum bukan Melayu kerana mendakwa rancangan licik orang Melayu untuk memelayukan anak Cina dan mengislamkan mereka.
“Padahal, orang bukan Melayu masuk Islam bukan sebab berkawan, sekolah wawasan dan tulisan jawi. Tapi sebab jodoh. Semua ini adalah manifestasi defisit kepercayaan, curiga-mencurigai.
Ini semuanya berpunca akibat daripada kurang mengenali dan tidak bergaul antara satu sama lain disebabkan sistem pendidikan negara membenarkan pengasingan etnik berlaku pada usia yang cukup muda.
“Bermula tadi, sekolah rendah dan apabila kita hendak mencantumkan mereka di sekolah menengah, usaha itu tidak menjadi,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/31/pengasingan-etnik-sejak-kecil-punca-perpaduan-kaum-rapuh-teo-kok-seong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Punca Ketegangan Kaum Ketidaktentuan Politik Najib

Ph Punca Ketegangan Kaum Ketidaktentuan Politik Najib

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 270 hits
Najib Razak hari ini menyelar Pakatan Harapan dengan mendakwa gabungan kerajaan itu menjadi punca semakin meruncingnya masalah perkauman tetapi bertindak menyalahkan Umno dan Barisan Nasional Dalam satu hantaran di Facebook bekas perdana me...
Kekurangan Oksigen Punca Ikan Mati Di Sungai Gombak

Kekurangan Oksigen Punca Ikan Mati Di Sungai Gombak

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 410 hits
Bernama Siasatan dilakukan tidak menemui sisa sisa kimia boleh dikaitkan dengan keracunan seperti didakwa orang ramai Bernama KUALA LUMPUR Kejadian beratus ratus bangkai ikan ditemui terapung di permukaan Sungai Gombak awal bulan ini diperc...
Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 353 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa menjadi punca syarikat media Utusan Melayu Bhd mengalami masalah kewangan Kerajaan PH zalim beku akaun UMNO punca Utusan hadapi masalah kewangan Najib
Akaun Beku Najib Salahkan Ph Punca Umno Tidak Mampu Bantu Utusan

Akaun Beku Najib Salahkan Ph Punca Umno Tidak Mampu Bantu Utusan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 370 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui dirinya sedih dan bertambah marah apabila membaca berita mengenai masalah dihadapi Utusan yang kini berdepan kekangan untuk terus bertahan sebagai penerbit akhbar harian di negara ini Sa...
Seludup Air Zam Zam Mampu Undang Punca Nahas Kapal Terbang

Seludup Air Zam Zam Mampu Undang Punca Nahas Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 366 hits
Sumber dari Suziey comKota Makkah selain tempat untuk umat Islam beribadat kota suci itu juga terkenal dengan air zam zam Seperti mana kita tahu punca air zamzam berlaku dari kisah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar Air zamzam mempunyai khas...
Kembung Perut Bayi Tak Selesa Menangis Tak Kira Masa Ketahui Punca Cara Redakan

Kembung Perut Bayi Tak Selesa Menangis Tak Kira Masa Ketahui Punca Cara Redakan

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 626 hits
Bayi kembung perut sering kali terjadi Bayi secara tiba tiba tidak berhenti menangis walaupun sudah diberikan susu Ini adalah antara ciri bayi mengalami masalah kembung perut atau turut dikenali sebagai kolik Ketahui apa itu kolik bagaimana...
Kebocoran Gas Punca Letupan Pangsapuri Green Garden

Kebocoran Gas Punca Letupan Pangsapuri Green Garden

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 232 hits
GEORGE TOWN 18 Ogos Letupan yang berlaku di sebuah rumah di tingkat 20 Pangsapuri Green Garden Jalan Paya Terubong dekat sini sehingga menyebabkan seorang warga emas mengalami kecederaan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas dan percik...
Tolak Duit Ra Suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar

Tolak Duit Ra Suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 390 hits
Kegiatan memberi ra uah di kalangan tauke balak sememangnya berleluasa sejak sekian lama Tolak Duit Ra suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banyak Chanteq

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

Tol Tanpa Palang Teknologi Anpr Di Malaysia Mulai Okt 2025

Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri