Ph Punca Ketegangan Kaum Ketidaktentuan Politik Najib




Najib Razak hari ini menyelar Pakatan Harapan (PH) dengan mendakwa gabungan kerajaan itu menjadi punca semakin meruncingnya masalah perkauman tetapi bertindak menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Dalam satu hantaran di Facebook, bekas perdana menteri itu berkata, peningkatan sentimen perkauman dan ketidaktentuan politik adalah antara 5 risiko besar yang dihadapi negara hari ini.
Beliau menyebut beberapa isu yang menyaksikan anggota PH atau pemimpinnya saling bercanggah antara satu sama lain, seperti isu pengenalan tulisan khat di sekolah.
“Yang perkenalkan pelajaran khat kerajaan PH, yang bantah khat DAP dan PKR. Yang gelar Dong Zong rasis dan mahu (ia) diharamkan PM ke-7 (Dr Mahathir Mohamad). Yang pertahankan Dong Zong, DAP dan PKR.”
Beliau juga berkata, Menteri Beliau dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah membantah penceramah kontroversi Dr Zakir Naik, tetapi beliau juga yang menyokong warga India itu kemudiannya.
Terdahulu Syed Saddiq menggesa supaya Naik dihantar pulang ke India kerana dilaporkan berkata, orang Cina di Malaysia boleh dianggap sebagai “tetamu”, tetapi selepas tu menggesa rakyat supaya “melangkah ke depan” setelah Mahathir menolak ekstradisi Naik.
“Kerajaan PH nak salahkan Umno dan BN yang timbulkan isu, sedangkan mereka sendiri yang sering menimbulkan kontroversi perkauman.
“Seolah-olah semangat 1Malaysia, semangat perpaduan antara bangsa dan agama tidak wujud lagi,” katanya dengan menambah bahawa skandal melibatkan pemimpin PH dan perbalahan dalaman pakatan politik itu menyumbang kepada ketidakstabilan politik di Malaysia.
Selain itu Najib berkata, 4 risiko lain yang dihadapi negara adalah risiko sekatan ekonomi atau pengenaan tarif ke atas ekonomi Malaysia oleh Amerika Syarikat, harga minyak mentah jatuh di bawah AS$30 satu tong, pertambahan hutang kerajaan dan naratif salah mengenai ekonomi negara.
Najib berkata, AS telah menyenaraikan Malaysia daripada 9 negara dalam senarai manipulator mata wang, sementara peningkatan kebergantungan kepada minyak, terutamanya selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan, boleh membawa kesan buruk kepada negara sekiranya harga minyak dunia jatuh ke bawah AS$30 satu tong.
Berhubung hutang negara, Najib berkata, had nisbah hutang kerajaan kepada KDNK adalah pada paras 55% dan pada suku pertama 2018, ia mencapai angka 48.7%.
“Akan tetapi nisbah ini terus naik dengan ketara setiap suku (tahun) dan kini sudah menjadi 52.7% pada akhir suku ke-2 dan diunjur oleh kerajaan PH akan melebihi 53% pada akhir tahun ini.”
Najib berkata, naratif salah, termasuk hutang negara RM1 trilion, bayaran balik GST “dirompak” dan mengambil kira penjualan aset sebagai pelaburan asing boleh menggugat kepercayaan pelabur.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/01/ph-punca-ketegangan-kaum-ketidaktentuan-politik-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Umno Pas Akan Perhebatkan Politik Kaum Kata Khairy

Pakatan Umno Pas Akan Perhebatkan Politik Kaum Kata Khairy

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 305 hits
Khairy Jamaluddin GOMBAK Khairy Jamaluddin hari ini berkata politik kaum akan terus bertahan dan memuji Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana berani menubuhkan parti berbilang kaum Ahli Parlimen Rembau itu berkata Umno dan PAS juga sudah merasa...
Pm Jelas Zakir Naik Main Politik Kaum Langgar Batas

Pm Jelas Zakir Naik Main Politik Kaum Langgar Batas

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 239 hits
OLEH SYED JAYMAL ZAHIIDDr Zakir Naik cuba mencetuskan kebencian kaum kata Tun Dr Mahathir Mohamad Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 18 Ogos Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agak jelas Dr Zakir Naik cuba mencetuskan kebencian kaum Perdana me...
Zakir Naik Tidak Sepatutnya Sentuh Soal Politik Kaum Perlu Tumpu Kepada Isu Agama

Zakir Naik Tidak Sepatutnya Sentuh Soal Politik Kaum Perlu Tumpu Kepada Isu Agama

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 274 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

Kerajaan Ph Zalim Beku Akaun Umno Punca Utusan Hadapi Masalah Kewangan Najib

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 261 hits
Bekas Perdana Menteri Najib Razak menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa menjadi punca syarikat media Utusan Melayu Bhd mengalami masalah kewangan Kerajaan PH zalim beku akaun UMNO punca Utusan hadapi masalah kewangan Najib
Akaun Beku Najib Salahkan Ph Punca Umno Tidak Mampu Bantu Utusan

Akaun Beku Najib Salahkan Ph Punca Umno Tidak Mampu Bantu Utusan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 268 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui dirinya sedih dan bertambah marah apabila membaca berita mengenai masalah dihadapi Utusan yang kini berdepan kekangan untuk terus bertahan sebagai penerbit akhbar harian di negara ini Sa...
Tolak Duit Ra Suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar

Tolak Duit Ra Suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 281 hits
Kegiatan memberi ra uah di kalangan tauke balak sememangnya berleluasa sejak sekian lama Tolak Duit Ra suah Dari Taukey Balak Najib Jelaskan Punca Sebenar
Najib Atau Mahathir Punca Bn Kalah

Najib Atau Mahathir Punca Bn Kalah

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 283 hits
oleh Ab Jalil Backer Setahun selepas kalah masih bermacam teori mengapa BN kalah Cara mudah sudah tentulah menyalahkan pemimpin utama Namun pada hemat saya faktor utama kekalahan BN dalam PRU 14 ialah watak Tun Dr Mahathir sebagai calon Per...
Nyata Zakir Cetus Ketegangan Kaum Kata Tun Mahathir

Nyata Zakir Cetus Ketegangan Kaum Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 219 hits
Berhubung dengan Dr Zakir Naik Tun Mahathir telah menjelaskan bahawa pendakwah bebas telah mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia Nyata Zakir Cetus Ketegangan Kaum Kata Tun Mahathir
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools