Pengasas Pencetak Harakah Kritikal Pas Diharap Bayar Hutang Segera


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Dec 14, 2023 12:28 PM
PAS diharap segera melunaskan hutangnya kepada syarikat bekas pencetak Harakah setelah mahkamah memutuskan supaya berbuat demikian.

Lebih-lebih lagi ketika ini pengasas syarikat Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd dan N.A.J. Press Resources (M) Sdn Bhd, Azlan Jan, berdepan keadaan kritikal dan dirawat di hospital, kata Pengurus NAJ Press Resources, Hussin Jan.

Menurutnya, peguam mereka sudah menghantar notis perintah dan penghakiman bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 5 Dis 2023.

Jelasnya, notis tersebut antara lain menuntut defendan-defendan menjelaskan dan membayar amaun penghakiman termasuk kos faedah peguam cara bagi pihak plantif.

“Pihak berkenaan perlu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh tujuh hari bermula tarikh notis berkenaan dikeluarkan pada 13 Dis lalu.

“Dalam keadaan pengasas dua syarikat berkenaan (Azlan) berdepan dengan tahap kesihatan yang kritikal, sepatutnya PAS ada sikap iman dan ehsan untuk bayar hutang cetak Harakah,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Difahamkan Azlan menghidap kompilasi buah pinggang dan jantung dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital KPJ, Shah Alam, selepas tidak sedarkan diri pada Ahad lalu.

Bagaimanapun kata Hussin, keadaan Azlan kini semakin baik dengan pemantauan rapi pihak hospital selepas kembali sedar daripada koma.

Malaysiakini pada 5 Dis lalu melaporkan bekas pencetak Harakah memperoleh penghakiman terus yang mengarahkan PAS membayar hutang sebanyak RM656,233.69.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan NAJ Press Resources untuk penghakiman terus (keputusan mahkamah tanpa perbicaraan penuh) terhadap PAS dan dua defendan lain.

Dua lagi defendan ialah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan penerbit lidah rasmi parti itu Galeri Media Serbanika Sdn Bhd.

Malaysiakini sedang mendapatkan respon daripada pihak PAS berhubung perkara itu.

Sementara itu Hussin berkata, pihaknya turut berharap supaya PAS juga membayar hutang sebenar mereka sebaliknya bukan hanya jumlah yang ditetapkan mahkamah.

Ini kerana katanya, sebagai sebuah parti Islam yang menjunjung akidah perjuangan Islam PAS seharusnya berpegang kepada hukum digariskan agama dalam soal hutang-piutang ini.

“Kepimpinan PAS sepatutnya sedar bahawa dalam Islam, hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/12/pengasas-pencetak-harakah-kritikal-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Perintah Pas Bayar Hutang Rm656 000 Pada Bekas Pencetak Harakah

Mahkamah Perintah Pas Bayar Hutang Rm656 000 Pada Bekas Pencetak Harakah

papar berkaitan - pada 6/12/2023 - jumlah : 239 hits
Mahkamah perintah PAS bayar hutang RM656 000 pada bekas pencetak Harakah Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 D
Hadi Awang Hutang Dosa Yang Tidak Diampun Tular Tapi Pas Belum Bayar Hutang

Hadi Awang Hutang Dosa Yang Tidak Diampun Tular Tapi Pas Belum Bayar Hutang

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 184 hits
HarapanDaily comSatu klip video yang memaparkan presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata hutang adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah swt telah tular Video ini tular dalam keadaan di mana bekas syarikat pencetak akhbar Pas ...
Pencetak Harakah Kongsi Ucapan Hadi Tuhan Ampun Semua Dosa Kecuali Hutang

Pencetak Harakah Kongsi Ucapan Hadi Tuhan Ampun Semua Dosa Kecuali Hutang

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 196 hits
WAN SITI AMINAHPengurus syarikat bekas pencetak akhbar Harakah iaitu Hussin Jan meluahkan rasa berang apabila Pas enggan membayar hutangnya yang bernilai lebih setengah juta Sedangkan Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan perintah terhadap par...
Ex Harakah Printer Obtains Summary Judgment For Pas To Pay Rm656k Debt

Ex Harakah Printer Obtains Summary Judgment For Pas To Pay Rm656k Debt

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 270 hits
Harakah s former printer obtained summary judgment for PAS to pay RM656 233 69 in debt The Kuala Lumpur Sessions Court this afternoon allowed NAJ Press Resources Sdn Bhd s application for summary judgment against PAS and two other defendant...
Pas Bayar 2 Juta Kalah Saman Fitnah Jom Baca

Pas Bayar 2 Juta Kalah Saman Fitnah Jom Baca

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 233 hits
Pas bayar lebih RM2 juta sejak 2016 akibat kalah saman fitnah ini senarai 16 fitnah yang dikeluarkan PasOleh KIM SYAZIE17 11 2022Dalam tempoh enam tahun sejak 2016 hingga kini Pas menunjukkan prestasi agak buruk apabila sudah lebih 10 kali ...
Pay Up Harakah Ex Printer Tells Pas As Founder Lands In Icu

Pay Up Harakah Ex Printer Tells Pas As Founder Lands In Icu

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 217 hits
PAS has been urged to pay up its outstanding debts with the party mouthpiece Harakah s former printers in line with a recent court verdict on the matter NAJ Press Resources Sdn Bhd manager Hussin Jan said that the company s founder Azlan Ja...
Ahli Pas Mampu Tolong Harakah

Ahli Pas Mampu Tolong Harakah

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 178 hits
Mohd Fairul Al Qasas Ciri ciri buruk penghutang ialah apabila kes terpaksa bawa ke mahkamah untuk dapatkan semula bayaran hutang Muslim yang baik ialah yang bertakwa Hutang tak perlu diminta sebaliknya bayar Mudahkan orang Barulah dikatakan...
Pas A Victim Of Misconception Says Leader

Pas A Victim Of Misconception Says Leader

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 227 hits
A PAS leader has lamented that the party often falls victim to the misconception that it is against non Muslims despite its efforts over the years to reach out to the community PAS treasurer Iskandar Abdul Samad said the party was open to d...
Non Malays Won T Vote For Pas Analysts Say Despite Talk Of Unhappiness With Govt

Non Malays Won T Vote For Pas Analysts Say Despite Talk Of Unhappiness With Govt

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 184 hits
Political analysts have played down the odds of a shift in non Malay support towards the opposition even amid talk of unhappiness with the current government led by Prime Minister Anwar Ibrahim citing concerns about Perikatan Nasional compo...
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al

Editing Tools For Drawing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib