Pengarah Imigresen Dedahkan Kenapa Warga Asing Boleh Berniaga Di Malaysia



Perkara ini didedahkan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Musa Sulaiman, kepada Berita Harian.

“Bayangkan, lelakinya berumur 20-an atau 30-an, tetapi wanita tempatan yang dikahwini ada yang berumur 50 tahun hingga 60 tahun. Pada mulanya kita syak ada yang tidak kena dengan permohonan itu, tetapi apabila disemak dokumen semua lengkap, ada rekod jabatan agama,” katanya.--more-->

Musa berkata, ada juga pasangan lelaki Pakistan dan wanita warga tempatan berasal dari Sabah berkahwin di Semenanjung sebelum memohon pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara di negeri ini.

Katanya, tindakan lelaki warga Pakistan yang merantau ke negara lain dan berkahwin dengan wanita tempatan untuk membolehkan mereka tinggal lama dan berniaga di sesuatu tempat, berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Musa berkata, perkahwinan dengan wanita tempatan membolehkan lelaki asing menggunakan nama isteri untuk memohon lesen berniaga bagi memenuhi tujuan sebenar mereka datang ke Sabah iaitu menjalankan perniagaan, khususnya kedai runcit.

“Warga Pakistan yang datang ke Sabah tidak ramai berbanding warga Filipina dan Indonesia tetapi mereka adalah antara warga asing yang dikesan paling ramai berkahwin dengan wanita tempatan.

“Selepas berkahwin, mereka boleh memohon pas lawatan sosial suami warga asing dan kebenaran bekerja. Jabatan Imigresen akan merujuk permohonan itu kepada Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan biasanya memang diterima.

“Nama isteri pula boleh digunakan memohon lesen berniaga tetapi yang menjalankan perniagaan ialah warga Pakistan terbabit. Kebanyakannya beginilah kes yang membabitkan warga Pakistan di Sabah,” katanya.

Musa berkata, berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen Sabah, sebanyak 299 pas lawatan sosial suami asing warga Pakistan kepada warga negara dikeluarkan antara Januari hingga Julai tahun ini, manakala enam kebenaran bekerja dikeluarkan.

Beliau berkata, tahun lalu 736 pas lawatan sosial suami asing warga Pakistan dikeluarkan dengan 28 kebenaran bekerja, manakala masing-masing 925 pas lawatan sosial suami asing warga Pakistan dan 36 kebenaran bekerja dikeluarkan pada 2017.

“Jabatan Imigresen turut mengeluarkan pas pegawai dagang atau ekspatriat kepada warga Pakistan yang menjalankan aktiviti perdagangan di Sabah iaitu masing-masing 86 setakat Julai tahun ini, 134 pada tahun lalu dan 144 pada 2017,” katanya.

Musa berkata, pihaknya sedar banyak rungutan disuarakan penduduk tempatan berkaitan warga Pakistan yang semakin ramai menjalankan perniagaan sehingga ke kampung dan kawasan terpencil di negeri ini.

“Rungutan itu memang benar tetapi warga Pakistan terbabit memiliki pas kerana berkahwin dengan wanita tempatan. Kita tidak menafikan ada juga yang tiada pas atau pas tamat tempoh berdasarkan tangkapan pernah dibuat sebelum ini tetapi majoritinya ada pas.

“Puncanya ialah penduduk tempatan sendiri, kita tidak tahu apa kelebihan lelaki Pakistan yang menyebabkan wanita tempatan tertarik dengan mereka. Kemungkinan atas faktor itu juga, semakin ramai lelaki Pakistan datang ke Sabah kerana mudah untuk berkahwin di sini,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan segelintir warga Pakistan masuk ke Sabah melalui Menumbok dari Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengelak pemeriksaan imigresen, Musa mengakui pernah menemui kes seumpama itu.

Katanya, kebanyakan warga Pakistan yang menggunakan laluan itu untuk masuk ke Sabah menyasarkan lokasi terpencil dan jauh dari ibu negeri untuk bekerja sebagai peniaga kedai runcit atau membantu perniagaan rakan.

Sementara itu, seorang lelaki warga Pakistan yang mengusahakan kedai runcit di Inanam, dekat sini, berkata dia baru setahun menetap di Sabah.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 20, berkata dia membuat keputusan untuk mengahwini gadis tempatan selepas kira-kira dua bulan berada di sini bagi membantu rakannya berniaga kedai runcit.

Selepas berkahwin, dia dan pasangannya berusia 19 tahun yang berasal dari Kota Belud, mengambil alih perniagaan kedai runcit itu hingga ke hari ini.

“Kalau tidak kahwin orang sini, saya tidak boleh tinggal lama. Saya suka tinggal sini dan berniaga. Memang orang Pakistan kalau pergi ke negara lain, mereka mesti berniaga,” katanya.

Laporan penuh sila baca di SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/10/pengarah-imigresen-dedahkan-kenapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Warga Malaysia Ditahan Seludup Dadah Satu Tan Ke Australia

Dua Warga Malaysia Ditahan Seludup Dadah Satu Tan Ke Australia

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 307 hits
Agensi Portal berita The Sydney Morning Herald melaporkan berita penahanan dua rakyat Malaysia di sebuah gudang di Roselands Sydney DUA warga Malaysia ditahan dan didakwa atas kesalahan cuba menyeledup lebih satu tan dadah di sebuah gudang ...
Pertama Kalinya Warga Australia Boleh Tanam Dan Pakai Ganja

Pertama Kalinya Warga Australia Boleh Tanam Dan Pakai Ganja

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 260 hits
Dengan aturan baru ini penduduk Canberra di atas 18 tahun dapat memiliki 50 gram ganja kering dan menanam dua pohon per orang atau empat pohon per keluarga Sementara menyediakan ganja untuk orang lain tetap ilegal
Nokia 2720 Berharga Rm359 Di Malaysia Telefon Boleh Lipat Dengan Sokongan 4g

Nokia 2720 Berharga Rm359 Di Malaysia Telefon Boleh Lipat Dengan Sokongan 4g

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 443 hits
Bersama sama pengenalan Nokia 7 2 dan Nokia 6 2 pihak Nokia turut membawa masuk satu lagi telefon bimbit terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Nokia 2720 Nokia 2720 hadir dengan rekaan boleh lipat dan menyertakan papan kekunci fizikal bersam...
Malaysia Bakal Bolehkan Warga Tanam Ganja Untuk Tujuan Medis

Malaysia Bakal Bolehkan Warga Tanam Ganja Untuk Tujuan Medis

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 357 hits
Direktur Jenderal Badan Anti Narkoba Nasional Zulkifli Abdullah mengatakan ada ruang dalam Undang Undang Obat Obatan Berbahaya 1952 untuk penanaman ganja dengan tujuan medis Namun ganja baru bisa ditanam setelah mengantongi izin
K Jaan Siasat Kes Lelaki Pakistan Kahwin Nenek Warga Malaysia

K Jaan Siasat Kes Lelaki Pakistan Kahwin Nenek Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 493 hits
Warga asing itu didakwa berbuat demikian untuk mendapatkan pas lawatan sosial agar dapat menjalankan perniagaan dan menetap lebih lama di Sabah
Huawei P30 Pro Dalam Pilihan Warna Mystic Blue Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Huawei P30 Pro Dalam Pilihan Warna Mystic Blue Kini Boleh Didapati Di Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 389 hits
Huawei telah pun mengumumkan penawaran pilihan warna baru untuk P30 Pro pada acara IFA 2019 baru baru ini iaitu Mystic Blue Ia hadir dengan rekaan dwi tona pada kerangka belakang dan menawarkan bahan yang sedikit berbeza berbanding penawara...
50 000 Sarapan Pagi Untuk Warga Malaysia

50 000 Sarapan Pagi Untuk Warga Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 358 hits
Lengkapkan sarapan anda dengan susu No 1 Dutch Ladypada bulan Oktober ini Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga Tetapi sekiranya tidak ada yang akan membantu Bulan Oktober ialah...
Arab Saudi Benarkan Wanita Dan Lelaki Warga Asing Tanpa Ikatan Menyewa Bilik Hotel Bersama

Arab Saudi Benarkan Wanita Dan Lelaki Warga Asing Tanpa Ikatan Menyewa Bilik Hotel Bersama

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 464 hits
Arab Saudi Kerajaan Muslim Konservatif telah melancar kan sistem Visa pelancong bagi menarik kedatangan pelancong ke Arab Saudi Disebabkan itu kerajaan Arab Saudi mula membenarkan wanita dan lelaki warga asing yang datang ke Arab Saudi untu...
Kejayaan Warga Pendidikan Kedah Dihargai Terima Anugerah Dari Pengarah

Kejayaan Warga Pendidikan Kedah Dihargai Terima Anugerah Dari Pengarah

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 438 hits
Ini kali pertama saya menghadiri perhimpunan bulanan JPN Kedah Saya dijemput Sektor Akademik untuk disampaikan semula Anugerah Best Trendsetter Award yang diperolehi semasa di UNIMAS bulan lalu oleh tuan Pengarah sendiri Cikgu Abd Aziz bin ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut