Pengantin Tanggung Malu Dah Bayar Rm8 000 Tapi Katering Tak Sediakan Makanan Untuk Tetamu


The Reporter


Pasangan pengantin baru terpaksa menanggung malu apabila pihak katering yang telah dibayar gagal menyediakan makanan pada hari majlis berlangsung. 
Bukan itu sahaja, malah pihak yang sama turut menyediakan khemah yang tidak sempurna untuk tempat makan para tetamu majlis. 
Nur Azizi Sulaiman, 28, berkata, dia mengenali pemilik katering (wanita) itu dari Facebook dan bersetuju mengambil pakejnya yang berjumlah RM8,000

Pakej: MakananKhemahJurugambarJuruacaraPelaminBaju PengantinMakeup
23 Jun, Nur Azizi berjumpa dengan wanita itu di Seremban dan membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM2,000 secara tunai. 
26 Jun, Nur Azizi membayar transaksi online kepada pemilik katering RM1,500. 
15 Julai, Nur Azizi membuat pindahan wang sebanyak RM4,500 dan jumlah keseluruhan amaun yang telah dibayar ialah RM8,000. 
Tiga hari sebelum majlis yang akan diadakan di rumah pengantin lelaki di Kampung Teru, Tampin iaitu 1 September, beberapa pekerja katerer itu datang ke rumahnya untuk memasang empat khemah, sedangkan dalam pakej yang dipersetujui menyatakan lima khemah akan dipasang. 
Nur Azizi menghubungi wanita itu yang memberi penjelasan khemah kelima akan dipasang pada keesokan harinya. Tetapi janji tinggal janji, khemah kelima langsung tidak dipasang. Lebih teruk lagi, tiada sebarang hiasan pada khemah tersebut, hanya khemah semata-mata, termasuk meja pengantin juga tidak dihias. 
Pada pagi hari majlis, pemilik katering itu ada menghubungi Nur Azizi, meminta pengantin menyediakan makanan sendiri untuk tetamu dan memberi pelbagai alasan apabila ditanya mengenai hal khemah dan hiasan. 
Dalam pada itu juga, hanya jurukamera, jurumekap dan juruacara sahaja yang datang bertugas, tetapi mereka belum menerima bayaran daripada wanita terbabit. 
“Saya ketika itu buntu sebelum menghubungi pihak katering yang menyediakan makanan ketika kenduri di rumah pengantin perempuan dan katering berkenaan setuju membantu saya menyediakan nasi ayam bagi 300 tetamu saja

“Ketika itu saya berada di hotel dan mendapat tahu keluarga dan saudara-mara bertungkus-lumus membeli lauk mentah dan menyediakan makanan kepada tetamu kerana wanita itu tidak tiba dengan makanan yang dijanjikan

“Sehingga ke lewat petang, wanita itu tidak muncul namun berjanji ke rumah kami. Dalam masa sama pelbagai alasan diberikan dan kira-kira jam 12 tengah malam, saya membuat laporan polis di Balai Polis Tampin,” katanya

Meskipun sedih dan terkilan dianiaya pemilik katering yang tidak bertanggungjawab, Nur Azizi bersyukur kerana semua keluarganya membantu menjayakan majlis itu. 
Difahamkan, sudah ramai yang menjadi mangsa pemilik katering itu, tetapi tiada yang mahu membuat laporan polis dan mengheretnya ke muka pengadilan. 
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan kes itu dipindahkan ke IPD Seremban untuk tindakan lanjut. 
Sumber: Harian Metro

September 05, 2019 at 08:58AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/09/pengantin-tanggung-malu-dah-bayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Akan Bayar Awak Kereta Myvi Kena Pecah Aiman Tino Rugi Rm8 000

Saya Akan Bayar Awak Kereta Myvi Kena Pecah Aiman Tino Rugi Rm8 000

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 732 hits
Penyanyi Aiman Tino merayu kepada penjenayah yang memecah cermin kereta Perodua Myvi miliknya supaya memulangkan semula barang barang yang dilarikan dan sanggup membayar kepada penjenayah terbabit BACA Menurut Aiman dia mengalami kerugian R...
Aulia Kesuma Wanita Cantik Keibuan Tapi Sadis Habisi Suami Dan Anak Tiri Demi Bayar Utang

Aulia Kesuma Wanita Cantik Keibuan Tapi Sadis Habisi Suami Dan Anak Tiri Demi Bayar Utang

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 426 hits
Aulia Kesuma bisa dibilang adalah wanita yang cantik dan keibuan Akan tetapi di balik rupanya yang menawan ternyata ada jiwa yang sadis hingga tega membunuh orang bahkan menghilangkan nyawa orang terdekatnya Aulia Kesuma tega menghabisi sua...
Suami Terpaksa Tanggung Kos Ubatan Rm 6 000 Sebulan Isteri Hidap Penyakit Rare Di Malaysia

Suami Terpaksa Tanggung Kos Ubatan Rm 6 000 Sebulan Isteri Hidap Penyakit Rare Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 340 hits
Bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga adalah satu keputusan paling besar yang korang perlu lakukan seumur hidup Ia merangkumi cara hidup anda buat selamanya Semua orang tahu perkahwinan bukanlah satu perkara yang remah Setiap pasangan h...
Zaman Globalisasi Yang Serba Mahal Ni Oi Semua Pakai Duit Pasangan Ni Kahwin Dengan Bajet Rm1 000 Je Simple Tapi Meriah

Zaman Globalisasi Yang Serba Mahal Ni Oi Semua Pakai Duit Pasangan Ni Kahwin Dengan Bajet Rm1 000 Je Simple Tapi Meriah

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 491 hits
Memasuki ke gerbang perkahwinan bukannya sesuatu yang mudah lebih lebih lagi persiapan untuk majlis perkahwinan sememangnya menjadi cabaran kepada pasangan yang ingin berkahwin Zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit Pasan...
Buymuslimfirst Katering Dan Penghantaran Makanan

Buymuslimfirst Katering Dan Penghantaran Makanan

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 261 hits
Jika anda bercuti di Cameron Highlands dan memerlukan perkhidmatan katering yang tidak perlu diragui was was akan status halal mereka saya mencadangkan anda menggunakan khdimat dari dari pengusaha Melayu Bukan hanya untuk khidmat ketering b...
Mau Kerja Tapi Tak Punya Pengalaman Ini Solusinya

Mau Kerja Tapi Tak Punya Pengalaman Ini Solusinya

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 267 hits
Pengalaman memang sangat dibutuhkan saat melamar pekerjaan bahkan pengalaman dijadikan persyaratan dalam perekrutan pegawai Dari pengalaman yang ada Anda bisa dinilai professional dan memiliki potensi
Ridwan Kamil Bukan Ibu Kota Jabar Dipindah Tapi Pusat Pemerintahan

Ridwan Kamil Bukan Ibu Kota Jabar Dipindah Tapi Pusat Pemerintahan

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 213 hits
Gubernur Jawa Barat Ridwan Kamil mengklarifikasi pernyataannya soal rencana pemindahan Ibu Kota Provinsi Menurutnya yang dibahas bersama DPRD adalah rencana pemindahan pusat pemerintahan
Dapat Dekoder Mytv Percuma Tapi

Dapat Dekoder Mytv Percuma Tapi

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 821 hits
Sedia maklum siaran televisyen digital akan dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia bermula bulan September nanti Perkhidmatan siaran televisyen analog pula akan ditutup secara berperingkat di setiap negeri Yang ada astro hypp tv dan dekoder la...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran