Penganjur Karnival Dikompaun Tidak Patuh Sop Pkpp


KEPALA BATAS, 23 Julai — Polis mengeluarkan kompaun terhadap penganjur sebuah karnival sempena Aidiladha di Bertam, di sini malam tadi kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sepasukan polis bersama petugas Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan pemantauan SOP PKPP di karnival yang diadakan di kawasan lapang bersebelahan sebuah pasar raya itu pada 10.30 malam tadi.
“Hasil pemantauan mendapati penganjuran karnival berkenaan tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan antaranya tiada laluan khas keluar masuk, tidak mencatatkan kehadiran pengunjung, tidak mengambil suhu dan tiada penjarakan sosial malah penganjur juga tidak mengawal jumlah pengunjung yang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, kompaun RM1,000 dikenakan ke atas seorang lelaki berumur 48 tahun yang merupakan penganjur karnival tersebut atas kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Beliau berkata pihaknya dan KKM akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk menarik semula lesen penganjuran karnival itu kerana kegagalan mematuhi SOP dalam tempoh PKPP ketika ini.
Dalam perkembangan lain, Noorzainy berkata pihaknya menumpaskan geng curi rokok yang aktif menjalankan kegiatan jenayah terbabit di kedai runcit sekitar daerah SPU selepas menahan tiga lelaki berumur 35 hingga 39 tahun di lokasi berasingan di sini pada 11.30 pagi semalam.
“Modus operandi geng itu adalah pergi ke kedai runcit sebelum meminta untuk beli rokok dan dalam masa sama mahu membeli beras dalam kuantiti yang banyak sehingga pekerja terpaksa mengambilnya di dalam stor. Suspek kemudian akan mengambil rokok-rokok yang terdapat di kaunter dan melarikan diri.
“Terbaharu kejadian pada 3 petang Selasa, mereka melarikan rokok bernilai RM435 di sebuah kedai runcit di Pongsu Seribu,” katanya.
Katanya, siasatan juga mendapati rokok-rokok yang mereka curi akan dijual kepada kedai runcit di sekitar Ipoh, Perak bagi mengelak dikesan pihak polis dan geng tersebut dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah itu sejak beberapa bulan lepas.
Menurutnya, tiga lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sumber: BERNAMA
The post Penganjur Karnival Dikompaun Tidak Patuh SOP PKPP appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/23/penganjur-karnival-dikompaun-tidak-patuh-sop-pkpp/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

50 Rakyat Malaysia Jalani Kuarantin Di Rumah Tidak Patuh Sop Kata Menteri

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 342 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata bermula esok warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin ditetapkan KUALA LUMPUR Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkat...
Polis Shah Alam Puas Hati Semua Sekolah Patuhi Sop Pkpp

Polis Shah Alam Puas Hati Semua Sekolah Patuhi Sop Pkpp

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 396 hits
Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib beramah mesra bersama pelajar darjah 6 selepas hadir ke program 1st At School dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Shah Alam foto MOHD ADZL...
Pengurusan Gimnasium Kolam Renang Perlu Patuh Sop Mkn

Pengurusan Gimnasium Kolam Renang Perlu Patuh Sop Mkn

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 311 hits
PUTRAJAYA 24 JULAI Pihak pengurusan gimnasium dan kolam renang di bawah skim pembangunan berstrata boleh membenarkan penghuni untuk menggunakan kemudahan berkenaan dengan mematuhi tatacara operasi piawai dikeluarkan Majlis Keselamatan Negar...
Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 416 hits
Walaupun tiada sidang media harian berkenaan perkembangan Covid 19 di televisyen pada hari ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih memuat naik laporan berhubung pendemik tersebut di media sosial Setakat hari ini jumlah kes sembuh dan...
Mfl Liga M Bermula 26 Ogos Semua Perlu Patuh Sop

Mfl Liga M Bermula 26 Ogos Semua Perlu Patuh Sop

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 256 hits
SHAH ALAM 17 JULAI Saingan Liga Bola Sepak Malaysia 2020 yang tertangguh sejak 16 Mac lalu disambung semula pada 26 Ogos kata ketua pegawai eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia Datuk Ab Ghani Hassan berkata Ahli Lembaga Pengarah mencapai kata...
Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial Asalkan Ada Penjarakan Sosial Patuh Sop Ismail Sabri

Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial Asalkan Ada Penjarakan Sosial Patuh Sop Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 282 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi had maksimum 250 orang di acara sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Mesyuarat telahpun bersetuju untuk mengehadkan dari segi peserta berdasarkan kepada keluasan te...
Pkpp Task Force Operasi Pematuhan Sop Pkpp

Pkpp Task Force Operasi Pematuhan Sop Pkpp

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera PKPP TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN SOP PKPP Sidang Media Khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN SOP PKPP 1 Task Force Operasi Pematuhan 14 301 anggota telah membuat ...
Polis Kesan Individu Tak Ikut Sop Guna Cctv Penganjur Perhimpunan Akan Dipanggil

Polis Kesan Individu Tak Ikut Sop Guna Cctv Penganjur Perhimpunan Akan Dipanggil

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 304 hits
Ketiadaan langsung penjarakkan sosial seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan telah memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan dengan memberi amaran keras kepada mereka semua Panggil penganjur perhimpunanOleh sebab itu menerusi Bernama T...
20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Drama Jutawan Ekspres


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Carian Popular Motosikal 2025

Alamak

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms

Jika Ada Yang Ambil Tanah Kubur Untuk Dijadikan Azimat Mohon Ampun Pada Allah Bapa Nurly Sahirah

Jakim Pandang Serius Insiden Jemaah Dihalau Dari Surau