Pengangkutan Awam Kerajaan Komited Untuk Mencapai 40 Penggunaan Pengangkutan Awam Menjelang 2030






Kementerian Ekonomi sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam melaksanakan komitmen untuk mentransformasi landskap pengangkutan awam di Malaysia, dengan penekanan khusus di Lembah Klang. 


Masalah kepadatan kereta api dan ketersediaan bas yang masih pada tahap rendah menyebabkan kadar pemilikan kereta di Lembah Klang adalah antara yang tertinggi di dunia. Di Lembah Klang, hanya terdapat 0.21 bas yang beroperasi bagi setiap 1,000 orang. Perkhidmatan ini meliputi 323 laluan, namun hanya 9% laluan mempunyai kekerapan 1-15 minit, 63% beroperasi setiap 16-30 minit, dan 28% lagi melebihi 30 minit.


Bagi perkhidmatan kereta api, jika panjang laluan rel dibahagikan dengan keluasan geografi, ketersambungan rel di Lembah Klang hanyalah 7.9 meter bagi setiap kilometer persegi berbanding negara-negara maju seperti United Kingdom (67.5 meter setiap kilometer persegi) dan Singapura (352 meter setiap kilometer persegi). Secara keseluruhannya, hanya 55% Lembah Klang diliputi oleh perkhidmatan rel dan bas, meninggalkan banyak kawasan tanpa sebarang bentuk ketersambungan pengangkutan awam.


70% daripada keseluruhan kapasiti landasan tren penumpang tidak digunakan pada masa ini di Semenanjung Malaysia, dengan hanya 68 tren penumpang beroperasi di seluruh negara.  


Sasaran telah ditetapkan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019 - 2030 untuk mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030.  


Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Ekonomi bersama Kementerian Pengangkutan telah menjalankan satu bengkel strategik pada 17 Mei 2024, bagi mengenal pasti pelaburan utama yang diperlukan untuk meningkatkan dan memperluaskan rangkaian pengangkutan awam.


Sejajar dengan itu, sebuah pelan komprehensif sedang dibangunkan, merangkumi strategi pelaburan dan pelan pelaksanaan yang menyeluruh. Pelan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 1 Julai 2024. 


Kerajaan sedang mempertimbangkan peningkatan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam: perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan ‘first and last mile’ yang bersepadu. Untuk perkhidmatan bas, usaha akan meliputi pengembangan ketersambungan dan liputan, peningkatan ketersediaan dan konsistensi, serta memperkenalkan lorong khas bas bersama sistem Kuala Lumpur Autonomous Rail Transit (KL ART) dan Bus Rapid Transit (BRT).


Rangkaian rel akan juga diperluas untuk meningkatkan perkhidmatan dan mempertingkatkan pengalaman penumpang. Selain itu, kerajaan akan menaik taraf hentian bas, laluan pejalan kaki, serta memperkenalkan Demand-Responsive Transit (DRT), perancang perjalanan bersepadu, dan pilihan mikromobiliti bagi memastikan ketersambungan yang lebih lancar dan cekap.


Bagi mencapai 80% penggunaan landasan keretapi di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2030, Kerajaan merangka rancangan untuk meningkatkan perkhidmatan tren penumpang di Malaysia secara berfasa antara 2024 hingga 2030 dan mensasarkan jumlah tren penumpang yang beroperasi di seluruh negara mencapai 299 tren penumpang.


Inisiatif-inisiatif yang telah dikenal pasti dalam pelan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, memastikan pendekatan yang teratur,  selaras dengan matlamat ekonomi dan pembangunan negara. Usaha ini akan menjadi salah satu tumpuan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.


Sistem pengangkutan awam yang cekap bukan sahaja penting untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kelestarian alam sekitar, tetapi ia juga merupakan pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi. 


RAFIZI RAMLI
14 OGOS 2024






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/08/pengangkutan-awam-kerajaan-komited.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Ikuti Contoh Pengiraan

Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Ikuti Contoh Pengiraan

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 174 hits
Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Kerajaan Umum Gaji Penjawat Awam Naik 15 42 Peratus Kerajaan Malaysia telah mengumumkan berita yang menggembirakan bagi penjawat awam di seluruh negara Dalam langkah untuk meningkatkan kes...
Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam Dan Cara Kira Pencen Pesara Kerajaan Terbaru

Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam Dan Cara Kira Pencen Pesara Kerajaan Terbaru

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 155 hits
Cara Kira Kenaikan Gaji Penjawat Awam dan Cara Kira Pencen Pesara Kerajaan Terbaru Jom ketahui cara kira kenaikan gaji penjawat awam Kenaikan gaji penjawat awam dan pencen pesara kerajaan sentiasa menjadi topik hangat di kalangan pekerja se...
Seramai 48 Individu Ditahan Ceroboh Kebun Durian Musang King Atas Tanah Kerajaan Di Raub

Seramai 48 Individu Ditahan Ceroboh Kebun Durian Musang King Atas Tanah Kerajaan Di Raub

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 86 hits
KUANTAN Seramai 48 pekebun dan pekerja kebun durian Musang King di daerah Raub yang dikesan menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah ditahan sepanjang Ops Sekat rmula 30 April lalu sehingga hari ini Ketua Polis Pahang Datuk s...
Mahkamah Arah Kerajaan Serah Tanah Jalan Duta Masjid Antara Yang Terjejas

Mahkamah Arah Kerajaan Serah Tanah Jalan Duta Masjid Antara Yang Terjejas

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 74 hits
Kerajaan mungkin perlu membayar keuntungan mesne kepada Semantan Estate Sdn Bhd berikutan pengambilalihan tanah milik syarikat itu sejak tahun 1956 Peguam hartanah Mohd Norzaki Yusop berkata jumlah bayaran yang diperlukan dijangka ber
Tuan Ibrahim Kebimbangan Yang Di Zahirkan Oleh Sultan Pahang Perlu Perhatian Serius Kerajaan

Tuan Ibrahim Kebimbangan Yang Di Zahirkan Oleh Sultan Pahang Perlu Perhatian Serius Kerajaan

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 79 hits
KUANTAN Kebimbangan yang dizahirkan oleh Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenaan tanah di Pahang yang diterokai tanpa rasa takut dan ditakluk oleh pendatang asing secara terang terangan amat wajar dibe...
Pegawai Kerajaan Ni Patut Tak Boleh Bagi Naik Gaji Ni

Pegawai Kerajaan Ni Patut Tak Boleh Bagi Naik Gaji Ni

papar berkaitan - pada 6/8/2024 - jumlah : 86 hits
Jamzuri ArdaniIni memalukan Pegawai pegawai kerajaan yg perangai mcm ni sepatutnya tak ada tempat dlm kerajaan madani Menteri KBS jgn lembik kasi ajar cukup cukup
48 Pekebun Musang King Ceroboh Tanah Kerajaan Ditahan

48 Pekebun Musang King Ceroboh Tanah Kerajaan Ditahan

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 79 hits
Ketua Polis Pahang Yahya Othman berkata tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan selain dirujuk dan disiasat agensi lain seperti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang serta Pejabat Hutan Raub KUANTAN Seramai 48 pekebun d...
Habis Modal Dah Nak Cari Salah Kerajaan

Habis Modal Dah Nak Cari Salah Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 59 hits
Asalnya aku malas nak ulas Tapi tengok puak sana macam main isu ni Sampai jadi macam sama besar dengan kes Pertama sekali dalam pertandingan tiada istilah Yang ada cuma atau Persaingan pula Korang nak apa Nak suruh jadi macam bola sepak Ber...
Ringgit Closes Higher Ahead Of Tonight S Fed Announcement

Wanita Kemboja Maut Dihempap Pokok Ketika Berniaga

Manfaat Susu Ikan Keajaiban Dari Laut Yang Mulai Dikenal

Buat Buat Bodoh Lebih Senang Dapat Perhatian

Sains Rangkaian Dan Penggunaannya Dalam Bidang Pertanian

Cops On Hunt For Inmate Who Fled Sungai Buloh Hospital

Self Love Learning To Value And Appreciate Yourself

Berjumpa Sahabat Lama Numismatik Di Muzium Negara Kuala Lumpur


echo '';
Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna


Pattani Sea The Sun Cafe

Isu Mb Perlis Ahli Dan Pemimpin Bawahan Mula Bersuara

Zus Coffee With Ceo Latte

Mou Baru Terima Draf Dah Diriuhkan Di Luar Kata Saifuddin

Sijil Halal Dasar Sedia Ada Kekal Permohonan Bersifat Sukarela Zahid

Claim Mou Violated Constitution Untrue Insincere Says Umno Leader