48 Pekebun Musang King Ceroboh Tanah Kerajaan Ditahan


 
Ketua Polis Pahang Yahya Othman berkata tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan selain dirujuk dan disiasat agensi lain seperti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang serta Pejabat Hutan Raub. (Gambar Bernama)
KUANTAN: Seramai 48 pekebun dan pekerja kebun durian Musang King di daerah Raub yang dikesan menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah ditahan sepanjang ‘Ops Sekat’ bermula 30 April lalu sehingga hari ini.
Ketua Polis Pahang, Yahya Othman, berkata kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 67 tahun itu melibatkan 24 warga tempatan dan Orang Asli serta 24 pekerja warga asing iaitu 12 warga Indonesia, Myanmar (7), Bangladesh (2) serta tiga warga Nepal.
Katanya, tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh tanah kerajaan selain dirujuk dan disiasat oleh agensi lain seperti Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dan Pejabat Hutan daerah berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas tangkapan dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing menceroboh tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) untuk memungut hasil durian pada Jumaat lepas di IPK Pahang di sini hari ini.

Operasi akan diteruskan untuk mengelakkan mereka daripada terus menceroboh. Nampaknya musim buah mereka mula ambil tindakan sendiri untuk masuk. Kita menguatkuasakan perintah mahkamah untuk melarang sebab mahkamah telah mengesahkan tanah itu milik kerajaan negeri, katanya.
Kesemua tangkapan baharu itu dibawa ke IPD Raub untuk siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis setelah proses dokumentasi selesai.
Pada Julai lepas, seramai 131 pekebun durian Musang King dari Raub gagal dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran mengakses kebun durian yang diusahakan mereka sementara menunggu keputusan rayuan terhadap perintah pengusiran.
Ini susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pekebun itu untuk mengubah perintah hakim yang tidak membenarkan mereka memasuki kebun bagi menyelenggara dan mengusahakan pokok durian mereka. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/48-pekebun-musang-king-ceroboh-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seramai 48 Individu Ditahan Ceroboh Kebun Durian Musang King Atas Tanah Kerajaan Di Raub

Seramai 48 Individu Ditahan Ceroboh Kebun Durian Musang King Atas Tanah Kerajaan Di Raub

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 254 hits
KUANTAN Seramai 48 pekebun dan pekerja kebun durian Musang King di daerah Raub yang dikesan menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah ditahan sepanjang Ops Sekat rmula 30 April lalu sehingga hari ini Ketua Polis Pahang Datuk s...
Tanah Pejabat Kesedar Gua Musang Milik Kerajaan Negeri

Tanah Pejabat Kesedar Gua Musang Milik Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 269 hits
Che IbrahimSetahu ambo tanah tersebut adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan yang didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Kawasan seluas 200 ekar itu menempatkan berbagai jabatan agensi Persekutuan Kalau tanah milik Kerajaan Ne...
Mahkamah Arah Kerajaan Serah Tanah Jalan Duta Masjid Antara Yang Terjejas

Mahkamah Arah Kerajaan Serah Tanah Jalan Duta Masjid Antara Yang Terjejas

papar berkaitan - pada 8/8/2024 - jumlah : 225 hits
Kerajaan mungkin perlu membayar keuntungan mesne kepada Semantan Estate Sdn Bhd berikutan pengambilalihan tanah milik syarikat itu sejak tahun 1956 Peguam hartanah Mohd Norzaki Yusop berkata jumlah bayaran yang diperlukan dijangka ber
Tanah Untuk Datuk Tay Kerajaan Kelantan Perlu Beri Penjelasan

Tanah Untuk Datuk Tay Kerajaan Kelantan Perlu Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 292 hits
AKMAL MANAFKerajaan Kelantan perlu memberi penjelasan berhubung satu maklumat berkaitan lot tanah di daerah Kuala Krai Kelantan yang didakwa diserahkan kepada seorang tauke Cina Senarai lot tanah berkenaan dimuat naik seorang aktivis dikena...
Musang King Nan Sebiji

Musang King Nan Sebiji

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 249 hits
Assalamualaikum Semalam Lepas uruskan macam macam errands sekitar bandar lepas kami pi makan kat Oakland Reatoran Selera Nogori tu balik tu kami isi minyak kat Petronas Ampangan keluar dar Petronas tu ada gerai gerai jual durian gerai perta...
Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Malaysia Tamatkan Kemarau Emas Sepak Takraw Silat Dan Badminton Di Sukan Sea


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Perancangan Kewangan 2026 Cara Urus Duit Dengan Lebih Teratur

Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada