Penganggur Peniaga Online Mengaku Salah Hina Agong


BernamaTertuduh hina Agong didakwa memulakan penghantaran komunikasi jelik menggunakan Facebook. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini masing-masing atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di laman sosial Facebook pada Mac lalu.

Penganggur, Ooi Wei Siong dan peniaga atas talian, Nurhaizad Azhar, masing-masing berumur 38 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy.

Mengikut kertas pertuduhan, Ooi didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook “SAM OOI” dengan niat untuk menganiayai orang lain, pada 7.39 pagi, 1 Mac lepas.

Kenyataan itu dibaca di laman profil Facebook “Hanya di Kelate” di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tingkat 27 Menara KPJ, Wangsa Maju, pada 8.20 pagi, 2 Mac lepas.

Nurhaizad pula didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu dengan menggunakan laman profil Facebook “Haizad Azhar” dengan niat untuk menganiayai orang lain.

Kenyataan tersebut dibaca di laman profil Facebook “Din Radhi” di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Wangsa Maju, pada 11.20 pagi, 1 Mac lepas.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Edwin membenarkan kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) itu dijamin RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mac serta 20 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman ke atas mereka selain tidak membenarkan kedua-dua individu itu memuat naik mengenai kes berkenaan di laman sosial.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd Hadi yang mengendalikan kedua-dua kes berkenaan mencadangkan supaya mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas OKS kerana perbuatan mereka mencetuskan kemarahan rakyat dan hukuman itu adalah sebagai pengajaran kepada mereka.

Peguam Ahmad Ridza Mohd Noh yang mewakili Ooi pula berkata anak guamnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas perbuatannya dan memohon supaya mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara.
Nurhaizad yang tidak diwakili peguam pula memohon maaf kepada Sultan Abdullah dan rakyat Malaysia selain memohon mahkamah mengenakan hukuman yang ringan ke atasnya.

Di mahkamah sama, seorang suri rumah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad menerusi akaun Facebooknya pada Februari lalu.

Fadilah Hamid, 43, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook “Fadhilah Abdulhamid” dengan niat untuk menganiayai orang lain dan kenyataan tersebut dibaca di laman profil Facebook “Fadhilah Abdulhamid” di Apartment Seri Ceria 1, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras, kira-kira 9.14 pagi pada 19 Feb tahun lepas.

Mahkamah membenarkan wanita itu yang diwakili peguam Nur Sabrina Nasruddin diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 April depan untuk sebutan selain mengenakan syarat bahawa dia tidak boleh memuat naik mengenai kes berkenaan di laman sosial.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/penganggur-peniaga-online-mengaku-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganggur Didenda Rm6 000 Hina Agong Di Facebook

Penganggur Didenda Rm6 000 Hina Agong Di Facebook

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 239 hits
Seorang penganggur hari ini didenda RM6 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dalam laman sosial Facebooknya awal ...
Hina Agong 10 Kertas Siasatan Dibuka

Hina Agong 10 Kertas Siasatan Dibuka

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 272 hits
Astro Awani Polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa lagi akaun media sosial yang melakukan perkara yang sama Gambar fail GEORGETOWN Polis telah sudah membuka 10 kertas siasatan berhubung kes penghinaan terhadap Yang Di Pert...
Polis Tahan Dua Lagi Individu Disyaki Hina Yang Dipertuan Agong Di Facebook

Polis Tahan Dua Lagi Individu Disyaki Hina Yang Dipertuan Agong Di Facebook

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 602 hits
KUALA LUMPUR 2 Mac Dua lagi individu ditahan kerana disyaki memuat naik status menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook menjadikan jumlah tangkapan setakat ini tiga indiv...
1 Ditahan Hina Agong Di Fb

1 Ditahan Hina Agong Di Fb

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 874 hits
KUALA LUMPUR Polis menahan seorang lelaki tempatan hari ini kerana memuat naik status menghina Yang di Pertuan Agong di Facebook Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata suspek berusia 35 tahun...
Pm 8 Hormati Keputusan Jangan Hina Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Raja Melayu Mpmmk

Pm 8 Hormati Keputusan Jangan Hina Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Raja Melayu Mpmmk

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 617 hits
KUALA LUMPUR Seluruh rakyat di negara ini diingatkan supaya menerima hakikat dan menghormati keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malays...
Suspek Ditahan Hina Agong Sebenarnya Sakit Mental Kpn

Suspek Ditahan Hina Agong Sebenarnya Sakit Mental Kpn

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 282 hits
Kuala Lumpur 2 Mac Ketua Polis Negara Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan salah seorang individu yang menghina Yang Dipertuan Agong baru baru ini memiliki rekod sakit mental Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersam...
Jurujual Kereta Didakwa Hina Agong Sultan Johor Di Facebook

Jurujual Kereta Didakwa Hina Agong Sultan Johor Di Facebook

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 200 hits
Tertuduh dibenar ikat jamin RM26 000 dengan seorang penjaminSEREMBAN Seorang jurujual kereta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah ...
Isteri Da I Farhan Tak Mengaku Salah Tipu Wang Rm10 050

Isteri Da I Farhan Tak Mengaku Salah Tipu Wang Rm10 050

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 418 hits
Semalam kecoh mengenai berita dimana isteri kepada juara program Da i musim kedua telah ditahan pihak polis atas dakwaan menipu seorang pelanggan sehingga The post appeared first on
Siapalah Dia Ni Sedap Mengaku Anak Raja Permaisuri Agong S0und Wanita Menyam4r Jadi Kerabat Raja

Siapalah Dia Ni Sedap Mengaku Anak Raja Permaisuri Agong S0und Wanita Menyam4r Jadi Kerabat Raja

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 673 hits
Ada satu ke3s yang menjadi perhatian netizen ini semuanya bermula apabila haaziq mz cuba cuba nak scroll resipi masakan daripada IG masakan milik Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah iaitu airtangan tunkuazizah Siapalah dia ni...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Happy Chinese New Year 2025

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Apa Yang Buat Korang Selalu Semangat Untuk Pergi Kerja

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa