Penganggur Didenda Rm6 000 Hina Agong Di Facebook



(Bernama) – Seorang penganggur hari ini didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam laman sosial Facebooknya, awal Mac lepas berhubung kemelut politik baru-baru ini.
Hakim M.M Edwin Paramjothy turut memerintahkan Ooi Wei Siong, 38, menjalani hukuman penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
Edwin dalam penghakimannya berkata, mahkamah memandang serius gejala penghinaan seperti itu dan menyatakan kebebasan bersuara untuk menyuarakan sesuatu pendapat haruslah berpatutan dengan menggunakan bahasa, adab dan susila yang betul.
“Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan kita memberikan kebebasan bersuara kepada rakyatnya, kebebasan bersuara ini adalah tidak mutlak. Kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak merangkumi kebebasan untuk menghina dan menganiaya seseorang.
“Dalam kes ini, yang dihina adalah tonggak pemerintahan negara kita. Adalah jelas bahawa bahasa yang digunakan dalam hantaran yang dibuat OKS (Orang Kena Saman) adalah kesat, kasar dan jelik dengan niat untuk menjatuhkan martabat dan menghina tonggak pemerintahan negara kita,” katanya.
Edwin berkata, dalam membuat penilaian terhadap hukuman yang sesuai terhadap OKS, mahkamah juga mengambil kira faktor mitigasi yang berpihak kepada OKS iaitu ini kesalahan pertamanya dan pengakuan salahnya telah menjimatkan masa dan kos.
“Saya juga mengambil kira keadaan sosio ekonomi keluarga dalam tanggungan tertuduh. Ini adalah faktor-faktor yang saya ambil kira dalam tidak menjatuhkan satu hukuman berbentuk pemenjaraan terhadap OKS. Saya juga mengambil kira kekesalan dan permohonan maaf oleh OKS,” katanya.
Selain itu, Edwin berkata dalam mengambil kira faktor pemberatan dalam hukumannya, beliau setuju dengan hujahan timbalan pendakwa raya yang bijaksana bahawa kepentingan awam dalam kes ini harus diberi keutamaan.
“Hukuman yang dijatuhkan perlu mengambil kira kepentingan awam dalam menegah orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama. Hukuman juga perlu memberi pengajaran kepada OKS dan orang lain yang berkemungkinan akan terjebak dengan kesalahan yang sama,” katanya.
Jumaat lepas, Ooi mengaku bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook “SAM OOI” dengan niat untuk menganiayai orang lain, pada 7.39 pagi, 1 Mac lepas.
Kenyataan itu telah dibaca dalam laman profil Facebook “Hanya di Kelate” di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tingkat 27 Menara KPJ, pada 8.20 pagi, 2 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abd Hadi manakala OKS diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/03/17/penganggur-didenda-rm6000-hina-agong-di-facebook/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jurujual Kereta Didakwa Hina Agong Sultan Johor Di Facebook

Jurujual Kereta Didakwa Hina Agong Sultan Johor Di Facebook

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 218 hits
Tertuduh dibenar ikat jamin RM26 000 dengan seorang penjaminSEREMBAN Seorang jurujual kereta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah ...
Hina Ydp Agong Polis Cari Pemilik Akaun Facebook Jin Teik Loo

Hina Ydp Agong Polis Cari Pemilik Akaun Facebook Jin Teik Loo

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 478 hits
KUALA LUMPUR Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Jin Teik Loo selepas dipercayai memuat naik gambar menghina Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan kenyataan berbaur penghinaan ke...
Penganggur Peniaga Online Mengaku Salah Hina Agong

Penganggur Peniaga Online Mengaku Salah Hina Agong

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 437 hits
Tertuduh hina Agong didakwa memulakan penghantaran komunikasi jelik menggunakan Facebook KUALA LUMPUR Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini masing masing atas pertuduhan menghina Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sulta...
Pm 8 Hormati Keputusan Jangan Hina Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Raja Melayu Mpmmk

Pm 8 Hormati Keputusan Jangan Hina Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Raja Melayu Mpmmk

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 642 hits
KUALA LUMPUR Seluruh rakyat di negara ini diingatkan supaya menerima hakikat dan menghormati keputusan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malays...
Hina Agong 10 Kertas Siasatan Dibuka

Hina Agong 10 Kertas Siasatan Dibuka

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 295 hits
Astro Awani Polis juga sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa lagi akaun media sosial yang melakukan perkara yang sama Gambar fail GEORGETOWN Polis telah sudah membuka 10 kertas siasatan berhubung kes penghinaan terhadap Yang Di Pert...
Boleh Didenda Rm10 000 Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Kata Peguam

Boleh Didenda Rm10 000 Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 402 hits
V Anbalagan PETALING JAYA Individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa semalam bagi membendung penyebaran Covid 19 boleh didenda sehingga RM10 000 jika pendakwa raya memfailkan kes di Mahkamah Majistret kata peguam A Sr...
Saya Tak Hina Orang Miskin Kami Pun Tak Kaya Mana

Saya Tak Hina Orang Miskin Kami Pun Tak Kaya Mana

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 255 hits
Minggu lalu nama pelakon baru Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatilla Melvin menjadi tumpuan ramai apabila dikaitkan dengan dakwaan punca prestasi The post appeared first on
039 Tiada Niat Hina Penduduk Setinggan Dan Pprt 039 Syifa Melvin

039 Tiada Niat Hina Penduduk Setinggan Dan Pprt 039 Syifa Melvin

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 554 hits
BELUM reda kontroversi membabitkan hubungan dengan pemain Johor Darul Ta zim Safawi Rasid terbaharu pelakon Syifa Melvin teruk dikecam netizen apabila dikatakan menghina penduduk setinggan dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin Enggan terus
Kebiadapan Saifuddin Hina Penyakit Pm 8 Dikecam Netizen

Kebiadapan Saifuddin Hina Penyakit Pm 8 Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 842 hits
Ini lah Perangai orang PH bila anda tidak lagi bersama merekaSemasa DS Najib Tun Razak pecat TS Muhyiddin sebagai TPM itu hanya musuh politik Najib tak pernah memburuk burukkan atau mengaibkan dia atau mana mana musuh politik secara peribad...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Kemenangan Nurul Izzah Dan Implikasi Politik Dalaman Pkr

Siapa Hidup Dengan Suami Npd Dia Akan Tahu Siti Jamumall Tekad Mulakan Hidup Baru

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat

Heard Of The Giant Pig Island In Malaysia

Rafizi S Star Wanes But At Least He Won The Hearts Of Netizens

Program Cuti Sekolah 2025 Esq For Kids

Percubaan Menanam Pokok Bunga Rain Lily

Petua Awet Muda Versi Aku