Penganalisis Ramal Keputusan Kerusi Panas


freemalaysiatoday.com
‘Ainin Wan Salleh dan Samuel Chua
-November 18, 2022 12:20 PM
Pengerusi PH Anwar Ibrahim (kiri) menjadi calon pilihan di Tambun, manakala Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mesti menang di Pagoh jika beliau berharap untuk kembali memimpin negara.
PETALING JAYA: Daripada 222 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), beberapa kerusi lebih mencuri tumpuan berbanding yang lain.

Di Pagoh, bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mesti menang jika mahu kembali memimpin negara, manakala impian Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri bergantung kepada keputusan di Tambun.

Antara “kerusi panas” lain termasuk Arau, Putrajaya, Titiwangsa dan Penampang.

FMT melaporkan ramalan penganalisis Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara, Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, dan Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya untuk 10 daripada kerusi-kerusi tersebut.
(Dari kiri) Azmi Hassan, Oh Ei Sun and Awang Azman Pawi.PAGOHMuhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) bertanding untuk mempertahankan kerusi Pagoh buat penggal kesembilan. Sebagai pemimpin PN, beliau juga calon perdana menteri gabungan itu jika menang pada PRU15.

Beliau berdepan bekas Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim dan Iskandar Shah Abdul Rahman (Pakatan Harapan) di kerusi majoriti Melayu ini.

Ramalan penganalisis:
Azmi: PN akan menang
Oh: 50-50 antara PN dan PH
Awang Azman: 50-50 antara Barisan Nasional (BN) dan PN
TITIWANGSA

Bekas menteri kewangan kedua Johari Ghani berusaha untuk merampas semula kerusi Titiwangsa yang terlepas kepada Rina Harun daripada Bersatu pada PRU14.

Kali ini, beliau berdepan persaingan empat penjuru menentang calon “heavyweight” PH, bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad. Calon-calon lain terdiri daripada Dr Rosni Adam daripada PN dan Khairuddin Abu Hassan (Pejuang).

Ramalan penganalisis:
Azmi: BN
Oh: PH
Awang Azman: 50-50 antara PN dan PHTAMBUN

Anwar, pengerusi PH, bertembung empat penjuru di Tambun dengan Timbalan Presiden Bersatu, bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu, Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang).

Jika kalah, cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri akan terkubur, sekalipun PH menang pilihan raya.

Ramalan penganalisis:
Azmi: PH
Oh: PH
Awang Azman: PHARAU

Digugurkan oleh BN, bekas Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim beralih bertanding atas tiket PN. Orang kuat Perlis itu akan menentang anak didiknya, Naib Ketua Umno Arau Rozabil Abd Rahman dan Fathin Amelina daripada PH.

Ramalan penganalisis:
Azmi: BN
Oh: 50-50 antara PN dan BN
Awang Azman: BNBENTONG

Bekas Ahli Parlimen Bentong Wong Tack bertanding sebagai calon bebas menentang bekas rakan seperjuangannya dalam DAP, Young Syefura Othman dan bekas presiden MCA Liow Tiong Lai, yang mengharapkan perpecahan undi pembangkang.

Roslan Hassan daripada PN dan calon bebas Achik Khalil turut bertanding di kerusi yang mempunyai bilangan pengundi Melayu dan Cina hampir sama banyak ini.

Ramalan penganalisis:
Azmi: BN
Oh: 50-50 antara BN dan PH
Awang Azman: PHPUTRAJAYA

Orang kuat BN Tengku Adnan Mansor akan cuba mempertahankan kerusi ini buat kali kelima dalam pertembungan enam penjuru. Pencabarnya di kawasan ini, yang didiami ramai penjawat awam, termasuk Radzi Jidin (PN), Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH), Rosli Ramli (Pejuang) dan dua calon bebas.

Ramalan penganalisis:
Azmi: BN
Oh: 50-50 antara BN dan PH
Awang Azman: BNPENAMPANG

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking berdepan cabaran sukar dalam mempertahankan kerusi itu bagi penggal ketiga, menentang calon PH, presiden Upko akan datang Ewon Benedick.

Kerusi majoriti Kadazan Dusun itu tidak pernah kekal dengan seorang Ahli Parlimen lebih daripada dua penggal. Kenny Chua daripada Gabungan Rakyat Sabah dan calon bebas Richard Jimmy turut bertanding di kerusi ini pada PRU kali ini.

Ramalan penganalisis:
Azmi: Warisan
Oh: 50-50 antara PH dan Warisan
Awang Azman: WarisanKUALA SELANGOR

Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad mengubah fikirannya untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 itu dengan majoriti lebih 8,000 undi selepas BN meletakkan menteri kewangan sementara Tengku Zafrul Aziz sebagai calon.

Mereka berdepan persaingan daripada Noor Mohd Shahar (PN) dan Shaid Rosli (Pejuang).

Ramalan penganalisis:
Azmi: 50-50 antara BN dan PH
Oh: PH
Awang Azman: BNREMBAU

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang menjadi pemain utama dalam politik persekutuan sejak PRU14, bertanding dalam pilihan raya Parlimen buat kali pertama.

Kubu kuat BN ini turut menyaksikan pertembungan banyak penjuru yang disertai Nazree Yunus daripada PN, Jufitri Joha (PH), S Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia) dan Ramly Awalluddin (Pejuang).

Ramalan penganalisis:
Azmi: BN
Oh: BN
Awang Azman: BNSUNGAI SIPUT

Presiden MIC SA Vigneswaran berharap untuk menjadi pemimpin ketiga dalam partinya yang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di kawasan ini, selepas VT Sambanthan dan S Samy Vellu.

S Kesavan daripada PH turut bertanding untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU14 itu. Mereka berdepan lima calon lain, iaitu G Irudianathan daripada PN, Ahmad Fauzi Jaafar (Pejuang), dan tiga calon bebas.

Ramalan penganalisis:
Azmi: BN
Oh: 50-50 antara BN dan PH
Awang Azman: PH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/penganalisis-ramal-keputusan-kerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen P 026 Ketereh P 100 Pandan

Pru15 Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen P 026 Ketereh P 100 Pandan

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 190 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Pru15 Keputusan Tidak Rasmi Kerusi Parlimen Permatang Pauh Bagan Datuk Langkawi

Pru15 Keputusan Tidak Rasmi Kerusi Parlimen Permatang Pauh Bagan Datuk Langkawi

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 148 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 15 Senarai Penuh Pemenang Kerusi Parlimen Malaysia

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 15 Senarai Penuh Pemenang Kerusi Parlimen Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 133 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengeluarkan keputusan rasmi senarai penuh pemenang kerusi parlimen untuk semua 220 kerusi Parlimen yang bertanding pada PRU15 pada 19 November 2022 Malaysia sedang menghadapi situasi Parlimen tergantung keran...
Langsung Agenda Awani Kerusi Panas Pru15 Pertempuran Gombak 8 Nov 2022

Langsung Agenda Awani Kerusi Panas Pru15 Pertempuran Gombak 8 Nov 2022

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 165 hits
Tumpuan kerusi panas P 098 Gombak bukan hanya semata mata perebutan oleh calon yang bertanding tetapi isu berkaitan peluang ekonomi dan perniagaan perbandaran dan pengurusan banjir Temu bual khas bersama calon BN PN dan PH dari Taman Greenw...
5 Kerusi Panas Pru15 Yang Menjadi Tumpuan

5 Kerusi Panas Pru15 Yang Menjadi Tumpuan

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 133 hits
Saluran Infotainment Paling Aktif Di Youtube Video Menarik Pada Setiap Hari Isnin Sehingga Jumaat 2 Video Sehari Laman Sosial Instagram https www instagram com kupikupigox Facebook https www facebook com kupikupigox Twitte
Tular Ramalan Palsu Ilham Centre Nafi Ramal Kerusi Bakal Dimenangi Parti Pada Pru15

Tular Ramalan Palsu Ilham Centre Nafi Ramal Kerusi Bakal Dimenangi Parti Pada Pru15

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 291 hits
Badan penyelidik ILHAM Centre nafi mengeluarkan dapatan berkaitan bilangan pecahan kerusi kerusi yang bakal dimenangi tiga parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 15 Memetik laporan Sinar Harian Pengarah Eksekutifnya Hisommudin Bakar be...
Ph Bakal Sapu 11 Kerusi Di Kl 19 Di S Gor Dan N Sembilan Rafizi

Ph Bakal Sapu 11 Kerusi Di Kl 19 Di S Gor Dan N Sembilan Rafizi

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 183 hits
Yasmin RamlanTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan Pakatan Harapan mampu memenangi 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 19 di Selangor dan berpotensi untuk meraih 13 hingga 15 kerusi di Johor pada pilihan raya umum ke 15 ...
Saya Yang Kena Cari Sendiri Kerusi Untuk Bertanding Kj Dakwa Pucuk Pimpinan Tinggalkannya Begitu Saja

Saya Yang Kena Cari Sendiri Kerusi Untuk Bertanding Kj Dakwa Pucuk Pimpinan Tinggalkannya Begitu Saja

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 168 hits
Calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Sungai Buloh Khairy Jamaluddin mengakui dia terpaksa mencari sendiri kerusi untuk bertanding kerana dia ditinggalkan begitu sahaja Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi baru baru ini mendedahkan Khairy s...
Selepas Pemimpin Umno Tak Peduli Kj Terpaksa Jumpa Mic Minta Kerusi

Selepas Pemimpin Umno Tak Peduli Kj Terpaksa Jumpa Mic Minta Kerusi

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 191 hits
agendaily com10 11 2022Menteri Kesihatan kerajaan sementara Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan kerajaan sementara Khairy Jamaluddin hari ini mengaku meminta sendiri bertanding di Sungai Buloh sebagaimana dikatakan Presiden UMNO Datuk Seri ...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing