Pas Pn Lalui Era Menang Tawan Pusat Kepala Bapak Pp


 

Presiden beri panduan penting untuk lalui era kemenangan 
SHAH ALAM: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata bahawa ucapan dasar dan muktamar serta perbahasan telah diadakan adalah muhasabah supaya kepimpinan dan parti beristiqamah. 

“Tidak tergelincir daripada dasar perjuangan dan sampai ke hala tuju yang diredhai oleh Allah S.W.T terus berjuang selaju-laju, walak dan taat tanpa membantah. Teguh beristiqamah ke hala tuju membujur lalu melintang patah.

“Tema ucapan dasar kita ‘Adil, Prihatin dan Berkebajikan. Tujuannya untuk mengisi kemenangan setelah kita mencapai kemenangan di empat negeri menjadi parti yang paling banyak di peringkat Parlimen.

“Yang boleh bersama memerintah bila-bila masa sahaja insya-Allah. Tema ini bukan sekadar slogan untuk diucap, tetapi untuk dilaksanakan. Dicadangkan supaya tema ini menjadi tema kepada empat buah negeri yang diperintah oleh PAS.

“Tujuannya untuk menegakkan syiar Islam, secara amali dan praktikal, bukan retorik kosmetik. Hiasan-hiasan sahaja,” ujarnya pada ucapan penangguhan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 di IDCC Shah Alam, di sini sebentar tadi.

Tuan Guru mengupas mengenai kuasa pemerintahan yang mendirikan perintah solat, zakat, kebajikan dan mencegah mungkar di mana tindakan di atas dunia itu juga adalah berwawasankan akhirat.

“Kita PAS (pernah) dirasakan dengan kezaliman-kezaliman yang banyak. Menjadi mangsa kezaliman sepanjang perjuangan. Kita mangsa, penindasan dipinggirkan dan sebagainya. Ini mendidik kita bila jadi kita jadi kerajaan kita jangan buat zalim pada orang.

“Ini sangat penting. Jangan belas dendam. Ini yang diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W, kita sabar. Kita anggap itu pendidikan dalam perjuangan kita. Jangan jadi macam PH (Pakatan Harapan). Membawa naratif memutar belitkan kezaliman. Tak nampak dia zalim padahal dia buat zalim,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh cabaran setelah mendapat kemenangan sebagaimana Nabi SAW membahagikan harta rampasan dan menghadapi rungutan para Sahabat RA yang tidak berpuas hati dengan Baginda.

Tuan Guru juga membawakan pengajaran daripada perpecahan kalangan Sahabat RA hingga menimbulkan mazhab dan perpecahan umat termasuk kejahilan hingga Islam diperangi mudah oleh musuh.

Akibatnya bentang beliau, terjadilah ketidakadilan ke atas manusia kerana ada yang melampaui batas hingga berbunuhan sebagaimana terjadi di Palestin ketika ini sebelum berlaku jihad kebangkitan.

Mengupas mengenai konsep parti menguasai kerajaan, beliau menjelaskan bahawa perkara itu sebenarnya sudah ada dalam Perlembagaan PAS iaitu Fasa 48D berkenaan polisi dan pendirian PAS.

“PAS sudah membuat keputusan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu. Dianggotai oleh pimpinan PAS Pusat yang ada kebolehan khusus dalam Dewan Harian dan dijemput tokoh-tokoh yang kita pilih untuk memandu kerajaan negeri,” jelasnya.

Tuan Guru turut menyeru semua ahli parti memainkan peranan termasuk di Cawangan juga mesti membantu kerajaan dan mengingatkan sekiranya terdapat kelemahan jangan menumpang untuk menjatuhkan.

Beliau mengupas hadis Nabi SAW mengenai perbuatan gopoh menebuk kapal yang dinaiki kerana mahu cepat mengambil air lalu menyebabkan seluruh penumpang kapal itu menerima akibatnya.

Tuan Guru juga memperihalkan cabaran ke atas agama Islam di negara ini yang pernah dan masih cuba digugat oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai cara di mana menuntut PAS menanganinya. – HARAKAHDAILY 22/10/2023 
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS/PN lalui era menang.. Tawan Pusat & 'kepala bapak' PP.        
Lihat juga komen ini..
(i) Al-hamdulillah, PN berpotensi menang K'jaan Pusat dan beberapa negeri lagi, insya Allah!


Di Shah Alam, PAS yakin berpotensi besar memenangi Perak, Pahang, Selangor dan tidak mustahil juga Negeri Sembilan pada PRU akan datang berdasarkan gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS kali Ke-69 di IDCC Shah Alam, di sini sebentar tadi.

Namun peringat beliau, gelombang rakyat tersebut perlu diurus dengan PAS membina kekuatan terutama organisasi iaitu memperkukuh dan memperkasakan penubuhan PAS Cawangan serta pertambahan keahlian.


(ii) Tahniah PAS P.Pinang. Semoga rampas P.Pinang dari DAP jadi kenyataan. Tiada 'kapala bapak' DAP itu, bererti riwayat keangkuhan DAP masakini akan berakhir.


PAS perlu ‘blueprint’ ambil alih Kerajaan P Pinang, menurut Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan.

Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan 
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.


Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/10/paspn-lalui-era-menang-tawan-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Ibrahim Terkejut Pas Tak Tawan Selangor Pada Prn

Tuan Ibrahim Terkejut Pas Tak Tawan Selangor Pada Prn

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 142 hits
malaysiakini comKegagalan Perikatan Nasional menawan Selangor pada pilihan raya negeri Ogos lalu merupakan kejutan buat PAS Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ini kerana sasaran awal pihaknya adalah PN akan dapat menawan Se...
Penganalisis Pas Tolak Sertai K Jaan Sebab Yakin Menang Pru16

Penganalisis Pas Tolak Sertai K Jaan Sebab Yakin Menang Pru16

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 238 hits
malaysiakini comKemenangan besar PN pada pilihan raya umum ke 15 dan pilihan raya negeri baru baru ini mungkin mempengaruhi Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menolak menyertai kerajaan perpaduan kata penganalisis politik Felo kanan Majlis...
Kita Simpan Ja Bab Kepala Bapak Baca Kutbah

Kita Simpan Ja Bab Kepala Bapak Baca Kutbah

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 148 hits
Sanusi nak baca khutbah Aku tak nak komen apa cuma nak simpan surat ni untuk kegunaan masa akan datang kalau dorang bising DS Anwar atau mana mana MB PH BN baca khutbah Guane boh Raja Gelap II
Bersatu Sukar Bentuk Kerajaan Pusat Selagi Jadi Pak Turut Pas

Bersatu Sukar Bentuk Kerajaan Pusat Selagi Jadi Pak Turut Pas

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 156 hits
MalaysiakiniBekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman menyifatkan Bersatu hanya menjadi pak turut PAS dan sebagai pelengkap agenda politik jumud parti Islam itu Dia berkata demikian ketika mengulas coretan seoran...
Selagi Jadi Pak Turut Pas Bersatu Sukar Bentuk Kerajaan Pusat

Selagi Jadi Pak Turut Pas Bersatu Sukar Bentuk Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 159 hits
Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu Dr Muhammad Faiz Na aman menyifatkan Bersatu hanya menjadi pak turut PAS dan sebagai pelengkap agenda politik jumud parti Islam itu Dia berkata demikian ketika mengulas coretan seorang ahli Bersa...
Saudia Enters A New Era Through Major Re Brand Strategy

Saudia Enters A New Era Through Major Re Brand Strategy

papar berkaitan - pada 28/10/2023 - jumlah : 324 hits
Through utilizing the latest AI and reflecting a more Saudi identity Saudia the national flag carrier of Saudi Arabia revealed its new brand identity and livery during a milestone event in Jeddah in the presence of Royal Highnesses Excellen...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Kreativiti Dalam Pembungkusan Inovasi Terkini Untuk Bucket Ayam Goreng

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna