Pengalaman U Home 5g Dari Umobile
Sebelum pakai U Home 5G, pakai fiber by maxis tapi memandangkan dah habis kontrak jadi saya terminate maxis fibre dan ambil pakej U Home 5G ni..
Kenapa tukar Fiber kepada Line Pula?
Salah satu sebabnya adalah murah RM68 tak termasuk caj sst, cut cost dan bila tengok penggunaan data sebulan tak pernah pun lebih dari 1000gb even yang guna pun dalam 2 orang je. Biasa average 400gb penggunaan.
U Home 5GPengalaman U Home 5G dari UmobileCara nak daftar pun senang je pergi lah mana-mana cawangan umobile untuk daftar Uhome 5G. Bagi details semua then terus dapat sim kad. Dia ada pilihan sama ada korang nak pakej tanpa modem atau nak modem. Kalau nak moderm ada kontrak selama 2 tahun manakala tanpa modem korang takde kontrak. Jadi yang takde kontrak tu korang boleh cancel bila-bila masa2x. Mungkin selepas 1-3 bulan penggunaan kot.
Saya pula ambil pakej modem kira ada kontrak 2 tahun sebab malas nak fikir cari modem 5G. Modem 5G pun bukan murah sekarang.
Sim kad ini lah nanti kena masukkan dalam modem
Sebelum pakai pakej ini, memang dah test kat rumah dapat 5G, tower 5G pun dekat je dengan rumah.
Dari segi kelajuan bila test tu memang tinggi boleh dapat 300-400mbps. Lebih kurang macam tu.
Tak sampai sebulan bila dah pakai modem yang umobile bagi ni dia asyik disconnect memanjang. Bila tengok post ramai yang kata modem yang umobile tu kualiti dia tak bagus sangat kira senang putus.
Kebetulan saya ada modem lama tapi 4G je lah iaitu Huawei B818 kalau tak silap. Jadi tukar lah sim kad dan masuk dalam modem B818. So far takde putus2x dan line pun stabil cuma dapat line 4G je lah. Speed boleh dapat 80-90Mbps mcam tu kalau siang. Malam drop skit lah tapi kira stabil sebab tengok video streaming takde lag or putus2x.
Sementara guna Modem 4G, nak tak nak kenalah saya cari Modem 5G lain dan akhirnya saya pilih brand Huawei juga iaitu H122-373
Modem Huawei H122-373 Ngam dengan U Home 5GMemandangkan ramai yang kata brand tarik line kuat jadi saya ambil modem brand ni walaupun harga ini keras. Ada modem yang murah macam Nokia Fastmile 3, Oppo, Olax, ZTE tapi tetap pilih yang Huawei punya. Mungkin sebab dah terbiasa pakai modem Huawei sebelum ni B818.
So far, sepanjang penggunaan penggunaan brand ni memang takde putus2x masih steady tengok video streaming. Kalau guna 2.4ghz speed biasa tapi guna yang 5.ghz tu berdesup laju speed.
Kotak Huawei
comel je modem dia tak besar sangat macam B818
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adarain.com/2024/10/pengalaman-u-home-5g-dari-umobile.html