Pengalaman Terlihat Entiti Hodoh Ketika Menjadi Fasilitator



Pengalaman seram ketika menjadi fasilitator. Ini adalah thread.
Cerita ini dikongsi kelmarin melalui email seramshit. Empunya cerita tidak berminat untuk dikreditkan media sosialnya. Sebaliknya lebih gemar untuk dikenali dengan nama pena ‘Din Aqasya’

*Kisah bermula

“Pengalaman ini adalah ketika aku mengendalikan program 3 hari 2 malam bersama student PT3 dan SPM pada tahun 2015. sekitar 6 tahun lepas

Nak dimulakan cerita pada hari kedua program, bermula pada pukul 12 malam. Bagi peserta, itu merupakan slot "Bahtera Alam Mimpi" dan mereka perlu lena. Pukul 4 nanti para Fasi akan bangunkan mereka untuk slot "Qiamullail". Dalam beberapa minit sahaja lampu dimatikan, beberapa orang peserta sudah tewas


Mungkin impak daripada nasi berlauk kari ayam dan kemeriahan malam kebudayaan membuatkan mereka terlalu penat. Tapi ada beberapa orang peserta berdegil untuk tidak lena lalu bercerita sesama mereka. Kami biarkan

Pada masa yang sama, aku dan Farhan pergi ke belakang (bahagian stor dapur, berdekatan dengan bilik mandi). Ketika itu kawasan tersebut kosong dan sunyi, Farhan membuka salah sebuah periuk yang terbiar di atas meja itu

Rupanya masih banyak baki kari ayam dan nasi untuk dijamah. Apa lagi, dengan tak semena-mena kami terus melantak dengan puasnya


Tak lama kemudian, meja itu mula dipenuhi para Fasi dan Urusetia program. Sesampai saja ada yang terus mencapai pinggan, mencedok nasi, mencurah kari ayam, lantas turut serta melantak juadah tersebut. Menyelerakan. 
Ada pula yang leka dengan permainan telefon pintarnya, ada yang mulakan ‘post-mortem’ akan aktiviti yang berlangsung sepanjang hari itu. Kami makan sambil mendengar dengan kusyuk

Selang beberapa ketika, topik yang dibicarakan juga turut berganti. Mereka saling bertukar-tukar cerita dan pendapat, maka bermulalah diskusi-diskusi menarik pada tengah malam itu. 
Bermacam-macam topik dikupas, bermula cerita santai dan gurauan berkenaan program tadi, sehingga topik-topik berat yg mula diajukan oleh salah seorang urusetia, mencuri fokus kami yang asyik menjamah ayam kari. Topik itu berkenaan perayaan Asyura di Karbala, Iran

Dia baru tengok video dekat liveleak, sekumpulan lelaki tak berbaju mencederakan diri sendiri menggunakan bilah pisau yang dipasang tali. Melibas bilah pisau ke belakang badan sendiri. Dihadapan khalayak ramai

“Kerja gila.” katanya

Masing2 bertukar pandangan dan cerita. Ada yang pada mulanya diam dan mendengar, kemudian mencela sebagai "hero". Tampil menceritakan hujah berfakta

Tidak kelihatan sedikitpun anggukan-anggukan konformis mengiyakan orang lain, bahkan hadir dengan pendapat masing-masing. Fuh

Kemudian, selang beberapa jam selepas itu, topik lain mula muncul, tapi kali ini agak sukar untuk dibahaskan kerana ia di luar kotak pemikiran masing-masing

Topik tersebut adalah berkenaan alam Jin

Suasana riuh, gelak ketawa sepanjang 2 jam itu terhenti dengan sendirinya. Segalanya bertukar serius dalam sekelip mata. Ada yang cuba mengalihkan tumpuan kami dengan membangkitkan isu2 dan alasan lain. 
Tetapi seperti tiada yang berminat, seakan semua menanti dengan penuh harapan berkaitan topik Jin yang akan kami bahaskan bersama

Lebih-lebih lagi suasana pada pukul 2 pagi itu, dengan tiupan angin yamg sedang-sedang, disertakan suhu jatuh yang menyucuk, turut "memeriahkan" suasana

Permulaan topik, aku menceritakan peristiwa Jin Ifrit tumpas kepada doa Nabi Muhammad semasa perjalanan Isra' Nabi dari Mekah menuju Palestin. Masing2 memberi tumpuan penuh kepada yang bersuara. 
Kemudian, beberapa orang dikalangan kami menceritakan pengalaman yang pernah secara sengaja bertemu dengan makhluk tersebut. Entah betul, entah tidak. Tapi yang pasti, bulu roma memang meremang habis

Sehinggalah pada satu saat, secara tiba tiba salah seorang dari kami..

***
Seusai aku menceritakan segala sejarah dan kisah berkaitan kehidupan alam jin, masing-masing menghela nafas panjang, bukannya gembira kerana cerita itu sudah berakhir, tetapi bersemangat menantikan cerita selanjutnya daripada Izzat. 
Bagai ada ‘semangat’ untuk semua yang duduk di round table tersebut bersifat memberanikan diri. Sepanjang Izzat berbicara, kami bertanya itu ini, kemudian Izzat menjawab dengan tenang dan yakin

Aku hairan dan rasa pelik, punyalah serius mereka semua ni. Tiada sedikitpun kedengaran gelak ketawa selepas topik ‘makhluk’ ini dibuka. Masing-masing serius dengan persepsi di lingkungan kotak fikiran mereka. 
Setiap pandangan tajam mereka menuju tepat ke arah yang sedang berbicara. Mungkin aura ‘makhluk’ tersebut turut bersama kami malam itu lalu membelai-belai jiwa kami. Ah sudah..

Kemudian, aku cuba lari daripada topik yang mereka perbahaskan. Aku mencapai gitar Rauf, lalu menyanyikan sebuah lagu berbahasa cina. Tong Hua apa entah tajuk lagu dia. 
Aku dengan santainya keluar pelan-pelan dari terus mendengar cerita-cerita mereka. Setiap lirik dengan nada dan sebutan cina itu turut memadam api perkauman yang dibakar syaitan di dalam diri. Kah3
Akhirnya, fokusku 100% tertumpu kepada petikan string gitar, dan chord lagu melalui telefon

Selang beberapa detik membuai diri menghayati lirik lirik itu, pandangan ku tiba-tiba saja terarah ke satu persatu wajah urusetia dan fasi di round table tersebut. Akhirnya, pandangan ku terhenti pada wajah Aiman (Rujuk foto ke-2, memakai jaket hitam merah)
Reaksinya sedikit pelik. Kelakuannya aneh. Duduk diam sambil menghela nafas yang panjang berulang-ulang kali. Tercungap-cungap. Berpeluh! 
Aku sudah menyedari kelakuannya sejak aku berbicara lagi, tetapi aku biarkan. Tapi kali ini, tampak jelas seperti ada yang mengganggu ketenangannya. Serius weh

Sedang suasana serius di round table itu mendengar kata-kata Izzat, Aiman muncul mencela. Dengan nada perlahan dia berbisik ke telinga Nas, kami dapat mendengar "Nas, teman aku masuk dalam!". 
Aku lantas mencela, "Uii dah kenapa tiba-tiba masuk nak mintak teman, punyalah dekat nak minta temankan?"
Perbualan di roundtable itu bagaikan ada "iklan" menyaksikan tingkahlaku Aiman yang lain macam. Selepas mendengar kata-kata Aiman, Nas dengan tenang mengiyakan untuk membawanya ke dalam. 
Wehh? kenapa ni? Mereka berdua (Aiman & Nas) bagaikan ada pakatan senyap untuk keluar daripada round table ini, kerana tidak adapun perbualan antara mereka sebelum ini, tetapi bagaimana situasi itu berlaku spontan! *mereka berdua berlalu masuk ke dalam

Situasi itu bagaikan merasuk minda kami semua. Mana taknya, tengah-tengah kami berbicara tentang ‘makhluk’ itu, salah seorang rakan kami "tewas" di tengah-tengah bulatan perbualan. 
Pada aku, ada sesuatu cuba mengganggu agar kami dengan segera menghentikan perbualan ini. ‘Sesuatu’ yang aku maksudkan itu... Weh kau boleh fikir sendiri

Selang 2 minit, Nas tiba-tiba muncul secara tergesa-gesa ke arah kami. Sudah pasti ada benda mustahak untuk dia sampaikan

"Weh, kaki dia sejuk gila! Sudahlah wehh!"
Perh... Umpama ada halilintar baru sahaja singgah menyambar perasaan kami selepas mendengar kata-kata Nas, masing-masing memahami apa yang baru saja Nas katakan

Simple saja aku kata, Aiman kena kacau! Patutlah reaksinya sepanjang topik itu dibuka mula berubah. Sebenarnya apa yang aku sangkakakan itu betul, sepanjang kami duduk di round table itu, seakan ada "semangat" yang cuba mengganggu perbualan kami

Dan sekarang, "semangat" itu berjaya melemahkan salah seorang dari kami

Tanpa berfikir panjang, kami decide untuk kosongkan meja itu serta merta

Pada subuh yang hening, dingin dan tenang itu, kami diselubungi perasaan cemas

Aku risau, sekiranya "semangat" itu mula bersifat ganas lalu menerobos masuk dan menghuni setiap jiwa lemah di antara kami. Maklum, benda-benda sebegitu sekiranya tidak dikawal, pasti membawa padah

Mujur, beberapa minit kemudian kami dapat mengawal keadaan tanpa mengganggu peserta lain yang sedang lena di slot "Bahtera Alam Mimpi"

**
Kami berkumpul di hujung tikar tempat tidur peserta. Membincangkan perkara cemas yang baru kami lalui. Cerita punya cerita, rupanya ada entiti yang mereka dah tengok! Paling real, bukan Aiman sahaja yang melihat entiti itu, Nas dan Mazlan juga melihat kelibat yang sama! Gila

Patutlah ketika Aiman membisikkan hasratnya untuk masuk ke dalam, Nas tanpa sedikit persoalan pun membawa Aiman masuk. Baru kami faham, sepanjang kami berbicara di round table itu, sebenarnya tiga orang di kalangan kami sudah diganggu

Hanya situasi Aiman yang dapat menjelaskan perkara yang berlaku, kerana Nas dan Mazlan hanya berdiam diri. Tak cakap apa apa. Tak ada reaksi

Cerita panjang kami pun berakhir dan Aiman kembali tenang kerana dikelilingi oleh kami. 
Aku tak mahu sambung cerita, kerana takut kau akan terpengaruh. Sebenarnya kau yang membaca thread ini, tak kisahlah di mana-mana, pasti ada benda yang lain turut menghuni dan menumpang tempat kau sekarang. Sendiri fikir ok

Dapat aku ringkaskan,
*Di pokok mangga, (rujuk foto ke-2) Mazlan dan Aiman terlihat entiti duduk bertenggek menyaksikan perbualan kami. Berbaju putih kekoyakan. Berwajah hodoh. Mulut luas melopong

*Di pokok pisang, (sebelah kanan pokok mangga) Nas dengan jelas melihat kelibat entiti bongkok berambut panjang dengan ketinggian luar biasa sedang melintasi round table kami. Damn

Syukurlah, "semangat" itu hanya menggertak jiwa kami. Mungkin kami telah mengganggu mereka? Sehingga terbuka hijab antara manusia dan makhluk itu, membuatkan Nas, Mazlan dan Aiman melihat sesuatu yang mereka tidak akan pernah lupakan

Ingatlah rakan2, tiada apa pun yang berkuasa di alam ini melainkan Allah S.W.T, dan tiada sesiapapun yang mampu menandingi kekayaan, kebesaran dan keagunganNya

Yang benar tetap benar, Yang dusta akan fana

Sekian, Wallahualam
-Din Aqasya
------------------------------------
Jika ada cerita menarik yang mahu dikongsi, email ke [email protected] . Kredit penuh diberi kepada empunya cerita


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.seramshit.com/2021/02/pengalaman-fasilitator.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Hilang Ketika Keluar Beli Roti Canai

Pemuda Hilang Ketika Keluar Beli Roti Canai

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh Azman Bin Ibrahim dan ISKANDAR SHAH MOHAMED MA AYOB dan Jalaludin menunjukkan laporan polis serta gambar Muhammad Syukur yang hilang di Kampung Tambak Jawa Jeram Kuala Selangor Selangor UTUSAN ISKANDAR SHAH MOHAMED KUALA SELANGOR Seora...
Mansuh Syarat Pembelian Pin Upu Terutama Ketika Covid 19 Kata Pendidik

Mansuh Syarat Pembelian Pin Upu Terutama Ketika Covid 19 Kata Pendidik

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 243 hits
Pengerusi Guru Muda Johor Mohamad Faris Jasma berkata pemansuhkan syarat pembelian nombor PIN untuk permohonan kemasukan ke universiti dapat menjimatkan masa dan mengurangkan ketidakpatuhan terhadap SOP JOHOR BAHRU Sebilangan warga pendidik...
Atuk Meninggal Gadis Kesal Ibu Dilayan Kasar Dibalai Ketika Mohon Rentas Negeri

Atuk Meninggal Gadis Kesal Ibu Dilayan Kasar Dibalai Ketika Mohon Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 394 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan 2 0 kembali dilaksanakan urusan merentas negeri sama sekali tidak dibenarkan kecuali atas sebab sebab mustahak Namun begitu surat kebenaran merentas negeri perlu mendapat kelulusan daripada pihak balai pol...
Masih Lagi Berasap Ketika Tiba Shuib Dan Sarah Hulur Bantuan Bina Rumah Mangsa Kebakaran

Masih Lagi Berasap Ketika Tiba Shuib Dan Sarah Hulur Bantuan Bina Rumah Mangsa Kebakaran

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 315 hits
Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini pasangan usahawan iaitu Shuib Sepahtu dan isteri penyanyi Siti Sarah tetap menabur budi menolong dan membantu mereka yang memerlukan di luar sana Sumber Instagram Siti Sarah nbsp
10 Cara Hilangkan Dengkur Ketika Tidur Agar Tidak Merosakkan Hubungan Suami Isteri

10 Cara Hilangkan Dengkur Ketika Tidur Agar Tidak Merosakkan Hubungan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 349 hits
Kadangkala berdengkur ketika tidur Itu normal Tetapi berdengkur hampir setiap malam sehingga menggegar katil Itu masalah yang perlu diatasi Kebanyakan orang dewasa mengalaminya terutama pada hari hari yang memenatkan Tapi adakah cara hilang...
Apakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat

Apakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 288 hits
Apakah Syaitan Yang Sering Ganggu Ketika Solat Apa nama syaitan yang sering ganggu solat kita Semasa solat lah kita ingat macam macam bertahun punya memori semua datang Bila duduk diam diam tak ada pulak gangguan perkara perkara yang kita t...
Makmandin Dicekup Ketika Leka Bungkus Dadah

Makmandin Dicekup Ketika Leka Bungkus Dadah

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 195 hits
Seorang pengedar dadah dicekup polis ketika sedang leka membungkus dadah di sebuah rumah di Mak Mandin Butterworth pada jam 3 petang pada Selasa Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata polis me...
Ketika Netizen Kritik Pernyataan Jokowi Yang Minta Dikritik

Ketika Netizen Kritik Pernyataan Jokowi Yang Minta Dikritik

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 218 hits
Dalam negara yang menganut sistem demokrasi sebuah kritik merupakan keniscayaan untuk menciptakan keseimbangan Termasuk Indonesia belum lama ini Presiden Joko Widodo meminta masyarakat agar lebih aktif menyampaikan kritik terhadap kinerja p...
Rog Phone 5 Bakal Menjadi Terawal Dengan Memori Sehingga 18gb Ram

Rog Phone 5 Bakal Menjadi Terawal Dengan Memori Sehingga 18gb Ram

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 170 hits
Pada hari ini kita sedia melihat penawaran sejumlah telefon pintar dengan memori sehingga 16GB RAM Menariknya Asus melalui ROG Phone 5 kelak dijangka akan menjadi terawal untuk menawarkan telefon pintar dengan memori mencapai 18GB RAM Perka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran