Pengalaman Terjadi Microsleep Kena Pada Diri Sendiri


Pengalaman Terjadi Microsleep Kena Pada Diri Sendiri | Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Cukup menakutkan bila mengingatkan kejadian microsleep dialami sendiri pagi tadi. Beberapa tahun dulu, kakak no 2 pernah kena di awal pagi hingga terlanggar kenderaan lain tapi mujur tiada minor injury mahupun major tapi agak teruk jugak kerosakan kereta yang lain. Kata Kak Jang Siah (kakak no 2) dia terlelap sekejap jer waktu memandu dan tersedar bila dah terlanggar, mujur tiada sesiapa yang tercedera juga.

Alkisahnya pagi tadi umi kembali jadi chauffeur menghantar Kak Yang ke tempat kerja di Sungai Buloh sebab DH kena bertugas awal. Memandangkan malam tadi turn umi menginap di rumah bonda dengan Cik Meya, jadinya KY pun turut sama tidur sebab tak nak pergi terlalu awal dengan DH. Mana taknya jam 6.45 pagi dah kena keluar, memang tak lah dia nak masuk pejabat terlampau awal. Mujur dia tak ikut sebab pagi tu hujan lebat. 





Pagi tadi juga, umi tidur agak awal dalam jam sebelum 11 malam selepas melayan bonda yang sejak 2 -3 hari ni susah nak tidur dan asyik panggil umi atau adik-beradik yang lain sebab bonda kata dia rasa penat, rasa pening walau kami baringkan. Memang terganggu tidur bila terkejut bila dipanggil tapi malam tadi tu lepas umi tidur, keadaan memang tenang. Dek kerana tidur awal, umi tersedar jam 3 pagi dan sempat la juga buat tahajud memohon kemudahan urusan buat bonda dan kami serta ahli keluarga. Jam hampir 5 pagi, bonda terjaga dan minta air seperti biasa so melayan la bonda sekejap sampai masuk waktu Subuh. Lepas Subuh tu tukar diaper bonda dan beritahu bonda yang umi nak hantar KY dan Cik Meya ada kalau dia perlukan apa-apa.


To cut short, umi start kereta dalam jam 7.10 pagi melalu Setapak Jaya menuju Jalan Semarak sebelum masuk ke DUKE. Alhamdulillah, walau kereta dah banyak sebelum masuk ke DUKE tapi jalan tenang dan hujan pun dah berhenti waktu keluar rumah tu, jadi pemanduan agak lancar. Akhirnya sampai ke Daikin Sg Buloh jam 8.03 pagi. Memang awal la juga tu. 


Seperti biasa, umi sekarang ni pilih guna MRR2 waktu drive balik. Waktu masuk ke simpang melepasi stesen KTM tu, mata dah terasa lain macam. Nak kata mengantuk, tak jugak tapi fikir memang nak kena pulled over cari spot dan rehat atau tidur sekejap. Sekejap buka radio, sekejap off dan keadaan MRR2 ni memang banyak kereta tapi masih boleh memandu sampai melepasi Taman Layang-Layang. Tercari juga spot untuk berhenti, stesen minyak la paling bagus tapi rasa macam tak mengantuk tapi sesekali rasa mata berat.


Memang tak sepatutnya umi drive kat laluan tengah sebab kalau nak berhenti, sepatutnya drive kat laluan kiri tapi entahlah rasa macam dah ok. Tiba-tiba umi tersedar dah masuk ke laluan paling kanan bila keadaan jalan tu tidak rata. Ya Allah baru tersedar yang umi dah terlelap sekejap! Allahiakbar, umi baru mengalami microsleep! Mujur umi tak memandu laju dan kalau awal tu umi memandu di laluan laju tu pasti dah terlanggar penghadang jalan. Mujur juga tiada motorsikal atau kereta  di sebelah kanan waktu umi terlelap hingga masuk ke laluan tu. Allahuakbar! Allah yang Maha Esa masih memelihara umi. Lepas tu memang tak mengantuk dah, umi pun tak berhenti dan terus balik rumah.


Ingatkan nak lelap sekejap di rumah tapi Cik Meya mesej bagitahu yang bonda nak mandi, nak makan jadinya lepas sidai baju, terus umi gerak ke rumah bonda hingga petang. DH pula bagi tau yang dia akan jemput KY dari tempat kerja sebab tugasan dia selesai awal. 


Baca : Moga bonda sentiasa sihat

Pengalaman Terjadi Microsleep Kena Pada Diri Sendiri

Memang tak bagitau DH la masa dia mesej takut nanti dia marah huhu, cuma bagi tau dia waktu dia sampai rumah selepas menjemput KY tu pun waktu Maghrib tadi. Mujur dia tenang dan cakap kan ada stesen minyak selepas Taman Layang-Layang tu. Ya memang silap percaturan umi sebab fikir boleh sampai ke rumah tanpa terlelap. 


So memang jadi pengajaran buat diri sendiri dan diharap pengajaran anda yang membaca blog ni. Jadi, umi nak kongsi apa itu microsleep


Alamak, kisah balik berhari raya di kampung selepas 3 kali Syawal pun tak sempat nak post entri. 


Apa itu ‘microsleep’?


Microsleep adalah situasi bila kita terlelap atau tertidur sewaktu memandu atau hilang tumpuan dalam tempoh 1 hingga 30 saat tanpa dapat dikawal. Kalau sewaktu memandu tu mungkin kita akan tersedar bila kenderaan kita rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin kitaa dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jadi inilah keadaan itu dipanggil microsleep. 


Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga. Ia juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka. Ianya sangat merbahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.


Apakah puncanya?Biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.
Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.


Bagaimanakah untuk mencegahnya? 

Memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.


Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur , seperti:

Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio semasa tidur.Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan semasa waktu tidur.Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu.


Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau microsleep semasa memandu. 

Mengambil masa untuk berhenti dan berehat di tempat yang selamat.Berbual dengan penumpang anda. Jika boleh, elakkan memandu bersendirian jika anda memandu pada jarak jauh dan cuba berbual bersama penumpang anda. 1Dapatkan minuman seperti kopi, untuk menghilangkan rasa mengantuk anda kerana ia dapat membantu anda untuk terus berjaga dan bertenaga. Caffeine mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan efeknya. Dalam masa 30 minit ini anda masih berisiko untuk mengalami microsleep. Buka tingkap kereta. Salah satu sebab mengapa microsleep berlaku adalah kerana kekurangan oksigen dalam badan anda. Oleh itu, cuba untuk menghirup udara segar terutama apabila anda memandu di dalam kawasan bandar. 


Rujukan:


Don’t dream and drive: ‘Somnolence’ could be main cause of traffic accidents in M’sia. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.nst.com.my/news/2017/04/228404/dont-dream-and-drive-somnolence-could-be-main-cause-traffic-accidents-msia
Neurocognitive consequences of sleep deprivation. In Seminars in neurology (Vol. 25, No. 01, pp. 117-129). Durmer, J. S., & Dinges, D. F. (2005, March). 
106 deaths in just six days of Ops Selamat. KUMAR, M. (2020).Retrieved 16 January 2020, from https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/05/106-deaths-in-just-six-days-of-ops-selamat
Microsleep Prevention Guide: Most Dangerous 3 Seconds of Your Life. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.sleepadvisor.org/microsleep/
Losing the struggle to stay awake: divergent thalamic and cortical activity during microsleeps. Poudel, G. R., Innes, C. R., Bones, P. J., Watts, R., & Jones, R. D. (2014). Human brain mapping, 35(1), 257-269.
Stair walking is more energizing than low dose caffeine in sleep deprived young women. Randolph, D. D., & O’Connor, P. J. (2017). Physiology & behavior, 174, 128-135.
Sleep Basics: What Is Microsleep? | Sleep.org Learn More About Microsleep. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.sleep.org/articles/what-is-microsleep/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2022/05/pengalaman-terjadi-microsleep-kena-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Peguam Memalukan Diri Sendiri Kata Lukman Sheriff

Majlis Peguam Memalukan Diri Sendiri Kata Lukman Sheriff

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 201 hits
Peguam Lukman Sheriff menyatakan Majlis Peguam memalukan diri sendiri dalam pernyataannya berkenaan kes Hakim Nazlan Sebelum ini Presiden Majlis Peguam Karen Cheah menyatakan siasatan oleh MACC ke atas kes Hakim Nazlan adalah tidak berperle...
Abang Sepupu Datuk Seri Vida Ke Pemuda Terkejut Kena Civm Malam Raya Dalam Sedih Tetap Gelakkan Diri Sendiri

Abang Sepupu Datuk Seri Vida Ke Pemuda Terkejut Kena Civm Malam Raya Dalam Sedih Tetap Gelakkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 278 hits
DUGAAN malam raya kena sengat lebah Begitulah kapsyen yang ditulis pada video jejaka sambil berlatarkan lagu Cahaya Aidilfitri dendangan artis veteran Handy Black sesuai dengan nasib menimpa dirinya Berkongsi cerita kepada mStar Fakri Syaki...
Yang Pasti Pemilihan Umno Sekarang Paling Tak Sesuai Untuk Diri Tok Mat Sendiri

Yang Pasti Pemilihan Umno Sekarang Paling Tak Sesuai Untuk Diri Tok Mat Sendiri

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 185 hits
Berkatalah Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan bahawa sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk mengadakan PRU15 bukan pemilihan parti Kata beliau sekiranya diadakan pemilihan UMNO ketika ini ia akan berlaku perpecahan dan perebutan ku...
Khemah Besar Untuk Memayungi Nasib Rakyat Atau Bagi Meneduhkan Diri Sendiri

Khemah Besar Untuk Memayungi Nasib Rakyat Atau Bagi Meneduhkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 134 hits
Ada pihak tertentu dalam PH nampaknya masih tak habis habis bercakap soal khemah besar dan mahukannya jadi kenyataan walaupun sambutan daripada pihak yang ingin dijemput itu kelihatan agak dingin Kecuali Bersatu yang tampak ada sedikit resp...
Wanita Jalin Hubungan Dengan Bapa Sendiri Hingga Lahir Dua Anak

Wanita Jalin Hubungan Dengan Bapa Sendiri Hingga Lahir Dua Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 203 hits
Pada tahun 2000 Jennifer 31 membuat keputusan untuk tinggal bersama John yang ketika itu berusia 53 tahun di Port Pirie selatan Australia CANBERRA Seorang lelaki di Australia telah menjalinkan hubungan sumbang mahram bersama anak perempuann...
Guna Nombor Telefon Yang Didaftarkan Atas Nama Sendiri Pdrm

Guna Nombor Telefon Yang Didaftarkan Atas Nama Sendiri Pdrm

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 286 hits
Polis Diraja Malaysia telah menggesa orang ramai supaya menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama sendiri untuk membuka akaun bank Ia adalah bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang akan menyala...
Sedapnya Kopi Latte Ala Kampung Buat Sendiri Tapi Rasa Macam Kopi Mahal

Sedapnya Kopi Latte Ala Kampung Buat Sendiri Tapi Rasa Macam Kopi Mahal

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 277 hits
Bagi penggemar kopi tentu Kopi Latte menjadi kegemaran bukan Rasa tidak lengkap perjalanan kehidupan seharian tanpa menghirup secawab Kopi Latte Terasa begitu nikmat dan bersemangat untuk memulakan hari Sebenarnya senang sahaja hendak buat ...
Lepas Makan Terus Exercise Dah Pandai Masak Sendiri Gelagat Anak Amyra Rosli Dipuji

Lepas Makan Terus Exercise Dah Pandai Masak Sendiri Gelagat Anak Amyra Rosli Dipuji

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 175 hits
Anak sulung pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin ini memang lain macam bijaknya Ada sahaja keletahnya di Instagram yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya Rupanya si kecil Afeeq Anaqi tidak kekok berada di dapur dan memasak menu ke...
Sri Pahang Terpaksa Akur Tewas 1 2 Kepada Sarawak Di Gelanggang Sendiri Malam Tadi

Sri Pahang Terpaksa Akur Tewas 1 2 Kepada Sarawak Di Gelanggang Sendiri Malam Tadi

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 171 hits
KUANTAN Sri Pahang FC yang beraksi dengan 10 pemain terpaksa akur tewas 1 2 kepada Sarawak di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi Layangan kad kuning kepada jurulatih Sri Pahang Chistophe Gamel dan kad merah kepada Muslim Ahmad menambah...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian