Pengalaman Terbaring Dalam Mesin Mri


Pengalaman aku terbaring dalam mesin MRI..
Sedikit pengenalan mesin MRI yg aku ciplak di internet
Pengimejan resonans magnetik (MRI) adalah pemeriksaan yang menggunakan medan magnet dan gelombang radio untuk menghasilkan gambaran imej organ dan struktur dalam badan. Bahagian badan yang diperiksa diletakkan ke dalam mesin khas yang mengandungi magnet yang kuat. Pemeriksaan tidak menggunakan radiasi (X-ray) dan tidak invasif. Pemeriksaan dilakukan oleh Juru X-ray. Imej ditafsirkan oleh pakar radiologi.





Terbaring dalam mesin.

Sebenarnya sejak lama sebelum aku direndam dalam mesin MRI ,aku terlebih dahulu diperiksa dalam waktu yang agak lama,Yang pertama aku diperiksa di klinik sahaja,selepas itu disusuli pula dihospital besar, Sebenarnya aku bukan lah sakit tapi lebih kapada nak bergedit,,hehehe,Aku mengidap lipoma lah dan proses aku ni kerana hendak buat pembedahan,nak buang tetamu yang tak diundang.Atas sebab itu lah aku ke sana ke mari buat pemeriksaan,Dihospital besar aku diperiksa dengan teliti lagi dengan mengukur lipoma dan picit picit oleh doktor dan disini lah borang diisi kerana penggunaan mesin MRI siap tanda tangan..utk keselamatan lh rasanya dan pertanggungjawaban.
Pada hari yang ditetapkan aku pergi bilik x-ray iaitu tempat mesin MRI ada disitu, Mula-mula sekali semua pakaian aku ditukar dengan pakaian hospital sepenuh nya tak boleh ada besi besi dan benda  berlogam.Doktor ada cakap-cakap sikit,mcm briefing jgk lah, doktor cakap proses ini mengambil masa satu jam sekurang-kurangnya,Mendengar itu aku macam tak mahu teruskan proses tetapi doktor menasihatkan aku supaya mengambil rawatan ini kerana untuk menentukan tarikh rawatan sesuatu yang sukar, mengambil masa yang lama.Jadi aku bersedia dengan kesabaran yang ada..Briefing yang diberikan ialah bila kita ada kat dalam mesin MRI, macam-macam bunyi yang terdengar,ada macam orang berperang,berbunyi macam radio rosak dan kalau sesak nafas kita disuruh picit bola kecik.
Dengan lafaz bismillah dan selawat keatas nabi saw, aku dihulur masuk ke dalam lubang,keadaan macam biasa je,tak ada lah macam tersepit sangat,bunyi yang mula mula aku dengar ialah lagu nasyid dan selawat,odio nya hanya perlahan,sedap didengar,masih terngiang-ngiang istighfar yang di odio kan,. (robbizidni Ilman nafiaaa,Wawa fikni amalan magbula)  Suhu dalam terowong sederhana,aku agak aircond dipasang supaya pesakit tak kepanasan.Setelah itu aku dimasukkan ke dalam terowong dengan dipakaikan aku earphone,penutup telinga,kerana bunyi yang dikeluarkan oleh mesin MRI sangat membingitkan.Suasana dalam terowong memang lah sempit,sangat sempit sehinggakan nak bergerak pun tak boleh,tangan kiri kanan bersentuhan dengan dinding terowong sementara sebelah atas hampir kena hidung.Dalam lima minit aku direndam kedalam lubang terowong,aku dapati memang terdengar bunyi yang kuat dan bermacam-macam plk,ada terdengar seolah-olah radio rosak,ada bunyi dengung degang,Sementara lagu yang dimainkan lagu bernasyid dan ada juga yang berselawat.Dan diketika aku mula-mula disorong kedalam terowong,kepanikan terjadi,aku seperti nak tamatkan operasi kerana diketika itu bayangan pertama ialah terfikir begini lah kita akan dikuburkan bila sampai masanya.
Dalam beberapa waktu fikiran jadi berubah terasa seperti nak sesak nafas,lamunan aku menjadi lebih ngeri lagi, bila fikiran terdorong kapada soalan yang akan diajukan oleh mungkar dan Nakir bila kita meninggal dalam keadaan sebenar.Aku rasa jauh benar lamunan aku sehingga kapada malaikat mungkar dan nakir.tapi aku menyuruh lamunan aku pergi kearah itu mungkin saat terbaring dalam mesin MRI kita kurang rasa ngerinya kerana kita hidup,kita masih bernyawa,bayangkan kalau itu benar-benar mati,terpaksa lah pasrah kalau malaikat godam sehingga tulang rusuk berselisih,kalau lepas ujian lisan selamat lah kita..kubur menjadi salah satu dari taman-taman syurga. Setelah beberapa ketika datang ketakutan sebab memikirkan tentang soalan kubur dan macam-macam telah timbul dalam kepala,rasa macam nak menangis,sebak,walau macam mana pun doktor dah pesan,kalau rasa tak tahan sangat kita hendaklah picit bola kecik yang diberikan.tetapi aku mengambil keputusan bersabar kerana berputus asa merugikan aku juga,bekalan semangat yang sebenarnya ialah memotivasikan diri sendiri dengan berfikir duduk didalam mesin MRI sejuta kali lebih baik dari duduk didalam kubur kalau amalan nya siput je ,Dengan rasa itu aku bertahan.Sesudah 20 minit aku direndam didalam mesin,aku dikeluarkan untuk menukar posisi pembaringan aku setelah itu aku dimasukkan balik untuk menghabiskan masa 60 minit.Ketika aku dimasukkan untuk kali kedua, doktor bertanya kepada aku sama ada nak tukar bunyian  lain pula,mungkin lagu pop yeh-yeh,aku sengih je dengan menjawab pasang surah yasin lah doktor,doktor jawab balik ,ishh jangan lah Kut orang dengar dan kata awak meninggal pulak..aku ketawa dan diikuti oleh semua orang ada disitu..jadi muzik nya kekal berselawat dan istighfar..Dalam 20 minit dimasukkan untuk kali kedua,aku dikeluarkan balik pada kali ini juga untuk membetulkan posisi aku dan untuk cocok warna,kata doktor dengan buat begitu penyakit mudah dikesan,Apa lagi meraung lah aku yang sememangnya takut dicocok..
Setelah kena cocok dan membetulkan posisi aku direndam balik untuk kali yang ke-3..suasana dalam mesin seperti biasa je, bunyi-bunyian yang membingitkan sentiasa ada,kalau berhenti pun dalam seminit dua.selepas itu berbunyi balik, yang bagusnya bunyian nya bukan kak Ponti mengilai kalau cik Ponti harus pengsan pesakit..Setelah 20 minit aku dikeluarkan dengan proses yang berjaya..Maka cukup lah 60 minit aku menempuh proses yang merimaskan.Aku dibenarkan balik rumah setelah habis proses dengan diberikan tarikh keputusan ujian... Sememangnya aku bertahan terbaring di dalam mesin MRI kerana ungkapan yang aku cipta sendiri,"terbaring dalam mesin MRI lebih baik dari duduk didalam kubur berjuta-juta kali ganda".,🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗sekian cerita aku terbaring dalam mesin MRI..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://azramsulong.blogspot.com/2024/01/pengalaman-terbaring-dalam-mesin-mri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reka Bentuk C Bridge Inovatif Membawa Huawei Freeclip Pengalaman Audio Telinga Terbuka Yang Direvolusi

Reka Bentuk C Bridge Inovatif Membawa Huawei Freeclip Pengalaman Audio Telinga Terbuka Yang Direvolusi

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR 13 DISEMBER 2023 Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI hari ini mengumumkan pelancaran produk audio baharunya HUAWEI FreeClip memperluaskan himpunan siri produk audio jenama itu dan memenuhi keperluan pendengar generasi baharu In...
Pengalaman Ke Perarakan Merdeka 2023 Di Dataran Putrajaya

Pengalaman Ke Perarakan Merdeka 2023 Di Dataran Putrajaya

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 304 hits
Ini atrikel throwback sebab CIk iena nak clearkan gambar and all the video Actually tak banyak gambar banyak video Jadi Cik iena juga akan kongsikan video vlog Perarakan Merdeka 2023 di Dataran Putrajaya Bergambar bersama abang bomba yang l...
Hiburan Ada Lelaki Terbaring Dah Kembung Macam Belon Gempar Mayat Dijumpai Dalam Kereta Di Car Boot Sale Damansara

Hiburan Ada Lelaki Terbaring Dah Kembung Macam Belon Gempar Mayat Dijumpai Dalam Kereta Di Car Boot Sale Damansara

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 199 hits
Car boot sale yang berlangsung di Kota Damansara semalam digemparkan dengan penemuan mayat di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza Satu rakaman diambil oleh orang awam ketika kejadian tular di media sosial dan menurut laporan peniaga dan...
Testing Mesin Perah Tebu Manual

Testing Mesin Perah Tebu Manual

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 210 hits
Pembelian mesin perah tebu manual dibuat untuk melengkapkan proses penanaman tebu di sekitaran rumah taman Dengan harga sekitar rm550 00 lebih kurang agak berbaloi untuk kegunaan sendiri Selamat berkebun Sentiasa sihat selamat inshaAllahLin...
Slot Demo Olympus Rasakan Sensasi Bermain Mesin Slot Legendaris

Slot Demo Olympus Rasakan Sensasi Bermain Mesin Slot Legendaris

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 189 hits
Slot Demo Olympus Rasakan Sensasi Bermain Mesin Slot Legendaris Hai pembaca setia apakah Anda seorang penggemar mesin slot Jika iya Anda pasti merasa tergoda oleh kata kata Slot Demo Olympus Namun apakah Anda benar benar tahu apa yang dimak...
Wamen Bumn Puji Kecanggihan Mesin Baru Pengolahan Beras Bulog

Wamen Bumn Puji Kecanggihan Mesin Baru Pengolahan Beras Bulog

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 202 hits
Wamen BUMN yang akrab dipanggil Pak Tiko ini mengapresiasi upaya perum Bulog mendatangkan teknologi mesin Rice to Rice
Pengalaman Terkena Penyakit Hfmd

Pengalaman Terkena Penyakit Hfmd

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 214 hits
Korang mesti biasa dah dengar pasal penyakit HFMD ni kan Aku pun biasa je dengar tapi tak pernah aware Sampai la tahun ni 4 ketul anak dan diri sendiri kena serangan HFMD Ya aku yang dah tua umur hujung 30an ni pun boleh terkena HFMD tau Hu...
Pengalaman Hitam Pelajar Sekolah Di Kelantan Dengan Pemandu Bas Sekola

Pengalaman Hitam Pelajar Sekolah Di Kelantan Dengan Pemandu Bas Sekola

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 196 hits
Pada suatu pagi saya bersiap sedia untuk pergi ke sekolah Saya tinggal di kampung dan sekolah saya terletak agak jauh dari rumah Oleh itu saya perlu menaiki bas sekolah untuk sampai ke sekolah Bas sekolah yang saya naiki adalah bas panjang ...
Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk