Pengalaman Sewa Rumah Di Korea
Pemandangan salji dari tingkap rumah, Disember 2017.
Annyeong!
Kalau korang biasa tengok Kdrama, mesti korang perasan orang Korea tekan-tekan nombor dekat tombol pintu untuk masuk ke rumah. Kebanyakan rumah mereka dilengkapi dengan pintu elektronik, dimana anda mesti memasukkan password untuk masuk ke dalam rumah. Di dalam rumah terdapat interkom untuk melihat tetamu yang datang. Macam Lisa ada telefon saja, biasalah rumah bajet rumah. Lisa nak kongsi pengalaman menyewa rumah di Incheon 4 tahun lepas. Kenapa Incheon? Sebab aku lebih selesa duduk di tempat yang kurang sesak dan sewa pun tak mahal macam di Seoul.
Pintu dari dalam.
Cara-cara menyewa rumah di Korea:
Cari signage Budongsan ~부동산 (Real Estate Office).
Budongsan (부동산) ini adalah ejen yang akan tolong carikan rumah bersesuaian dengan bajet anda. Tak susah nak cari budongsan sebab di setiap kawasan mesti ada. Dinasihatkan anda kena tentukan lokasi yang anda nak tinggal dan selidik kawasan kejiranan itu sebelum berjumpa dengan ejen.
Hanya anda perlu nyatakan bajet, lokasi dan hari anda mahu berpindah kepada ejen dan mereka akan tolong carikan rumah untuk anda. Biasanya dia hanya layan orang yang nak masuk cepat, jadi pastikan anda dah benar-benar bersedia untuk pindah ya! Untuk memudahkan urusan, anda mesti pandai cakap Korea sebab kebanyakan orang Korea memang tidak pandai berbahasa Inggeris. Kalau tak pun, pakai google translate saja!
Dia akan carikan lokasi yang mempunyai residen orang asing ini kerana kebanyakan orang Korea kurang selesa untuk menyewakan rumah kepada orang asing. Bila dia dah jumpa rumah sesuai untuk anda, ejen akan telefon tuan rumah untuk melihat rumah pada masa itu juga. Lepas dah tengok rumah, korang rasa okey dengan rumah itu, dia akan beritahu tuan rumah dan korang akan sign agreement di pejabat ejen itu. Ejen fees biasanya 10% daripada sewa rumah tersebut. Di Korea terdapat pilihan rumah yang tersedia mengikut bajet anda. One room (bilik studio), anda perlu deposit sebanyak 1juta won (RM3,700++) dan bayaran bulanan sebanyak 200krw (Rm7++) serta kontrak selama setahun.
Kalau nak keluar rumah awal daripada kontrak tersebut akan dikenakan penaliti. Dan jika ada bajet besar boleh sewa rumah setahun dan biasanya korang kena beratus-ratus ribu. Dan kalau bajet kurang, korang boleh cari gosiwon. Gosiwon ini seperti hostel dimana hanya anda menyewa bilik dan berkongsi tandas dan dapur dengan penyewa-penyewa lain. Saiz bilik memang kecil cukup-cukup untuk katil, peti ais dan meja study. Dan kalau ada duit lebih boleh request bilik yang mempunyai bilik air peribadi. Biasanya pelajar memilih tinggal di sini kerana harga sewa murah, deposit minimum bawah RM100 dan lokasi strategik berdekatan dengan subway. Tapi jika anda fobia dengan ruang sempit, pilihan ini tidak sesuai untuk anda. Lisa pun pernah juga menyewa di gosiwon selama 3 bulan. Sewa sebulan lebih kurang RM600-RM1000, mengikut jenis bilik yang anda kehendaki. Tapi Lisa kurang gemar gosiwon sebab suka memasak di dapur sendiri dan tak mahu share dengan orang lain.
Okey selepas sign agreement, korang boleh decide nak masuk bila dan bayaran sewa korang boleh bank in kepada owner incase kalau korang ada bank Korea ataupun bayaran secara tunai. Oh ya lupa nak mention, jangan lupa untuk sertakan passport semasa sign agreement.
Lisa dulu pernah sewa one room di Incheon dan kawasan itu ramai orang Rusia. Kekadang nampak orang Rusia berjalan-jalan dengan anjing Husky dorang. Rumah Lisa dekat dengan bas untuk pergi subway, pasar (untuk beli barang basah), kedai-kedai, bakeri, pejabat pos dan macam-macam lagi. Memang bestlah duduk di sini. Biasanya kalau barang basah seperti sayur, ikan, buah dan air Lisa beli dekat mart betul-betul di depan rumah.
7E dekat rumah Lisa.
Seonhak Station - kena naik bas dari rumah untuk ke stesen ini.
Daging halal of course kena turun Ansan (tempat ini ramai orang Indonesia) atau Itaewon. Kalau craving nak makan makanan Malaysia itu kena beli siap-siap dekat Foreign Mart, kat situ boleh dapat serai, bawang merah India, daun limau purut, durian pun ada. Cuma daun kesum dengan bunga kantan tak pernah nampak. Ini kerana kebanyakan barang-barang di Foreign Mart dari Thailand. Lagi satu, beras Korea ini mahal dan tidak beberapa sesuai untuk dimakan dengan Menu Malaysia. So, memang kena turun Ansan beli beras Thailand, lepas itu mengusunglah ke rumah dalam sejam setengah perjalanan dengan menaiki pengangkutan awam. Beras Thailand ini lebih murah daripada beras Korea dan boleh mengubati rindu di tanah air.
Di rumah Lisa juga guna password, so tak ada isu lupa bawa kunci. Rumah studio ini tiada partition antara dapur dengan katil, so bila memasak korang kena switch on kipas atas dapur, masukkan semua baju dalam almari dan buka tingkap seluas-luas alam. Sebab makanan Melayu ini rempah dia sangat kuat dan boleh terbatuk-batuk jiran. Mujur bilik air ada pintu. Kira fully furnished juga rumah Lisa sebab ada heater, aircond, katil, mesin basuh, dapur dan peti ais. Tak payah susah-susah nak beli barang. Cuma tak best internet slow, rumah tingkat 3 dan tiada lif. Kena sado sikitlah kalau bawa balik beras.
Itu sahaja perkongsian Lisa buat masa ini. See you in the next post!
Buka pintu, terus nampak katil.
Gas untuk memasak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mynameistraveller.blogspot.com/2021/01/pengalaman-sewa-rumah-di-korea.html