Pengalaman Sakit Perut
Ketika entry ini ditaip saya masih tidak sempurna sembuh dari rasa tidak puas ketika membuang.Bermula dengan sakit perut,kadang-kadang sakit,kadang-kadang tak selesa,kadang-kadang rasa ok.Hari pertama sakit di pagi hari hendak ke pejabat saya dapat rasa macam ada angin menolak dari perut keatas.Saya gigihkan juga ke pejabat,akhirnya waktu zohor tu saya terbaring di surau menahan sakit.Lepas sapu dengan minyak angin,saya muntah.Agak lega selepas muntah.Saya ke klinik SETAPAK DAN SURGERI( klinik pertama saya pergi).8 May 2024. yang terletak berhampiran dengan pejabat saya.
11 May 2024,saya telah pulang ke kampung rumah mertua.Perut saya masih on off sakitnya.Malam itu saya tiba-tiba rasa sakit yang amat sangat.Jadi saya telah pergi ke Klinik Damai (Bandar Baru Melawati) yang terletak di Kuala Selangor.Peliknya sakit saya itu sekejap sahaja,lepas keluar angin tiba-tiba rasa tak sakit dah.
Di Klinik Damai doktor Sharifah Jasmin telah ambil sample urine dan darah saya untuk buat ujian.Doktor tekan-tekan perut takut-takut sakit appendik.Nampak normal sahaja.Result darah pun ok,Cuma doktor kata urine saya agak kotor.Jadi doktor juga bekalkan ubat yang sama untuk angin,gastrik dan ubat untuk kencing kotor.
12 May 2024,saya masih rasa tak berapa ok dengan perut.Jadi malam itu sebelum pulang ke K.L saya singgah semula di Klinik Damai untuk minta surat refer ke specialist.Tapi saya sendiri tak pasti specialist bahagian apa untuk sakit perut saya ini.Sakit puan kah,gasro kah ,surgeon kah.Doktor yang bertugas malam itu bukan Doktor Sharifah.Tanpa berjumpa dengan saya doctor pun berikan surat refer merujuk rekod sakit saya semalam.
13 May-Sebab saya tak tahu doktor mana nak rujuk,maka saya terus ke emergency sahaja.Bahagian emergency refer saya ke doktor Khoo Khay Tim(KPJ Tawakal).Tiba-tiba rasa cuak,serius betul sakit aku ni sampai nak kena refer doktor surgeon.Kepala pun dok fikir bukan-bukan,yelah banyak sangat google tentang sakit perut.
Saya terpaksa admitted di Hospital untuk buat rawatan susulan.Ultrsound dan xray.Bahagian tulang belakang juga doktor ada ambil xray.Sebab saya mengadu kadang-kadang sakit rasa lenguh-lenguh bahagian belakang.
Nasib result semua ok ,cuma doktor kata ada batu kecil saiz 3.6mm,ya dulu saya pernah kena batu karang.Tapi doktor tak risau sangat pun dengan batu tu sebab kecil sahaja katanya,balik pun diberi ubat angin,ubat tahan sakit dan ubat gastrik sahaja.Doktor pun nampak ok-jadi saya pun ok.Mungkin sebab tiada apa yang serius untuk dirisaukan.
Yang peliknya ketika di hospital tidak sangat terasa sakit perut saya.Makan pun selera.Dah namanya di hospital,lengan saya tetap dicucuk dan diberikan ubat dan juga antibiotik.Saya discaj selepas semalaman di hospital
15 May-petang itu ketika di rumah tiba-tiba perut saya kram dan kejang.Rasa macam contraction nak bersalin.Dari jam 12 tengah hari saya rasa sakit.Akhirnya petang magrib tu saya ke klinik semula,mungkin saya perlukan injection.Peliknya dalam perjalanan ke klinik tiba-tiba perut rasa ok dan lapang sahaja tidak seperti siang hari tadi.Saya ke klinik Nathan & Rakan-Rakan yang berada di Selayang.Saya ke klinik ini sebab dulu husband pernah sakit perut,lepas je injection terus baik.
Disebabkan sakit sudah hilang,saya enggan disuntik.Doktor bekalkan ubat gastrik,angin dan ubat batu karang juga.Doktor juga advised teruskan makan ubat dari hospital juga.
23 May-Saya bekerja seperti biasa walaupun kadang-kadang perut saya rasa ok,kadang-kadang rasa sakit.Tengah hari di pejabat ketika saya makan lunch,saya rasa ingin membuang.Sakit nak membuang tu sangat kuat,tapi duduk lama di dalam toilet yang keluar hanyalah angin.Langsung tiada buangan.Saya rasa belakang badan saya bahagian atas pinggan rasa kejang dan rasa bagaikan dihimpit batu lesung.
Pulang dari pejabat saya terus ke KLINIK DANAU KOTA yang terletak di depan lorong rumah saya sahaja.Doktor bekalkan saya ubat sembelit dan juga ubat untuk lawas kencing.Doktor suspek mungkin batu karang saya penyebab saya sakit.Jadi dengan minum air oral melancarkan air kencing dan moga-moga batu boleh keluar dengan sendiri.
24 May-Esoknya saya rasa sakit semakin kerap,apatah lagi selepas saya makan makanan berat.Jadi saya ke KLINIK DANAU KOTA semula untuk minta surat referral ke Tawakal.Mula-mula saya sudah call tawakal untuk rujuk ke Dr Khoo semula,tetapi doktor tengah bercuti.Saya juga was-was doktor mana saya perlu rujuk.
Jadi doktor locum yang bertugas ketika itu di KLINIK DANAU KOTA sangat membantu.Oleh sebab saya tidak pasti doktor mana hendak dirujuk,beliau cadangkan saya berjumpa dengan Dr.NOR AMELIA MOHD FAUZI.
Rupa-rupanya jika kita tak pasti doktor mana ingin dirujuk.Kita boleh refer pada doktor "Internal Medicine" ..Dr Amelia adalah salah seorang doktor internal medicine/neurologist di KPJ Tawakal.Kebetulan hari itu beliau bertugas
Setibanya di Tawakal,doktor minta saya buat x-ray semula bahagian perut.Jika ada yang serius saya perlu ditahan di hospital.Alhamdulilah x-ray hanya nampak "constipation".Seram juga saya tengok hasil x-ray bila saya lihat usus saya yang sangat padat dan perlu pembuangan untuk legakannya.
Doktor bekalkan saya ubat sembelit Enema.Ubat ni paling kelakar rasanya sebab sejenis cecair yang ditembak melalui punggung.Huhu ingatkan lepas pakai meletop-letop membuang,hanya air sahaja yang keluar.Maknanya ubat ini gagal berfungsi untuk saya.
Ubat seterusnya sejenis syrup Duphalac.Saya makan dalam 3 hari sahaja,tTak funtion sangat untuk saya.Alhamdulilah najis ada keluar sedikit,jadi pinggang saya tidak sakit lagi selepas makan.
Ubat yang sangat kuat kesannya adalah ubat pil dulcolax.Yang pil ni diambil sebelum makan,sebiji sehari.Saya ambil malam.Esok pagi memang akan rasa nak membuang yang amat sangat.Pernah dalam perjalanan ke tempat kerja saya terpaksa mencari petronas sebab keadaan yang sangat kecemasan untuk membuang.
Saya makan ubat ni 3x sahaja.Sebab saya tidak mahu bergantung dengan ubat.Saya ingin perut saya ini berfungsi secara sendiri.Doktor pun pesan jika lepas makan ubat belakang saya masih sakit,saya perlu menjalani prosedur scoop atau MRI.Nauzubillah,minta dijauhkan.Saya ok-ok sahaja,tak perlu terlalu serius please rawatan saya.Hiks..
Hingga kini 3/6 hampir sebulan sya masih belum mampu membuang dengan sempurna.Kadang-kadang lama saya di toilet.Saya hanya makan buah betik dan buah naga setiap hari .Agar tetap ada buangan dan belakang saya tidak sakit.Ya ada,tapi masih belum seperti biasa.Apa-apapun alhamdulilah saya beransur ok.Ex-bos saya yang cadangkan buah naga.Katanya cucunya dulu setiap kali nak membuang kena masukkan ubat masuk punggung tu,sampailah satu hari ada seorang specialist ni cadangkan makan buah naga selalu.Alhamdulilah sekarang dia dah ok dan membuang setiap hari dengan baik.
Hari ini saya ke farmasi Healthlane untuk beli probiotik-prebiotik yang kawan saya recommend.Ada juga gang-gang supplement cadangkan saya ambil set get reset dari Amway atau Herbalax dari Shakelee.Saya ni bukan apa,saya kalau boleh tidak mahu bergantung dengan supplement.Tapi saya cubalah juga beli yang di Farmasi ni untuk kembalikan perut saya kesediakala
Dalam episod sakit perut dan sembelit hampir sebulan ni,saya juga mengalami gatal-gatal selama hampir 3 hari menggaru macam monyet dah.Dari hujung rambut sampai hujung kaki saya bengkak macam kena gigit nyamuk.Pernah mata dan bibir saya bengkak kerana gatal-gatal.Saya tak pasti saya alergic makanan atau ubatan.Ini kali pertama saya kena gegata yang sangat serius.
Saya terpaksa sekali lagi ke hospital tawakal .Nanti saya cerita lebih lanjut di entry lain gegata yang saya alami.
Nampaknya bulan Mei 2024 ni bertali arus ujian kesihatan buat saya.Alhamdulilah ujian ini buat saya lebih mensyukuri nikmat sihat.Orang mungkin cakap sakit perut je pun.Tapi tak sangka ujian sakit perut ni buat saya gerun kalau baca-baca di google tanda-tanda sakit yang akan lebih serius.Nauzubillah,minta ALLAH jauhkan..
Jangan fikir sakit perut tidak bahaya.
Bila sesekali ALLAH beri sakit,saya akan lebih ingin berbuat baik dengan orang.Saya tak nak dengki ,iri hati atau nak hidup keduniaan sangat.Baru rasa nikmat sihat itu adalah harta yang paling berharga.Saya takut jika jadi apa-apa pada saya nasib anak-anak saya nanti.
Doakan saya sembuh seperti sediakal ya.Perjlanan sakit ni tak mudah.Lihat sahaja berapa klinik sudah saya pergi.Syukur sakit ini mendekatkan saya lebih padaNYA.Menyayangi lebih lagi ahli keluarga.Dan menghargai setiap orang yang berada di samping saya.
Terima kasih mak dan suami yang beri jagaan dan perhatian pada saya sepanjang saya sakit.Syukur ada orang-orang yang sentiasa bersama saya.
Sakit juga buat saya lebih mendekatkan diri pada Tuhan.Minta ampun diatas dosa-dosa.Takut saya jika ALLAH panggil sedangkan saya masih belum bersedia.Ya ALLAH ampunkan dosa-dosaku dan kasihinilah aku selalu.
Updated :Alhamdulilah hari ini perut saya beransur baik dan sudah boleh membuang dengan agak baik.Saya mula-mula amalkan minum Teh Clenx tu,tapi sebab tu buat cirit birit dan perut memulas.Saya stop sbb saya rasa pembuangan saya berlaku tidak semulajadi.Tetapi ada kawan ofis saya minum katanya ok membuang macam semulajadi/Mungkin ikut badan orang kan.
Saya jugamula amalkan prebiotik dan prebiotik saya beli di farmasi dengan konsisten.Saya makan buah betik setengah biji sehari.Mak saya juga bawa berubat kampung.Alhamdulilah perut saya dah baik hari ini tiada lagi krem,memulas atau sukar membuang.
Saya juga buat air bacaan yasin sebagai ubat.Saya sediakan air satu satu botol minuman .Pada baris bacaan yasin ini,kita boleh mintak apa sahaja,insyaALLAH Allah akan sembuhkan.
RAHSIA SURAH YASIN AYAT KE 58
Barang siapa yang membaca YASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM‘ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..
Hari ini saya sambung tulis artikel ini sudah sihat dan boleh makan macam biasa perut saya.Nikmat makan ini saya terhalang walaupun ketika event di Penang tempoh hari,dua hari di hotel saya tidak dapat makan banyak.Inilah nikmat dari ALLAH yang kadang-kadang kita lupa
Syukur Alhamdulilah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://irdagarmin.blogspot.com/2024/09/pengalaman-sakit-perut.html