Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan


Kalau orang kata hidup ni umpama roda, cikla mesti setuju sepenuhnya. Tak pernah terlintas di fikiran, hidup yang dulu ceria tiba-tiba berubah bila disahkan menghidap kanser tiroid pada tahun 2017. Segalanya bermula dengan satu prosedur biopsy – cucuk sikit, ambil sampel dan kemudian berita tak disangka-sangka pun tiba. Suspek kanser! Memang macam mimpi jer bila cikla dengar perkataan kanser. “Kenapa aku?” soalan klise tu mestilah datang, tapi sekarang bila imbas balik, cikla lebih redha dan move on.
Pembedahan tu berjalan lancar. Seluruh kelenjar tiroid pun dah dibuang. Tak habis kat situ, cikla lalui tiga sesi rawatan radioiodin (RAI), sekali dos tinggi, dua kali dos rendah. Syukurlah rawatan ketiga tu menunjukkan perkembangan positif. Bacaan darah kanser pun okeylah walaupun bukan kategori ‘wow’. Lepas tu, rutin biasa pun bersambung: check-up enam bulan sekali, setahun sekali, makan ubat thyroxine macam biasa. Hidup diteruskan macam orang lain

Tapi kan, hujung tahun lepas, rutin ultrasound buat hati berdebar. Bukan debaran cinta ye, tapi debaran kerisauan. Huhu. Ada benda ‘mencurigakan’ yang muncul. Bayangkan dah lama ‘damai’, tiba-tiba ada plot twist. Sungguh Allah nak uji. Walaupun bacaan darah kanser masih kategori “okey-okey”, doktor kata kena buat RAI lagi. Kali ni dos 29 mci. Nasiblah kali ni kuarantin kat rumah je, tak payah duduk dalam bilik hospital yang sunyi sepi. 
Lepas tu, whole body scan (WBS) pun dijalankan. Waktu tu harapannya tinggi. Tapi, sel tu macam tak respond dengan iodin. Oopss. Hati cikla terus seram sejuk. Doktor cadangkan PET-CT scan untuk tengok sel-sel jahat tu lebih dekat. Risau kan, kalau sel tu tak hiraukan iodin dan lebih suka gula pulak! Dah jadi macam alien dalam badan ni. Walaupun bibir senyum, hati ni ya Allah, Tuhan saja yang tahu


Jadi, sampailah hari scan tu. Awal pagi, subuh-subuh buta cikla gerak dari rumah risau sangkut dalam jem biasanya awal pagi semua orang nak pergi keje kan. Tapi syukurlah tak jem sangat, sebelum pukul 7 pagi cikla dah terpacak kat Hospital Putrajaya. Oh ye malamnya cikla disuruh puasa dulu sebelum buat scan ni

Prosedur biasa, daftar guna IC, pastu bayar RM503 (macam beli gajet baru, adoi). Kalau ada bantuan GL atau zakat, boleh guna. Insurans? Hmm, itu cerita lain, kena tanya sendiri pihak insurans dia cover ke tak

Dah settle pembayaran, cikla disarungkan gelang pink. Eh, dah rasa macam nak masuk wad bersalin pulak, terus rasa nak gelak, haha. Timbang berat badan, ukur tinggi, amik BP dan pastu cucuk hujung jari nak amik bacaan gula? Fuh, syukurlah semua ok. Alhamdulillah

Lepas tu, tukar baju hospital, tanggal semua barang logam macam cincin, rantai, gelang, jam tangan, brooch tudung, simpan telefon, jadi mode zaman dulu-dulu tanpa teknologi. Letak kat dalam loker yang disediakan kat dalam tu. Tu sebab cikla tak amik gambar apa pun masa kat dalam tu. Huhu. 
Then, seterusnya proses cucuk branula. Nasiblah kali ni tak susah, senang je. Serius, tak sakit pun. Ubat yang dimasukkan tu sebenarnya gula beradiasi (cikla buat PET-CT scan FDG). Ingatkan rasa panas ke apa, rupanya tak. Lepas masuk ubat tu kena rest dalam bilik tu sambil minum air kosong dalam 45 minit ke sejam gitulah. Bosan gak la time tu sebab takleh buat apa. 
Bila tiba masa masuk mesin scan, berdebar jugak walaupun bukan mesin tertutup sepenuhnya. Bayangkanlah kalau korang jenis claustrophobic, memang kena tarik nafas panjang dan baca doa-doa apa pun nak bagi tenang hati tu. Scan tu ambil masa lebih kurang 30 minit. Lepas siap, dorang bagi roti, biskut dengan air susu DIY. Ala-ala buffet mini lepas scan. Hasil makan, dorang suruh tukar baju balik,  paastu amik CD scan sebagai ‘tanda kenangan’, gunting gelang pink tadi, dan... tamatlah misi. Boleh balik. 
Macam cikla. pukul 10 lebih dah settle semua. Tapi cikla stay kat hospital sampai pukul 2 petang, buat ‘me time’ kejap sebelum balik. Yelah, lepas scan ni kena kuarantin ringan (yang cikla tau antara 6-8jam) sebab kena jauhkan diri dari ibu mengandung dan kanak-kanak bawah 12 tahun. Pastu kena banyakkan minum air kosong, biar ubat tu cepat flush keluar

Sekarang, yang tinggal cuma debar tunggu nak jumpa doktor next month nak tau keputusan. Moga baik-baik sajalah resultnya nanti. Harapnya takde ‘plot twist’ lagi dah. Btw, terima kasih korang yang sudi baca perkongsian cikla ni dan jangan lupa doakan yang baik-baik untuk cikla ya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2024/11/pengalaman-pertama-kali-buat-pet-ct-scan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kamil San Zon Rawang 2024 Pengalaman Pertama Thaqif Bertanding Menulis Khat

Kamil San Zon Rawang 2024 Pengalaman Pertama Thaqif Bertanding Menulis Khat

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum Saja nak share pengalaman kami tempoh hari berkampung kat nbsp SRA Bandar Country Homes sempena nbsp KAMIL SAN Zon Rawang 2024 Bagi yang tak tahu apa itu KAMIL KAMIL adalah nbsp Kursus Agama Masyarakat Islam Luar Sekolah man...
Oppo Terajui Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia Indonesia Dan Thailand Pertama Kali Kuasai Asia Tenggara Canalys

Oppo Terajui Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia Indonesia Dan Thailand Pertama Kali Kuasai Asia Tenggara Canalys

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 100 hits
Menurut laporan terkini Canalys pasaran telefon pintar di Asia Tenggara meningkat 15 tahun ke tahun pada suku ketiga 2024 dengan jumlah penghantaran mencapai 25 juta unit Menurut Canalys OPPO mendahului penghantaran telefon pintar sebanyak ...
Sedap Ke Nasi Lemak Sambal Strawberry Pertama Kali Singgah Makan Di Abang Strawberry Cameron Highlands

Sedap Ke Nasi Lemak Sambal Strawberry Pertama Kali Singgah Makan Di Abang Strawberry Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 101 hits
Assalamualaikum Lamanya tak update pasal kisah kami berjalan jalan bercuti Asyik story review je kan Hari nie kalau boleh nak update kalau boleh 10 cerita Kita tengok sampai mana yer haha nbsp Sedap ke Nasi Lemak sambal strawberry Pertama k...
Beli Di Sini Kali Pertama Lebih Murah Daripada Tiktok

Beli Di Sini Kali Pertama Lebih Murah Daripada Tiktok

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 165 hits
First time beli sini lagi murah dari t1kt0k https s shopee com my 6pjNcoeFl4 The post appeared first on
Pertama Kali Keluar Dating Gadis Ditinggal Tengah Hutan

Pertama Kali Keluar Dating Gadis Ditinggal Tengah Hutan

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 107 hits
KOSMOPolis menemukan Dal dalam keadaan keletihan dan ketakutan sambil dia berjalan seorang diri InstagramJAKARTA Seorang gadis di Bandung wilayah Jawa Barat mengalami detik cemas apabila dia ditinggalkan keseorangan di tengah hutan pada ten...
Hiking Bukit Dinding Pertama Kali

Hiking Bukit Dinding Pertama Kali

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 118 hits
Sungguh memberi inspirasi bila tengok video team Hot Fm berjaya mendaki Gunung Kinabalu Rasa Insaf dan bangga tu bercampur baur Boleh relate semangat tu sebab bulan lepas pun aku buat aktiviti yang sama Cuma beza diaorang naik gunung tapi a...
Lisa Blackpink Dedah Cemas Pertama Kali Tampil Solo

Lisa Blackpink Dedah Cemas Pertama Kali Tampil Solo

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 103 hits
Sudah terbiasa membuat persembahan secara berkumpulan bersama Blackpink Lisa mendedahkan perasaan saat membuat keputusan menjalani karier solo Menurut pemilik nama sebenar Lalisa Manobal dia sempat berasa takut dan cemas untuk menyanyi seca...
Setiap Kali Kita Tutup Mata Di Hujung Hari Kita Masih Set Alarm

Setiap Kali Kita Tutup Mata Di Hujung Hari Kita Masih Set Alarm

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 144 hits
Setiap kali kita memejamkan mata di penghujung hari kita tetap memasang alarm bersiap untuk menyambut sinar mentari esok yang belum tentu tiba Inilah harapan yang sering berbisik lembut kepada hati kita Harapan yang tidak pernah putus yang ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025