Pengalaman Paranormal Pertama Saya


 
Pada tahun 1988 saya mula berminat dengan alam paranormal kerana mendapat banyak maklumat pelik dari rakan-rakan. 


Mereka menceritakan usaha mencari barang antik yang digunakan untuk menarik wang oleh bomoh. 


Kawan-kawan mengisahkan bagaimana pernah dikelilingi bertimbun wang ringgit yang dibawa oleh satu lembaga berjubah hijau tetapi akhirnya duit tersebut bertukar menjadi daun kerana kurang syarat. 


Susah juga untuk mempercaya kata-kata mereka walaupun mereka adalah rakan rapat, kerana saya tidak melihat dengan mata kepala saya. 


Beberapa kali mereka mengajak saya menyertai upacara tarik duit tetapi saya enggan kerana kebiasaannya selepas jam 2 pagi di tempat-tempat yang sunyi. 


Pada satu hari seorang rakan berjumpa saya,


“Din, aku tau ko tak caya apa yang kami lakukan kerana ia terlibat dengan alam ghaib tapi aku nak bawa ko ke satu tempat dan ko saksikan sendiri alam paranormal ini” ujar beliau. 


Mat (bukan nama sebenar) memang kaki paranormal kerana beliau salah saorang yang berusaha mencari barang antik yang digunakan untuk menarik duit. 


Setiap kali saya dengar, mereka masih mencari satu sterika arang antik sebagai barang terakhir untuk syarat menarik wang. 


Saya difahamkan, dengan upacara khas oleh bomoh yang mahir berserta beberapa barangan antik, jin islam akan menarik duit untuk mereka ini. 


Duit itu dikhabarkan adalah dari simpanan orang yang tidak membayar zakat (ahaks). 


Sebagai seorang Jurutera yang mempunyai minda analytical, bukan senang untuk menerima kesahihan cerita tersebut dan saya selalu mempersendakan cerita mereka. 


“Ok mat, insyaAllah saya boleh ikut kemana ko nak bawa saya asalkan jangan larut malam” balas saya. 


Akhirnya pada petang sabtu saya membuat temu janji untuk mengikut beliau ke satu tempat di Jalan Sungai Besi. 


Saya membawa kereta dengan beliau duduk di sebelah untuk navigate saya ke satu jirat cina di Sungai Besi bersebelahan Lapangan Terbang TUDM (sekarang dimiliki oleh hantu 1MDB). 


Di pinggir jirat Cina tersebut kami terpaksa berjalan melalui denai lebih kurang 1 km ke dalam pinggir hutan sehingga sampai kes ebuah pondok. 


Di pondok tersebut tinggal seorang yang dikenali sebagai bomoh artis. 


Mat memberitahu saya bahawa bomoh ini boleh melakukan susuk awet muda dan ramai artis menjadi pelanggan beliau. 


Ramai artis popular pada zaman tersebut mendapatkan khidmat Wak Amin (bukan nama sebenar). Semasa saya berada di situ saya saksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana Wak Amin memasukkan susuk emas ke dalam badan seorang wanita. 


Wak Amin akan mengumit-ngumit mulut membaca sesuatu dan memasukan susuk emas kepada muka wanita tersebut. 


Pelik tapi benar saya lihat jarum emas masuk ke dalam muka sehingga hilang tanpa rasa sakit. Di atas kening, di pipi dan di dagu semua dimasukkan jarum emas tersebut. 


Kemudian beliau akan masukkan pula ke-tangan wanita tersebut. Saya diberitahu susuk emas tersebut agar muka sentiasa cantik dan diminati ramai. Saya hanya melihat dengan terlopong mulut. 


Mat sudah lama mengenali Wak Amin dan mengaku pernah melakukan susuk di muka dan di alat kelaminnya. Mat walaupun muka tak hensem memang menjadi kegilaan ramai perempuan. Beliau seorang ‘casanova’. 


Setelah sembang kosong, mat membuka soalan cepumas kepada Wak Amin. 


“Rakan saya ini kurang percaya dengan alam paranormal, tu sebab saya bawa dia berjumpa Wak” Mat memulakan cerita. 


“Boleh tak Wak tunjukkan sikit kat bos saya ini bagi dia percaya” tambah mat lagi. 


Saya lihat Wak mengambil satu gelas kosong berisi air setengah penuh, dan mula membaca ayat ayat dari surah yasin tetapi beberapa ketika memperlahankan bacaan dan membaca mentera pula dan menghembus ke dalam air. 


Saya dapati Wak baca ayat yasin pun terkial-kial dengan mahraj yang tidak betul. 


Kemudian dia menyerahkan cawan tersebut kepada saya agar saya melihatnya. 


Saya terperanjat kerana dalam air tersebut muncul bayangan seorang perempuan yang saya kenali. 


Beliau adalah salah seorang staf di pejabat saya yang bekerja sebagai machine operator (OMPD). 


Bayangan orang dalam air sangat jelas seperti melihat gambar TV, dan saya cuba melihat atas bawah cawan untuk memastikan tiada penipuan. 


“Itu lah orang di pejabat Tuan Haji yang banyak melakukan porak peranda, dengan memperlagakan antara kakitangan” kata Wak Amin. 


Memang di pejabat saya ada berlaku sedikit ketegangan dan pergaduhan kerana mereka berpuak-puak dan saya masih belum tahu siapa angkaranya. 


Lebih kurang 10 minit saya melihat gambaran perempuan tersebut di dalam air kerana otak saya masih tidak dapat menerima apa yang saya lihat. 


Bagaimana bayangan manusia boleh terpapar di permukaan air?


Setelah setengah jam berada di pondok Wak Amin, saya dan mat meminta permisi untuk pulang ke rumah. 


Sepanjang perjalanan otak saya berdesing cuba memikirkan fenomena tersebut yang tidak dapat dijangkau oleh otak saintifik. 


Mulai saat itu saya berminat dengan dunia paranormal dan selama 10 tahun cuba mempelajari lebih dalam dunia ghaib ini. 


Saya tidak berbuat apa-apa berkenaan bayangan perempuan staf yang saya nampak dalam gelas air kerana pada saya ia hanya mainan jin yang ingin memporak-peranda kehidupan manusia. 


Walau bagaimanapun saya awasi pergerakan staf tersebut yang memang suka memperlagakan antara kakitangan. 


Saya tidak ambil apa-apa tindakan kerana tidak mahu decision saya dipengaruhi oleh insiden di rumah Wak Amin kerana ianya mungkin satu fitnah. 


Moral of the story. 


• awas permainan jin yang boleh mempengaruhi moral conscience dan pertimbangan akal kita. 


Wallahuallam. 


Catatan oleh:
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
FB: Zainuddin Omar










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/01/pengalaman-paranormal-pertama-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nabila Razali Pertama Kali Kongsi Gambar Dengan Anak Comelnya Baby Boy

Nabila Razali Pertama Kali Kongsi Gambar Dengan Anak Comelnya Baby Boy

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 175 hits
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka Menerusi Instagramnya Nabila memuat naik beberapa keping ...
Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 225 hits
BloggerBorneo com Malaysia mencetak sejarah dengan menjadi negara Artikel pertama kali tampil pada
Mutasi Virus Flu Burung Pada Kasus Parah Pertama Di As Mungkin Tingkatkan Kemampuan Infeksi Ke Manusia

Mutasi Virus Flu Burung Pada Kasus Parah Pertama Di As Mungkin Tingkatkan Kemampuan Infeksi Ke Manusia

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 142 hits
California Deklarasi Darurat akibat Flu Burung Apa yang Terjadi Pemandangan ayam dan seekor ayam jantan di sebuah ladang di Pescadero California menggambarkan situasi yang kian genting Pada 20 Desember 2024 California mengumumkan keadaan da...
Lg Melancarkan Monitor Permainan 5k2k Boleh Dilentur Pertama Di Dunia

Lg Melancarkan Monitor Permainan 5k2k Boleh Dilentur Pertama Di Dunia

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 113 hits
LG Electronics memperkenalkan monitor permainan OLED premium dengan pelancaran siri LG UltraGear GX9 yang akan dipersembahkan di CES 2025 Januari akan datang Malah Monitor Permainan Boleh Lentur OLED LG UltraGear ini merupakan mon
Misha Omar Kongsi Detik Bermakna Anak Pertama Kali Beraksi Di Pentas

Misha Omar Kongsi Detik Bermakna Anak Pertama Kali Beraksi Di Pentas

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 155 hits
Setiap ibu pasti berbangga apabila anak anak mereka mencapai pencapaian yang membanggakan Begitu juga dengan penyanyi Misha Omar berkongsi pengalaman manis mengenai anak terunanya Muhammad Idris Ezzwa yang tampil pertama kali di khalayak ra...
Pengganas Israel Kali Pertama Akui Dalang Bunuh Haniyeh

Pengganas Israel Kali Pertama Akui Dalang Bunuh Haniyeh

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 150 hits
Katz mengakui Israel menjadi dalang pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran Iran Foto AFPBAITULMAQDIS 24 Dis Menteri Pertahanan Israel Israel Katz buat julung kali mengakui pembabitan dalam kes pembunuhan bekas Ketua Hamas Ismail Haniyeh di Teh...
Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 126 hits
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusa perubatan di ibu kota semalam tepat jam 10 01 malam Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan Nabila Razali Entertaiment yang memaklumkan bahawa ibu da...
Banyaknya Alkohol Ada Ruang Bar Jungkook Bts Kali Pertama Dedah Rumah Mewah Pada Peminat

Banyaknya Alkohol Ada Ruang Bar Jungkook Bts Kali Pertama Dedah Rumah Mewah Pada Peminat

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 203 hits
Meskipun sedang berkhidmat dalam tentera sekarang Jung kook BTS tetap tak lupa untuk menyapa peminat pada hari cutinya Artikel Berkaitan Pada malam semalam Jung kook telah menemui peminat menerusi siaran langsung di Weverse di mana lelaki i...
Khadijah Binti Khuwailid Cinta Pertama Rasullullah Saw Dan Inspirasi Wanita Sepanjang Zaman

Khadijah Binti Khuwailid Cinta Pertama Rasullullah Saw Dan Inspirasi Wanita Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 147 hits
Khadijah binti Khuwailid Cinta Pertama Rasulullah SAW dan Inspirasi Wanita Sepanjang Zaman MasyaAllah kisah Saidatina Khadijah binti Khuwailid r a bukan sekadar cerita cinta agung tetapi teladan hebat tentang kekuatan wanita dalam menyokong...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal