Pengalaman Menulis Artikel Islamik Ini Rahsia Saya Sebagai Penulis Upahan


 
Mungkin ada segelintir kalian yang berminat dengan kerja-kerja menulis atau ghostwriting job yang dikatakan kini semakin meluas di pasaran Malaysia. Tetapi tahukah kalian, bagaimana mahu mendapatkan tawaran menulis. Terutamanya sebagai penulis artikel dalam niche Islamik iaitu keagamaan. Mesti kalian nak tahu kan? teruskan membaca pengalaman menulis artikel Islamik saya.
 
 
Klien bersetuju setelah saya tunjukkan sebahagian penulisan
 
Dalam gambar diatas, saya tidak tunjukkan keseluruhan artikel klien lepas. Cuma sebahagian sahaja, kerana ia berkaitan privasi klien lalu. 
 
 
 
Pengalaman mendapat tawaran pertama menulis dalam niche Islamik 
Seingat saya, dalam niche Islamik. Saya hanya menerimanya sebanyak 3 kali sahaja. Itu pun tawaran menulis daripada klien yang melamar saya secara terus melalui aplikasi whatsapp. Klien tersebut meminta saya menulis sebanyak 10 artikel. Iaitu 5 artikel dengan 600 patah perkataan setiap satunya, manakala 5 lagi artikel dengan 1000 patah perkataan.
 
 
    Klien tersebut adalah individu perseorangan yang menjual produk Islamik. Masya-allah, sungguh tidak sangka. Sebenarnya, klien tersebut hanya melihat penulisan saya sahaja di Facebook pada ketika itu. Jujur saya katakan, penulisan saya hanya santai. Dan, kerana itulah juga klien terpikat dengan penulisan saya. 
 
Selain itu, penulisan saya di laman facebook tidaklah menulis dengan aras tinggi. Cukup sekadar pembaca saya faham apa yang hendak disampaikan. 
 
Tawaran tersebut saya dapat sewaktu saya mengandung serta keguguran tidak lama kemudian, dan klien tersebut menyambung dengan menulis content dan copywriting pendek selama sebulan, juga dalam niche yang sama. 
 
Pengalaman menerima tawaran menulis artikel Islamik  10 artikel  
Ketika itu, klien meminta saya menulis 10 artikel . Dalam masa yang sama, klien mahukan 5 artikel dengan 600 patah perkataan, dan 1000 patah perkataan artikel SEO ( Search Engine Optimization ). 
Pakej artikel ini, klien yang mahukan cadangan daripada saya sendiri. Alhamdulillah, saya menulis dengan gembira mengenai artikel-artikel klien. Dan hasilnya, klien berpuashati. Tabarakallah, syukur sangat saya ketika itu. Rasa penat menulis tu, berbaloi apabila klien berpuashati. 
 
 
Klien 
 
Seterusnya, saya menulis artikel Islamik tetapi klien yang menjual produk  pakaian pula. Seronok sangat tau. Secara tidak langsung, saya dapat ulang kaji kembali bab-bab keagamaan yang dibelajar sewaktu zaman persekolahan. Menarik untuk saya kupas. 
 
 
Yang ketiga pula, klien daripada badan  kerajaan. Masya- allah, tabarakallah. Sungguh seronok saya menulis artikel SEO tersebut. Dan, artikel kali ini saya banyak lakukan pengiraan supaya audiens di website klien jelas dengan penerangan yang saya berikan. Inilah kali pertama saya berurusan dengan badan kerajaan. 
 
 
Proses di 'pitching client'
 
Apabila  menjadi penulis, wajar prospek bertanyakan mengenai servis menulis yang kita sediakan. Pada awal saya menjadi penulis upahan, saya seorang yang sangat takut untuk berurusan dengan klien. Pelbagai andaian yang berlegar di minda. Takut kena 'reject' lah, disoal pelbagai soalan yang mengarut dan lain-lain lagi. 
 
    Sebenarnya, semua itu tiada ditanya pun. Habis soalan yang ditanya oleh klien ialah :
 
"Puan, pernah menulis artikel agama tak sebelum ini?"
 
"Boleh saya tengok contoh penulisan puan?"
 
"Puan berminat tak menulis artikel berunsur islamik?
 
"Puan ada tak, artikel yang boleh saya baca dulu?"
 
Saya rasa, 4 soalan cepumas ini sahaja yang sering ditanya oleh prospek kepada penulis upahan. 
 
 
Jika kalian ditanya oleh prospek dengan salah satu soalan diatas, bagaimana mahu menjawabnya? jawab secara jujur sahaja. Jika tiada bahan penulisan, katakan tiada. Tetapi boleh mencuba dengan katakan sahaja bahawa, "saya boleh mencubanya, menulis dengan baik dalam niche tuan / puan minta."
 
 
 
Bagaimana jika prospek reject penulis? apa nak buat : 
1. Ucapkan ribuan terima kasih kepada prospek tersebut kerana sudi menghubungi kalian. Dan, doakan supaya urusan prospek tadi allah permudahkan. 
 
Walaupun rasa  sakit dan kecewa kerana tidak dipilih menjadi penulis artikel prospek, lepaskan prospek tersebut dengan tenang. Jangan paksa prospek tersebut. Mungkin hari ini, dia tidak menggunakan servis kalian mungkin akan datang prospek tersebut akan cari kalian kembali untuk projek akan datang. Teruskan berukhwah dengan prospek tersebut ya. 
 
2. Jangan tamatkan hubungan disitu sahaja. 
 
Sebagai penulis upahan, jangan matikan hubungan antara prospek dengan kalian setakat itu sahaja. Cuba kalian berikan link media sosial  dan sertakan portfolio lengkap kalian. Mudah prospek tersebut membuat rujukan di kemudian hari. Hantar artikel-artikel terbaharu daripada blog atau website kalian supaya 'trust' dapat dibina. 
 
3. Banyakkan berdoa, untuk menerima pengalaman menulis artikel Islamik yang lain  
Reda dengan rejection tadi, dan belajar reda. Insya-allah, pasti allah gantikan dengan rezeki ghostwriting job yang lain pula, yang lebih bersesuaian dengan kepakaran dan pengalaman kalian selaku penulis upahan. 
 
4. Jangan berhenti promosikan diri  
Ada sales atau pun tidak. Sila pastikan kalian membina content di laman media sosial secara konsisten. Lakukannya setiap hari, dan hasilnya juga pasti ada. Cuma, proses pembinaan 'trust' diperlukan mungkin mengambil masa yang lama. 
 
Selain daripada itu, menerima pengalaman menulis artikel Islamik. Ada lagi rahsianya saya kongsikan...
 Apakah cara yang tepat untuk dapatkan job menulis dalam niche Islamik 
Jadi diri sendiri sewaktu menulis 
Menulis lah di mana-mana laman media sosial secara konsisten. Paling penting, jadi diri sendiri. Jangan meniru penulis lain. Tak perlu pakai tudung labuh, beserban dan sering berhujah keagamaan. Cukup kalian menulis dalam versi kalian sendiri.
 
 
2. Menulis gaya santai 
Jangan menulis dalam laras Bahasa Malaysia tinggi. Ini adalah kerana, audiens yang ada berkumpul dilaman media sosial kalian terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Jadi, gunakan bahasa yang mudah difahami.
 
 
3. Konsisten menulis artikel 
Konsisten menulis bermaksud, bukanlah 24 jam menulis mengenai keagamaan sahaja. Bukan! boleh seimbangkan content kalian dengan bahan penulisan lain. Seperti saya sendiri, tidak hadkan penulisan kepada islamik sahaja. Kerana saya penulis upahan, bebas untuk  menulis apa sahaja yang mampu memberi manfaat kepada audiens saya di facebook mahupun di blog azlinaghostwriter.com.
 
Memang betul, ada yang mengatakan bahawa fokuskan kepada 1 niche sahaja. Tetapi dengan cara begini, bagaimana lah dapur nak berasap kalau hadkan begitu. Skop penulisan itu luas, pelbagai niche dan juga pelbagai jenis penulisan ada.
 
 
Walau bagaimana pun, menjadi penulis upahan amatlah seronok. Bukan kerana bayaran yang diterima, sebaliknya pengalaman menulis artikel islamik yang mahal itu tadi penulis dapat gunakan sampai bila-bila. Saya kira ianya ilmu juga yang mendidik penulis upahan sekeras 'diamond'. Iaitu 'Diamond' tahan dengan proses pembuatannya, manakala penulis upahan pula keras semangatnya dengan pelbagai ujian yang datang sebelum, semasa dan selepas proses menulis.
    


Artikel lain : Testimoni pelanggan, menulis artikel SEO 




                                                 Facebook : Nor Azlina Mohd Ali 
 
Mahu menggunakan servis menulis artikel SEO > wasap.my/60189107161/upahtulisSEO
 
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2022/11/pengalaman-menulis-artikel-Islamik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menulis Copywriting Ayat Tarik Pelanggan Sebagai Alat Pemasaran Terkini

Pengalaman Menulis Copywriting Ayat Tarik Pelanggan Sebagai Alat Pemasaran Terkini

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 185 hits
Selaku individu yang menulis ayat iklan ayat pukau ayat promosi mahupun ayat tarik pelanggan Mereka lebih dikenali sebagai copywriter Tidak dinafikan menulis copywriting memang susah Nak khatam subjek ini pun sampai boleh berasap otak Dalam...
Macam Mana Korang Boleh Menulis Sehingga 100 Artikel Sebulan

Macam Mana Korang Boleh Menulis Sehingga 100 Artikel Sebulan

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 157 hits
AssalamualaikumBismillahMacam mana korang boleh ada motivasi menulis sehingga 100 artikel sebulan Ada ramai blogger yang aku sangatlah respect kerana mereka boleh menulis 50 100 artikel sebulan Aku belum sampai ke tahap macam tu lagi walaup...
Mister Potato Mengumumkan Kerjasama Dengan Nr Sports Dan Pelantikan Neymar Jr Sebagai Duta Mister Potato

Mister Potato Mengumumkan Kerjasama Dengan Nr Sports Dan Pelantikan Neymar Jr Sebagai Duta Mister Potato

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 238 hits
Hi Korang Sempena Piala Dunia 2022 yang kini semakin hangat dan dinanti nantikan ini Mister Potato memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos J nior sebagai duta baru Mister Potato NR Sports adalah syarikat ...
Pemkot Pasuruan Gelar Wayangan Sebagai Pengobat Rindu Warisan Budaya Tradisional

Pemkot Pasuruan Gelar Wayangan Sebagai Pengobat Rindu Warisan Budaya Tradisional

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 104 hits
Gus Ipul meyakini bahwa kesenian wayang akan tetap bisa hidup karena regenerasinya tetap ada meski saat ini banyak pertunjukan yang lebih mengedepankan modernisasi Oleh karena itu pertunjukan wayang kali ini menghadirkan juga dalang muda Ki...
Aktif Sebagai Ahli Meditasi Suara Intip Potret Terbaru Nadya Hutagalung

Aktif Sebagai Ahli Meditasi Suara Intip Potret Terbaru Nadya Hutagalung

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 107 hits
Artis cantik Nadya Hutagalung kini kembali mencuri perhatian usai hampir setahun menghilang dari media sosial Diketahui ia bersama keluarganya kini sudah pindah ke salah satu pedesaan di Australia Di sana Nadya Hutagalung begitu aktif sebag...
Para Pemimpin Bn Sebulat Suara Bersetuju Zahid Hamidi Tidak Akan Dilantik Sebagai Pm Jika Bn Menang Pru15 Tok Mat

Para Pemimpin Bn Sebulat Suara Bersetuju Zahid Hamidi Tidak Akan Dilantik Sebagai Pm Jika Bn Menang Pru15 Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 177 hits
Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan sekali lagi menyakinkan rakyat bahawa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tidak akan diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum Ke 15 Beliau berkata para pemimpin U...
Dia Akan Tahu Siapa Yang Chen Akui Exo Tidak Akan Berjaya Tanpa Suho Sebagai Ketua

Dia Akan Tahu Siapa Yang Chen Akui Exo Tidak Akan Berjaya Tanpa Suho Sebagai Ketua

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 120 hits
Baru baru ini Chen EXO telah tampil dalam rancangan radio Choi Hwa jeong s Power Time sebagai tetamu ARTIKEL BERKAITAN Khususnya dalam siaran berkenaan Chen berkongsi bahawa dia dengan ahli EXO yang lain telah berkumpul bersama bagi meraika...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris