Macam Mana Korang Boleh Menulis Sehingga 100 Artikel Sebulan
Assalamualaikum
Bismillah
Macam mana korang boleh ada motivasi menulis sehingga 100 artikel sebulan? Ada ramai blogger yang aku sangatlah respect kerana mereka boleh menulis 50 - 100 artikel sebulan.
Aku belum sampai ke tahap macam tu lagi walaupun aku mahu juga sebenarnya menulis lebih banyak, lebih kerap dan kalau boleh setiap hari.
Ada beberapa sebab kenapa susah nak menulis banyak artikel di blog. 1. Fokus dengan niche blogBlog yang fokus dengan niche bagi aku sangat sukar nak buat artikel yang banyak. Sebagai contoh untuk blog aku yang fokus dengan tips-tips blogging memerlukan banyak bacaan dan rujukan.
Untuk menulis satu tips blogging sahaja aku perlu banyak membaca dan kena buat perkaitan dengan pengalaman aku berblog.
2. Kualiti ArtikelBagi aku yang fokus kepada artikel SEO dan berkualiti memang memerlukan masa untuk menyiapkan satu artikel. Konten yang memerlukan penjelasan yang terperinci mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Disebabkan ia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu artikel. Maka, sebulan hanya dapat publish 3 - 5 artikel sahaja.
3. Panjang ArtikelPatah perkataan juga mempengaruhi aku untuk menulis artikel dengan banyak. Semakin banyak jumlah perkataan untuk setiap artikel semakin lama juga masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan artikel tersebut.
4. GambarBelajar Buat Blog memerlukan banyak gambar dalam setiap artikel. Hal ini demikian kerana blog tersebut banyak berkongsi tentang tutorial seta tips-tips blogging.
Semakin banyak gambar yang perlu di upload, semakin banyak juga gambar yang kita perlu edit. Sebelum upload di blog kenalah edit dahulu untuk ringankan kecepatan blog.
Macam Mana Korang Boleh Menulis Sehingga 100 Artikel Sebulan?Ada ke blogger yang menulis sehingga 100 artikel sebulan?
Adaaaaaa~
Salah satunya blogger yang menulis banyak artikel ialah :azhafizah.com | Blog Sihatimerahjambukasihkuamani.blogspot.com | Kasihku Amaniarhanajafri.com | Farhana JafriSetakat ini itu sahaja blogger yang aku nampak paling banyak post. Ada ramai lagi blogger lain cuma tak tersenarai
Memang aku respect dengan semangat mereka konsisten menulis di blog.
Aku belum mampu lagi untuk tulis banyak di blog. Tetapi aku cuba untuk menulis 20 artikel tahun ini. InsyaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2022/11/macam-mana-korang-boleh-menulis.html