Pengalaman Mentua Uruskan Hartanah Proses Jual Beli Hartanah Kepada Developer Perumahan


 
Rumah yang kami duduki sekarang, adalah hasil jual hartanah arwah mentua kepada pemaju perumahan yang berdaftar. Namun begitu, dalam artikel ini saya mahu ceritakan pengalaman keluarga suami melalui proses jual beli hartanah kepada pemaju untuk perumahan yang dipercayai sehingga siap.
 
 


 
 
Seingat saya sewaktu kecil, tanah arwah mentua adalah hutan tebal yang masih belum diterokai oleh mana-mana pemaju lagi. Setiap petang, abah akan membawa kami adik-beradik bersiar-siar dengan motor di kawasan Pelindung, Kuantan Pahang. Pernah terdetik didalam hati saya, bahawa alangkah seronoknya dapat menduduki rumah taman. Sebaik melintasi kawasan perumahan sebelum hutan tebal ( tanah mentua ). Kini, sungguh tidak sangka saya berkahwin serta menetap di kawasan Pelindung yang dahulunya saya pernah terdetik berangan.
 Proses menjual tanah kepada pemaju bagi tujuan perumahan  
Selepas saya selidik mengenai proses jual beli tanah arwah mentua. Akhirnya saya mendapat jawapan yang kadang-kadang berlegar di fikiran. Suami menceritakan serba sedikit prosesnya.
 Hartanah melibatkan ramai penama dalam geran 
Tanah seluas 2 ekar lebih, dijual kepada pemaju (Developer ). Memandangkan status pemilikan hartanah tersebut adalah bukan status persendirian. Maka, dalam surat hartanah tersebut ada beberapa penama. Bahagian ini, mereka telah selesaikan bersama dengan persetujuan adik beradik. 
 
 
Proses menjual Hartanah 
Suami saya juga mengatakan, dalam proses menjual hartanah juga dijadikan untuk perumahan bukanlah perkara mudah. Kerana banyak proses perlu dilalui antaranya ia melibatkan kelulusan PBT ( Pihak Berkuasa Tempatan ), Pejabat Tanah Negeri untuk proses menukar nama, menggunakan khidmat peguam dan lain-lain lagi.
 
Proses tersebut memakan masa selama 4 tahun. Selama itu jugalah, kami suami isteri duduk menyewa selama 5 tahun.
 
 
Developer Hartanah Perumahan 
Pergi ke pejabat pemaju perumahan yang stabil dan dipercayai untuk proses jual hartanah. Sebelum proses jual beli hartanah berlaku, arwah sudah faham mengenai nilai pasaran hartanah tersebut, Apabila telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, barulah proses seterusnya berlaku.
 
Dipendekkan cerita, proses ini developer yang kami pilih selesaikan. Sehinggalah Pejabat Tanah meluluskan pindah milik tersebut. Kami selaku tuan tanah hanya perlu datang ke pejabat untuk tandatangan sahaja.
 
 
Proses hartanah melibatkan PBT bagi kelulusan Perumahan 
Apabila melibatkan kelulusan daripada PBT ( Pihak Berkuasa Tempatan ), proses memerlukan pelukis pelan yang professional bagi mendapatlan kelulusan perumahan tersebut. Pelan ini lah yang akan diperiksa dengan teliti oleh pihak PBT. Kelulusan inilah yang membolehkan sama ada rumah tersebut selamat diduduki mahupun tidak.
 
  Proses jual beli hartanah untuk perumahan melibatkan peguam 
Proses ini paling banyak melibatkan peguam-peguam. Kami hanya tunggu sahaja proses seterusnya, yang melibatkan peguam penjual hartanah dan pembeli hartanah. Masa ni, kami semua tahu mahu proses tersebut berjalan lancar dan cepat prosesnya. Memandangkan penama dah uzur, jadi mahu atau tidak kami terpaksa push supaya rundingan menjadi cepat.
 
 
Oh ya, hampir terlupa. Saya sarankan kalian sebelum membuat urusan jual beli hartanah, pastikan kalian tahu nilai pasaran hartanah tambahan lagi apabila dunia bakal mengulangi PKP seperti tahun 2020. Jadi, boleh buat pengiraan disini untuk tahu kemampuan pinjaman melalui kalkulator estimating affordability 

 
Selama menanti rumah kami siap terdahulu, kami terpaksa mengikat perut dengan perlu menyewa rumah dengan belanja RM 500.00 sebulan, yang mana kami terpaksa hadapi pelbagai masalah rumah yang telah lama tidak mempunyai penyewanya. 
 
Selama 5 tahun, saya bersabar dengan gaji suami pada ketika itu hanyalah RM 1,200.00 sahaja diawal perkahwinan. Manakala, saya  dengan berpendapatan bersih RM 1,000.00 tanpa zuriat. Disamping itu juga, saya membuat pendapatan sampingan dengan menjadi agen jualan yang perlukan kerja-kerja COD kepada pelanggan sebelah malam bersama suami.
 
 
Akhir sekali, proses jual beli hartanah untuk dijadikan perumahan serba sedikit yang dapat saya bongkarkan daripada suami. Yerlah, benda privacy macam ni biasanya orang tidak suka bercerita kan? dapat ketuk cerita sedikit pun, jadilah ya?
 
 Al-fatihah buat arwah mentua, jika tanpa penjualan hartanah ini mana mungkin kami selesa memiliki rumah sendiri. Mungkin kami akan menetap di Indera Mahkota 16 sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, apa berlaku sekalipun kami berjanji takkan menjual rumah ini dan jadikan pemberian ini sebagai hadiah daripada arwah. 
 
Lokasi perumahan kami adalah strategik yang mana ia berdekatan sekolah rendah, menengah, klinik, pantai, tasik dan berdekatan dengan bandaraya Kuantan.  Mungkin kami akan menambah aset yang baharu sebagai hartanah dijadikan pelaburan. Dengan penjualan hartanah tersebut, arwah mentua mendapat 6 unit rumah kos rendah. Alhamdulillah, kami berjiran dengan keluarga sebelah arwah mentua juga disini.

 
 
 
 
 
 
 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2022/11/hartanah-untuk-perumahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Beli Murah Jual Mahal Oleh Ustaz Azhar Idrus

Hukum Beli Murah Jual Mahal Oleh Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 246 hits
Apa hukum bila saya berniaga barang yang ada harga tapi beli dengan harga murah Contoh beli vespa Rm100 tapi jual Rm5000 Adakah dikira RIBA JAWABNYA 1 Barang yang telah ditetapkan harga oleh pemerintah TAK BOLEH lebih Contoh 1 Minyak Rm1 80...
Pengalaman Nak Beli Kereta Proton Saga Dari Dealer Proton Di Puchong Dan Shah Alam

Pengalaman Nak Beli Kereta Proton Saga Dari Dealer Proton Di Puchong Dan Shah Alam

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 234 hits
Setelah fikir panjang akhirnya saya buat keputusan untuk beli kereta Proton Saga baru untuk kegunaan anak perempuan Mulanya rasa tak perlu nak belikan kereta untuk anak anak Pakai saja kereta yang dah ada di rumah tu Ada 2 kereta semua dah ...
5 Sebab Kenapa Perlu Beli Perumahan Di Tiara Sendayan

5 Sebab Kenapa Perlu Beli Perumahan Di Tiara Sendayan

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 231 hits
Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya buat mereka yang telah berkeluarga Selain daripada faktor rekabentuk rumah serta saiz mahupun harga faktor kemudahan dipersekitaran juga amat dititikberatkan dalam pemilihan se...
Peniaga Dibelasah Dirompak Selepas Beli 300 Iphone 13 Di Kedai Apple

Peniaga Dibelasah Dirompak Selepas Beli 300 Iphone 13 Di Kedai Apple

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 129 hits
Peniaga dibelasah dirompak selepas beli 300 iPhone 13 di kedai AppleFoto HiasanSeorang lelaki warga New York berusia 27 tahun diserang dan dirompak selepas membuat pembelian iPhone 13 secara besar besaran di Apple Store di Fitth Avenue Dala...
Berhentilah Beli Bihun Tak Halal Nih

Berhentilah Beli Bihun Tak Halal Nih

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 190 hits
PERHATIAN PERHATIAN PERHATIAN PERHATIAN SERIUS UNTUK SEMUA NOTED XMAKAN BIHUN XMATI PUN CINA MELAMPAUI BATAS 1 Kilang Bihun Beras Indah syarikat cina dimana sebelum ini telah ditarik lesen perniagaannya pada 2007 kerana beroperasi tanpa log...
Beli Barang Di Amazon

Beli Barang Di Amazon

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 92 hits
Kebiasaannya anda boleh membeli barang di Amazon com ketika musim Black Friday Cyber Monday dan Thanksgiving dan lain lain sebab membeli barang di Amazon ketika musim biasa agak rugi kerana tukaran nilai USD yang mahal berbanding Ringgit ri...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik