Sebelum memulakan aktiviti, staf resort beri penerangan cara menunggang ATV
Deretan ATV bergerak memasuki kawasan dusun durian
Laluan dalam dusun durian ini berbukit. Sesekali ATV perlu dibawa melalui permukaan tidak rata yang sedikit mencabar. Ketika ini juga, cahaya matahari pagi mula menyimbah bumi melalui celahan deretan pokok durian. Pemandangan yang indah
Beginilah rupa ATV yang kami naiki. Masa ni kami semua berhenti di suatu tempat dan berkumpul bagi mendengar penerangan berkenaan penanaman dan penjagaan pokok durian di sini
Penerangan diberi oleh anak pemilik dusun - seorang lelaki muda yang begitu mahir menerangkan dan menjawab setiap pertanyaan
Tali bergantungan di pokok durian. Sebelum ini saya pernah melihat dari jauh - pokok durian ada banyak tali begini. Kali ini saya dapat menyaksikan dengan lebih dekat serta mengetahui fungsi tali tersebut
Terdapat dua unit sprinkler di setiap pokok durian bagi tujuan penyiraman air
Dusun durian yang sangat luas dan dijaga rapi. Seronok tengok
Kami dibawa ke kawasan dusun berhampiran pusat pengumpulan buah durian
Buah durian bergantungan di dahan pokok. Banyaknya
Begini cara buah durian diikat
Tiba masa buah durian gugur, ia akan tergantung tak terus jatuh ke tanah
Buah durian yang berjaya saya turunkan. Kalau nak dapatkan tekstur dan aroma buah durian yang sedap, buah durian sedia dimakan selepas kira-kira 3 jam ia gugur.
Bahagia sungguh kalau dusun durian ini kami yang punya 😊. Bila dah elok gini memanglah nampak seronok kan, tentunya banyak modal telah dihabiskan dan pelbagai cabaran telah dilalui oleh pemiliknya
Akhir sekali, kami ke pusat pengumpulan buah durian. Buah akan diasingkan mengikut gred
Buah akan dijual dengan harga berbeza dan di tempat berbeza bergantung kepada gred buah. Contohnya - durian varieti Black Thorn gred A dijual pada harga RM65/kg, manakala gred rendah (saiz buah kecil, buah kena sengat) dijual di tepi jalan dengan harga RM15/kg
Masa untuk kembali ke resort|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |