Jalan Jalan Naik Choley Di Kampung Warna Warni


 Assalamualaikum WBT


SAMBUNGAN Kisah JJCM Perth.. lis!


OH, Sk lupa nak cerita, yang kami dapat semula duit penginapan satu malam di Ayu Rest House Homestay tu, tau. Ialah, mula-mula tu macam tak nak beritahu tuan homestay yang kami tak jadi menginap, kemudian Sk cakap dengan PI, kita cakap ajelah, kot-kot dia boleh pulang semula duit penginapan hari kedua tu. Duit deposit kalau hangus, tak apalah. Jadi, Sk whatsapp Kak Ayu, beritahu, kami tak jadi menginap dan nyatakan sebabnya yang kami ni tak biasa duduk di kawasan yang agak terpencil. Sk beritahu, kami dah letak semula kunci di tempatnya. Kak Ayu tawarkan sebuah lagi homestay milik ayah beliau, tapi kami menolak dan beritahu kami menginap di Elissa Hotel & Suites. Baiknya Kak Ayu,beliau pulangkan deposit bersama wang penginapan satu malam. Kak Ayu jugak beritahu, kebetulan ada yang bertanya dan nak menginap di homestay beliau hari esoknya tu, jadi bila kami beritahu dah keluar, dapatlah tetamu baru masuk esoknya. Tetamu tu lagilah, kali kedua dah menginap dekat situ, nampakkkk.. takde apapun sebenarnya tapi kami ni la yang paranoid, hahaha.

Baiklah, sambung kisah .. selepas tak jadi masuk ke Taman Ular tu, kami terus menuju ke Kuala Perlis untuk ke Kampung Warna-Warni. 


Kampung Warna Warni atau nama sebenarnya Kampung Seberang Ramai merupakan salah satu tarikan pelancongan yang unik dan menarik. Kampung ini tidak hanya menawarkan panorama yang memukau, tetapi juga menonjolkan kreativiti seni mural yang menghiasi setiap sudut rumah-rumah penduduk.
Apa yang menjadikan Kampung Warna Warni istimewa adalah dinding-dinding rumah yang dicat dengan pelbagai warna terang dan dihiasi dengan lukisan mural yang menarik. Lukisan-lukisan ini menggambarkan pelbagai tema termasuk alam semula jadi, budaya tempatan, dan kehidupan harian penduduk kampung. Karya seni yang dihasilkan oleh para pelukis tempatan ini memberikan suasana yang ceria dan menjadikan kampung ini sebagai lokasi yang sempurna untuk bergambar.
Walaupun dihiasi dengan seni moden, Kampung Warna Warni tetap mengekalkan suasana kampung tradisional Melayu. Para pengunjung boleh melihat kehidupan harian penduduk yang mesra dan berpeluang merasai budaya kampung yang damai. Di sini, anda boleh berbual dengan penduduk tempatan yang mesra dan mungkin berpeluang untuk menyaksikan aktiviti-aktiviti harian seperti bertani atau menganyam. (sumber)



Kalau kita pusing-pusing Banda Hilir (Melaka) naik beca, di Kampung Warna-Warni ni boleh naik choley atau tuk-tuk. Nak jalan kaki pun boleh, tapi tengah panas memang tak sangguplah nak berjalan kaki, kalau petang-petang redup, okey jugaklah nak berjalan. Tu takpe, lutut pun dah mintak nyawa, hahaha.

Kadar bayaran yang dikenakan, RM35 untuk satu choley, pusing 7 kampung selama 40 minit. Tapi, macam tak sampai 40 minit, tu punnnn dah penat sangat. Dia yang jadi tak sampai 40 minit tu sebab kami ni banyak mengelat tak turun ambil gambar, hahaha.

Jambatan Tuanku Syed Putra atau dikenali juga sebagai Jambatan Warna-Warni juga Jambatan Pelangi. Jambatan ini penghubung kepada dua perkampungan iaitu Kampung Seberang Ramai (Kampung Warna-Warni) dan Kampung Seberang Tok Pi. (sumber)

Tuan Tanah Kedaung

Tuan Penaja.

Dua kampung terpisah oleh sungai.

Rumah tradisional didirikan di atas air. 


Rakamlah kenangan sebanyak mungkin, tak tahulah akan datang rasa memang tak datang lagi dah sini, jauhhhhhhhhhh!

Berangin atas ni.

Choley tunggu la sementara kita bergambar atas jambatan tu. Kemudian pusing kampung lagi. Kami ni pulak kalau tak dipaksa turun bergambar, memang malas, hahaha.

Satu kampung rumahnya warna-warni ya cuma ada satu kawasan ni, rumahnya diberi nama-nama negeri dalam Malaysia dan dicat mengikut warna bendera negeri masing-masing. 

Dalam kampung ni ada banyak jugak menjalankan perniagaan makanan, minuman dan buah tangan dari Perlis. Sk belilah jugak belacan Perlis yang dikatakan tersedap. Selain tu beli jugak kuit kapit ni, memang sedap la, cair di mulut.

Nak nak pulak makan dengan spread coklat pistachio ustaz ni haaa. Tak berenti, sapu suap, sapu suap, hihihi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/08/jalan-jalan-naik-choley-di-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Di Kampung Rambung Meninggal Dunia Hari Ini

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Di Kampung Rambung Meninggal Dunia Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 237 hits
Seorang lagi mangsa kemalangan di Kampung Rambung meninggal dunia hari ini Anggota Bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Viva yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Myvi di Kampung Rambung Jalan...
Masak Lemak Bayam Labu Menu Kampung Yang Mudah Nak Buat

Masak Lemak Bayam Labu Menu Kampung Yang Mudah Nak Buat

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 355 hits
Masak lemak bayam dan labu memang lauk kampung yang tak lapuk dek zaman Rasa manis semula jadi labu berpadu dengan bayam yang lembut ditambah kuah santan pekat memang cukup membuka selera Menu ini bukan sahaja sedap malah mudah disediakan d...
60 Rumah Daripada 8 Kampung Di Sik Rosak Akibat Ribut

60 Rumah Daripada 8 Kampung Di Sik Rosak Akibat Ribut

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 165 hits
60 rumah daripada 8 kampung di Sik rosak akibat ribut Anggota APM melakukan operasi memotong dahan pokok tumbang yang menghempap rumah penduduk di daerah Sik Foto NSTP IHSAN APM SIK Kira kira 60 rumah di lapan kampung di daerah ini mengalam...
Balik Kampung Makan Tengahari Daging Salai

Balik Kampung Makan Tengahari Daging Salai

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum Tertinggal satu citer plak sambungan lepas sarapan roti canai kari kambing tu kami tak terus balik rumah kami terus balik kampung dah call Mak Lang malam sebelumnya bagi tau kami nak makan kat sana SA pun ada bawak lauk dan ...
Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 756 hits
ROMPIN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli melihat tapak balai bomba yang akan dibina di Kampung Tekek di Pulau Tioman pada Jumaat Baginda berkenan menunggang motosikal memba...
Subsidi Tamat Hari Ini Harga Telur Tak Naik

Subsidi Tamat Hari Ini Harga Telur Tak Naik

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 112 hits
30 biji telur gred A B dan C masih dijual antara RM10 40 hingga RM12 60 di pasar raya sekitar ibu negara Pengguna digesa kemuka aduan kepada KPDN jika harga telur naik secara tidak munasabah susulan penamatan subsidi berkuat kuasa hari ini ...
Walaun Jom Demo Rega Air Dah Naik Zalim Air Anugerah Tuhan Kerajaan Kamu Bagi Naik Woiiiii

Walaun Jom Demo Rega Air Dah Naik Zalim Air Anugerah Tuhan Kerajaan Kamu Bagi Naik Woiiiii

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 172 hits
Zainuddin OmarWalaun SG4 minta Anwar TURUN tetiber kadar harga air negeri negeri SG4 NAIK mendadak Nasiblah korang Ahaks Ini yang korang patut berhimpun dan bantah
Undang Lelaki Disyaki Lakukan Kekerasan Di Podcast Caprice Naik Angin Dengan Asyraf Khalid

Undang Lelaki Disyaki Lakukan Kekerasan Di Podcast Caprice Naik Angin Dengan Asyraf Khalid

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 239 hits
Pempengaruh terkenal Caprice dilihat seakan tidak senang dengan tindakan Asyraf Khalid yang dipercayai mengundang seorang lelaki yang disyaki lakukan kekerasan terhadap individu lain sebagai tetamu di sebuah podcast Caprice bengang Asyraf u...
The Day Trippers Come For Trieste

Bila Cerita Itu Ujian Kepercayaan

Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect

Pasaran Mahal Tetapi Tidak Kesemuanya

Hati Nora Danish Dicuri Jejaka Berkopiah

Jangan Tiru Flexing Qarun Dampak Pamer Harta Di Media Sosial

Best Dinner Recipe Using Ground Turkey

Resipi Sambal Telur Anak Ramai Lauk Simple Tapi Sangat Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hati Hati Bila Nak Mengata Dan Menghukum Orang

Turn An Idea Into A Profitable Business

Buah Setol

Best Sydney Removalists For Local Moves What Sets Holloway Apart

Rupanya Ada Cara Main Video Di Latar Tanpa Perlu Langgan Youtube Premium

Elcah Kongsi Tips Perut Kempis Tapi Dikecam Netizen Malu Lah Bagi Info Salah Macam Ni