Pengalaman Menginap Di Malibest Resort Langkawi Yang Ada Swimming Pool Best



Betapa gigihnya seorang Norhanarosmida. Tadi aku dah update pasal MaliBest ni sampai habis, tiba-tiba time upload gambar last semua yang aku type hilang APAKAH DOSAKU. Sekarang nak kena type balik satu-satu dengan kena recall balik semua yang aku tulis tadi, weh... Takpelah. Sanggup aku bukak PC dan type balik. Tobat taknak update blog through apps phone dah

__

Siap sedia? Mari kita mulakan

Okay, harini aku nak review pasal Mali Best Resort Langkawi terletak di Pantai Cenang, Langkawi. Aku memang sedaya cari resort / hotel area Cenang yang ada swimming pool sebab tau Aqilah jenis tak puas mandi laut kang dia berzikir cari swimming pool, jenuh aku nak cari. Ni dia Mali Best Resort :

Ni MaliBest view dari depan. Kau abaikan bangunan depan yang nampak macam tak siap tu. Actually okay je, cuma entah kenapa dari jauh nampak macam ngeri. Bilik yang aku stay bukan kat bangunan tu tapi kat rumah sebijik-sebijik memang atas tanah. Hah kang jap lagi aku tunjuk

Sumber Gambar : Agoda
Mula-mula memang aku dah tengok Mali Best ni tapi aku tiada keyakinan sebab tengok review semua macam tak best. Actually tak lah menaruh harapan yang tinggi pun, aku tak kesah sangat janji bilik dan air kat bilik air bersih. Mula-muka aku nak book Best Star Resort Cenang tapi sebab aku kelembab, tak sempat booking tengok bilik dah habis. Dua resort ni je aku perasan ada swimming pool kat Cenang so malas nak fikir banyak aku terus book MaliBest. 


Masa korang nak book kat Agoda, pastikan book Family Room ye. FAMILY ROOM. Baru korang akan dapat bilik sebijik-sebiijk depan laut. Harga sangat reasonable weh. RM 180 / night without breakfast


Katil ada 2 queen kemaen besau besau nak pergi mana taktau. Tepi katil ada sofa tau, actually boleh muat dalam 6-8 orang gak, provided kau bawak lah toto / tilam kecil atau jika nak bawak 20 orang sila bawa khemah tidur di luar


Bilik dia besar, dan sejuk. Tak pasang aircond pun takpe cukup kipas. Dah nyaman satu bilik! 
Pasal breakfast pulak kau jangan risau, sebab kat Cenang banyak je kedai makan tapi kena jalan sikit lah. Cuma kalau kau nak fefeeling breakfast tepi laut, nanti receptionist akan bagi kau voucher untuk kau breakfast kat Best Star Hotel, harga RM 15 je per pax. Kau kena jalan sikit dalam 5 minit untuk sampai sini


Sini hah. Tapi aku tak pergi pun. Tak sempat gila, hari pertama dah rushing nak pergi island hoping, hari kedua dah berkicap kepenatan sebab naik turun tangga kat Pulau Dayang Bunting dengan Mat Cincang WEH PASTU PANDAI GILA MASA SAKIT KAKI,MALAM TU PERGI URUT KAT KEDAI DEPAN HOTEL, ESOKNYA TERUS JALAN MACAM BERUANG

Ni la merenung nasib. Gambar konon tak pandang camera, cakap lah macam Lisa Surihani? Tak sesuai dengan muka, hanya layak dikasihani. Sikit lagi kalau senyum macam nasi beriyani basi belakang rumah kau jual

Memang basi pun bangun tidur terus menerpa pantai, fuh. Bergaya


Tapi kan gambar kat MatCincang ni nampak lebih bergaya. Masa ni kaki memang cramp gila lepas balik Dayang Bunting pastu kena naik turun tangga lagi kat MatCincang. Dah la nak tangkap gambar kat atas ni takleh nak buka mata, cahaya keimanan tembus ke hati tapi perangai macam tak cukup iman juga asyik merungut penat


Kau tengok ni, kan aku dah cakap? Tak boleh buka mata. Aqilah tu kenapa boleh buka mata selamba, cahaya matahari terus tembus ke hati ke

--Okay jap kita tengah cerita pasal MaliBest ni tapi kenapa aku cerita pasa MatCincang? Beginilah kalau bersembang sungguh macam makcik bawang kejap cerita ni kejap cerita tu kelang kabot semua nak cerita, jap tadi sampai mana eh


Okay jap lah bagi aku kasi habis cerita kat MatCincang. Ni kali pertama aku naik skybridge dan aku taktau kenapa ramai takot nak naik? Ada yang cakap kalau angin kuat jambatan ni bergoyang tapi masa aku datang ni takde angin lalu ada lah gambar ni ;


Tak padan dengan kaki sakit masih ada hati tangkap gambar lompat. Lepas tu tersadai sidai kepenatan demi sebuah gambar. Anyway naik skybridge kena tambah extra RM 15, pandai lah diorang buat duit. Nyaris aku bergaduh besar dengan laki aku-- dia kata taknak pergi skybridge sebab membazir. Lalu aku bidas dengan pick up line, apalah sangat skybridge Langkawi kalau you tak buka bridge you untuk sampai ke hati I

Perghh. Hambar gila pick up line

HAHHH OKAY OKAY BACK TO MALIBEST RESORT


Japppp last-last. Gambar Aqilah kat skybridge selamberrrrrr Aqilah pijak weiiii GAGAAGAGAGAG aku yang ngiluuuu
BACK TO BUSINESSSSSSSS BACK TO BUSINESSSS


LA NI GAMBAR APA PULAK NI YA ALLAH POTONG STIM LA KAU NORHANAROSMIDA NEXTTTT


Kau tengok tu dah la sesuka hati tukar topik pastu perangai pemalas nak crop screenshot dah kenapa? Tapi suka hati aku lah kan, sebab aku yang buat review. Ha ni la dia yang paling best kat MaliBest sebab slides swimming pool dia. Ada satu yang besar satu kecik. Dia punya best sampai Abi Aqilah pun naik sheikh membuat aksi-aksi luar dugaan dan sering mengatakan tak sabar balik ke hotel sebab nak mandi swimming pool apakah

Ni bukti sikap anak beranak :







View this post on Instagram


Swimming pool kat MaliBest Resort Langkawi. Best sebab ada 2 slides. Satu besar, satu kecik. Puas hati anak beranak dua orang tu main. Sama naik sheikh Abi nye pun. Aku tengah update blog full review pasal resort ni tau. Tunggu sikit jam.A post shared by Norhana Rosmida (@hannamaruku) on Jul 5, 2019 at 5:02am PDT
Honestly semua best, tapi aku cuma tak suka bau swimming pool ni kuat sangat klorinnya.


Ni view bilik dari luar. Pastu aku tak paham kenapa aku tangkap gambar angle cam tahi. Siap ada bebenang merah dengan kayu bersepai-sepai kat bawah apa yang aku cuba tunjukkan ni  T____T

Tapi ni lah dia basically pemandangan dia dari luar bilik. Jalan sikit ke depan dah laut. Bilik semua bawah tanah (BAWAH TANAH APA GILE ATAS TANAH ATAS TANAH), eh memang selesa lah! Kau tengok luar bilik pun ada pasir boleh lah kau menanam kaki di luar bilik tanpa pergi ke tepi laut wow tak cukup kelakar tu hana. Cuba lagi/.


Gambar pintu bilik pun nak ambik ke


Okay ni  barisan bilik depan laut tau. Bilik ni seaview dan tak dijual online. Harga dalam RM 220 satu malam dan kalau korang nak, kena call terus resort. Tapi kalau tanya aku tak payah la ambik yang seaview, sebab Pantai Cenang tak lawa sangat and ramai gila orang so macam tak function, kau bukan tengok pantai tapi banyak tengok orang je. HAHA

Oh lupa nak bagitau, resort ni dekat je dengan semua kedai-kedai kat Cenang. Dengan dengan 7-11 gak. Semua boleh jalan kaki je.


Aqilah siap pergi lukis inai kat tangan nak kahwin dengan siapa taktau. Muka eksyen pulak tu

Overall, bagi aku MaliBest Resort ni sangat berbaloi dengan apa yang dibayar. Kalau rating, aku kasi 4.5/5. Entah kenapa aku kasi 4.5 padahal boleh je aku kasi 5 bintang? Ah suka hati aku lah.

Akhir kata,


Kita semua kena percaya kita boleh terbang seperti helang. Meski tidak bersayap namun berkaki, aku pun tak paham ni pantun ke apa.

Kalau ada hotel / resort lain kat Cenang yang kids friendly korang share lah kat bawah comment. Lepas nak menutup penulisan ni, aku rasa berbangga sangat sebab dapat sumbangkan satu post review pasal stay kat Langkawi sebab before aku pergi, jenuh jugak aku mencari review, tak banyak.

Okay, sama-sama.

Kih!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hannamaruku.blogspot.com/2019/07/pengalaman-menginap-di-malibest-resort.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Prestige 3 P3 Residence Balik Pulau Pulau Pinang

Pengalaman Menginap Di Prestige 3 P3 Residence Balik Pulau Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 613 hits
Nota Review ini tidak ditaja oleh mana mana pihak dan ianya ikhlas dari hati Pemulis berniat untuk berkongsi pengalaman yang telah dilalui supaya ia dapat dikongsi bersama pembaca Segala kos yang terlibat dalam penulisan adalah ditanggung o...
Tangani Dadah Di Langkawi Pasukan Khas Telah Ditubuhkan Pdrmsia

Tangani Dadah Di Langkawi Pasukan Khas Telah Ditubuhkan Pdrmsia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 217 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Cops Have Task Force Probing Langkawi Drug Haven Claims Pdrmsia

Cops Have Task Force Probing Langkawi Drug Haven Claims Pdrmsia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 260 hits
The police have formed a special task force to investigate claims that Langkawi has now turned into a haven for drug smuggling and consumption Deputy Inspector General of Police Datuk Mazlan Mansor told reporters on Wednesday that the polic...
Audiobuzz Langkawi Lubuk Penyeludupan Dadah

Audiobuzz Langkawi Lubuk Penyeludupan Dadah

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 282 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya sudah pun mengarahkan petugas khas untuk membanteras penyeludupan dadah di Langkawi JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6b...
Pdrm Ada Pasukan Khas Siasat Dakwaan Langkawi Hab Dadah

Pdrm Ada Pasukan Khas Siasat Dakwaan Langkawi Hab Dadah

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 273 hits
Polis DiRaja Malaysia telah mempunyai pasukan petugas khas tersendiri bagi menyiasat dakwaan bahawa Pulau Langkawi dijadikan hab penyeludupan dan penagihan dadah Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor berkata pihaknya telah memantau dan ...
Seafood Dan Lobster Cenang Langkawi

Seafood Dan Lobster Cenang Langkawi

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 726 hits
SEAFOOD DAN LOBSTER CENANG LANGKAWI Allahu sebelum buat enti makan lobster bulan puasa di Mummy dok cari kat blog google balik kisah kami makan lobster di Cenang Langkawi tahun 2018 Cari punya cari tak ada Ada update dalam Facebook je rupan...
Trivia Bagi Filem Terbaru Mcu Spiderman Far From Home Best Ke Filem Ni

Trivia Bagi Filem Terbaru Mcu Spiderman Far From Home Best Ke Filem Ni

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 355 hits
Baru baru ini aku berkesempatan untuk menonton satu lagi filem keluaran Marvel Cinematic Universe iaitu Spiderman Far From Home Jika anda tonton ulasan di Youtube dan membaca ulasan di mana mana blog rata rata memberikan pandangan positif t...
Best Tengok Baby Insyaallah Januari 2020 Suami Abby Harapkan Dua Dua Sihat

Best Tengok Baby Insyaallah Januari 2020 Suami Abby Harapkan Dua Dua Sihat

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 398 hits
Insyaallah Januari 2020 Suami pelakon Abby Abadi Muhammad Faizal Zakaria berkongsi rasa syukur dengan perkembangan terbaru isterinya yang sedang hamil Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya Faizal menyatakan rasa syukur dan memak...
Tempat Menarik Melaka Apa Yang Best Di Encore Melaka

Tempat Menarik Melaka Apa Yang Best Di Encore Melaka

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 802 hits
Assalamualaikum Hi Semua Selesai segala urusan FYP final exam dan sebagainya terasa bagai mahu merehatkan minda sebentar Lari dari kesibukan aktiviti harian Dalam fikiran sis tercari cari jika ada mana mana tempat menarik yang tidak terlalu...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda