Pdrm Ada Pasukan Khas Siasat Dakwaan Langkawi Hab Dadah


Bernama      Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mempunyai pasukan petugas khas (task force) tersendiri bagi menyiasat dakwaan bahawa Pulau Langkawi dijadikan hab penyeludupan dan penagihan dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor berkata, pihaknya telah memantau dan membendung perkara berkenaan sebelum ini.

"Usaha itu memang telah dibuat dari hari ke hari. Bahkan kami dah mempunyai jawatankuasa bagi membendung aktiviti pengedaran dadah dan penagihan dadah khususnya di Pulau Langkawi.

"Polis akan berikan statistik bagi menunjukkan semua usaha yang telah dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM (KPDRM) ke-84 di Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan media tempatan mendedahkan bahawa aktiviti penyeludupan dan penagihan dadah banyak berlaku di pulau peranginan terkenal itu.

Dalam perkembangan lain, Mazlan turut mengulas mengenai gesaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati pada 2009 di Plaza Masalam di Shah Alam semasa disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mazlan berkata tindakan mengklasifikasi semula siasatan berhubung kes kematian Teoh adalah keputusan Pejabat Peguam Negara.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana ditahan secara salah dan bukan bunuh seperti yang diarahkan peguam negara.

"Saya tak perlu komen lebih daripada keputusan pendakwa raya. Kami jalankan siasatan mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak pendakwa raya. Lebih elok soalan ini ditujukan kepada pihak pendakwa raya," katanya.

Pengerusi NGO, Teoh Beng Hock Trust For Democracy, Ng Geok Chee memaklumkan pengklasifikasian semula itu bercanggah dengan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 yang memutuskan bahawa seorang atau lebih individu termasuk pegawai SPRM menyebabkan kematian Beng Hock.

Ketika diminta mengulas mengenai kes Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah yang mengaitkan seorang menteri Kabinet, Mazlan berkata tiada tangkapan terkini dan pihaknya masih meneruskan lagi siasatan.

Sebelum ini, Haziq Abdullah, 27, yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin, ditahan pada 14 Jun lepas oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman bagi membantu siasatan polis.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Pengerusi KPDRM, Ayub Yaakob.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/pdrm-ada-pasukan-khas-siasat-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangani Dadah Di Langkawi Pasukan Khas Telah Ditubuhkan Pdrmsia

Tangani Dadah Di Langkawi Pasukan Khas Telah Ditubuhkan Pdrmsia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 216 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Pasukan Petugas Khas Siasat Kes Amri Dulu

Pasukan Petugas Khas Siasat Kes Amri Dulu

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 336 hits
Pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri akan menyiasat kes membabitkan Amri Che Mat terlebih dahulu sebelum diikuti kehilangan paderi Raymond Koh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu diambil bagi m...
Mana Wanita Bukan Islam Dalam Pasukan Petugas Khas Soal Isteri Aktivis Hilang

Mana Wanita Bukan Islam Dalam Pasukan Petugas Khas Soal Isteri Aktivis Hilang

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 257 hits
Mana wanita bukan Islam dalam pasukan petugas khas soal isteri aktivis hilang Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan p
Infografik Enam Ahli Pasukan Petugas Khas

Infografik Enam Ahli Pasukan Petugas Khas

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 212 hits
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan enam ahli Pasukan Petugas Khas Sila klik video untuk berita selanjutnya JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https w...
Isteri Raymond Koh Dakwa Komposisi Pasukan Petugas Khas Tidak Adil

Isteri Raymond Koh Dakwa Komposisi Pasukan Petugas Khas Tidak Adil

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 257 hits
Isteri kepada Pastor Raymond Koh Susanna Liew hari ini mendakwa barisan ahli Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan tidak adil memandangkan tiada representasi dari Majlis Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau badan bukan kerajaan...
Pasukan Veterinar Siasat Bangkai Paus Dijumpai Di Persisiran Pantai Chumphon

Pasukan Veterinar Siasat Bangkai Paus Dijumpai Di Persisiran Pantai Chumphon

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 217 hits
Ikan paus Bryde seberat 10 tan ditemui mati di Chumphon Rata rata para veterinar akan membuat sati bedah siasat punca kematiannya di pantai wilayah tersebut Doktor haiwan dari Pusat Penyelidikan dan Pembangunan marin memeriksa mamalia terse...
Nama Pasukan Petugas Khas Akan Diumum Dalam Masa Seminggu Muhyiddin

Nama Pasukan Petugas Khas Akan Diumum Dalam Masa Seminggu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 360 hits
Nama anggota pasukan petugas khas untuk menyiasat laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia mengenai kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo akan diumumkan dalam masa seminggu JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLI...
Audiobuzz Langkawi Lubuk Penyeludupan Dadah

Audiobuzz Langkawi Lubuk Penyeludupan Dadah

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 280 hits
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata pihaknya sudah pun mengarahkan petugas khas untuk membanteras penyeludupan dadah di Langkawi JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6b...
Polis Selesai Siasat Dakwaan Kes Belasah Di Pejabat Anwar

Polis Selesai Siasat Dakwaan Kes Belasah Di Pejabat Anwar

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 320 hits
Diterbitkan Hari ini 6 48 petang Polis telah menyelesaikan siasatan kes dakwaan pukul yang berlaku di pejabat Presiden PKR Anwar Ibrahim di Petaling Jaya kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat Fadzil berkata polis aka...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel