Pengalaman Menginap Di Malibest Resort Langkawi Yang Ada Swimming Pool Best
Betapa gigihnya seorang Norhanarosmida. Tadi aku dah update pasal MaliBest ni sampai habis, tiba-tiba time upload gambar last semua yang aku type hilang APAKAH DOSAKU. Sekarang nak kena type balik satu-satu dengan kena recall balik semua yang aku tulis tadi, weh... Takpelah. Sanggup aku bukak PC dan type balik. Tobat taknak update blog through apps phone dah
__
Siap sedia? Mari kita mulakan
Okay, harini aku nak review pasal Mali Best Resort Langkawi terletak di Pantai Cenang, Langkawi. Aku memang sedaya cari resort / hotel area Cenang yang ada swimming pool sebab tau Aqilah jenis tak puas mandi laut kang dia berzikir cari swimming pool, jenuh aku nak cari. Ni dia Mali Best Resort :
Ni MaliBest view dari depan. Kau abaikan bangunan depan yang nampak macam tak siap tu. Actually okay je, cuma entah kenapa dari jauh nampak macam ngeri. Bilik yang aku stay bukan kat bangunan tu tapi kat rumah sebijik-sebijik memang atas tanah. Hah kang jap lagi aku tunjuk
Sumber Gambar : Agoda
Mula-mula memang aku dah tengok Mali Best ni tapi aku tiada keyakinan sebab tengok review semua macam tak best. Actually tak lah menaruh harapan yang tinggi pun, aku tak kesah sangat janji bilik dan air kat bilik air bersih. Mula-muka aku nak book Best Star Resort Cenang tapi sebab aku kelembab, tak sempat booking tengok bilik dah habis. Dua resort ni je aku perasan ada swimming pool kat Cenang so malas nak fikir banyak aku terus book MaliBest.
Masa korang nak book kat Agoda, pastikan book Family Room ye. FAMILY ROOM. Baru korang akan dapat bilik sebijik-sebiijk depan laut. Harga sangat reasonable weh. RM 180 / night without breakfast
Katil ada 2 queen kemaen besau besau nak pergi mana taktau. Tepi katil ada sofa tau, actually boleh muat dalam 6-8 orang gak, provided kau bawak lah toto / tilam kecil atau jika nak bawak 20 orang sila bawa khemah tidur di luar
Bilik dia besar, dan sejuk. Tak pasang aircond pun takpe cukup kipas. Dah nyaman satu bilik!
Pasal breakfast pulak kau jangan risau, sebab kat Cenang banyak je kedai makan tapi kena jalan sikit lah. Cuma kalau kau nak fefeeling breakfast tepi laut, nanti receptionist akan bagi kau voucher untuk kau breakfast kat Best Star Hotel, harga RM 15 je per pax. Kau kena jalan sikit dalam 5 minit untuk sampai sini
Sini hah. Tapi aku tak pergi pun. Tak sempat gila, hari pertama dah rushing nak pergi island hoping, hari kedua dah berkicap kepenatan sebab naik turun tangga kat Pulau Dayang Bunting dengan Mat Cincang WEH PASTU PANDAI GILA MASA SAKIT KAKI,MALAM TU PERGI URUT KAT KEDAI DEPAN HOTEL, ESOKNYA TERUS JALAN MACAM BERUANG
Fuish, ini fefeeling macam kat depan Pantai masa aku pergi Jeju 2 tahun lepas rindunya!
Hah anyway kalau korang sedang tercari-cari Pakej Ke Korea Untuk Tahun 2020, korang boleh pergi tengok kat SINI ya. Pakej, tentatif dan tempat-tempat yang diorang bawak pegi semua best gila dan lain dari yang lain tau! Yang penting 100% muslim travel agent #BuyMuslimFirst agitchu
Wah bergaya ya gambar di Mat Chincang. Masa ni kaki memang cramp gila lepas balik Dayang Bunting pastu kena naik turun tangga lagi kat MatCincang. Dah la nak tangkap gambar kat atas ni takleh nak buka mata, cahaya keimanan tembus ke hati tapi perangai macam tak cukup iman juga asyik merungut penat
Kau tengok ni, kan aku dah cakap? Tak boleh buka mata. Aqilah tu kenapa boleh buka mata selamba, cahaya matahari terus tembus ke hati ke
--Okay jap kita tengah cerita pasal MaliBest ni tapi kenapa aku cerita pasa MatCincang? Beginilah kalau bersembang sungguh macam makcik bawang kejap cerita ni kejap cerita tu kelang kabot semua nak cerita, jap tadi sampai mana eh
Okay jap lah bagi aku kasi habis cerita kat MatCincang. Ni kali pertama aku naik skybridge dan aku taktau kenapa ramai takot nak naik? Ada yang cakap kalau angin kuat jambatan ni bergoyang tapi masa aku datang ni takde angin lalu ada lah gambar ni ;
Tak padan dengan kaki sakit masih ada hati tangkap gambar lompat. Lepas tu tersadai sidai kepenatan demi sebuah gambar. Anyway naik skybridge kena tambah extra RM 15, pandai lah diorang buat duit. Nyaris aku bergaduh besar dengan laki aku-- dia kata taknak pergi skybridge sebab membazir. Lalu aku bidas dengan pick up line, apalah sangat skybridge Langkawi kalau you tak buka bridge you untuk sampai ke hati I
Perghh. Hambar gila pick up line
HAHHH OKAY OKAY BACK TO MALIBEST RESORT
Japppp last-last. Gambar Aqilah kat skybridge selamberrrrrr Aqilah pijak weiiii GAGAAGAGAGAG aku yang ngiluuuu
BACK TO BUSINESSSSSSSS BACK TO BUSINESSSS
LA NI GAMBAR APA PULAK NI YA ALLAH POTONG STIM LA KAU NORHANAROSMIDA NEXTTTT
Kau tengok tu dah la sesuka hati tukar topik pastu perangai pemalas nak crop screenshot dah kenapa? Tapi suka hati aku lah kan, sebab aku yang buat review. Ha ni la dia yang paling best kat MaliBest sebab slides swimming pool dia. Ada satu yang besar satu kecik. Dia punya best sampai Abi Aqilah pun naik sheikh membuat aksi-aksi luar dugaan dan sering mengatakan tak sabar balik ke hotel sebab nak mandi swimming pool apakah
Ni bukti sikap anak beranak :
View this post on Instagram
Swimming pool kat MaliBest Resort Langkawi. Best sebab ada 2 slides. Satu besar, satu kecik. Puas hati anak beranak dua orang tu main. Sama naik sheikh Abi nye pun. Aku tengah update blog full review pasal resort ni tau. Tunggu sikit jam.A post shared by Norhana Rosmida (@hannamaruku) on Jul 5, 2019 at 5:02am PDT
Honestly semua best, tapi aku cuma tak suka bau swimming pool ni kuat sangat klorinnya.
Ni view bilik dari luar. Pastu aku tak paham kenapa aku tangkap gambar angle cam tahi. Siap ada bebenang merah dengan kayu bersepai-sepai kat bawah apa yang aku cuba tunjukkan ni T____T
Tapi ni lah dia basically pemandangan dia dari luar bilik. Jalan sikit ke depan dah laut. Bilik semua bawah tanah (BAWAH TANAH APA GILE ATAS TANAH ATAS TANAH), eh memang selesa lah! Kau tengok luar bilik pun ada pasir boleh lah kau menanam kaki di luar bilik tanpa pergi ke tepi laut wow tak cukup kelakar tu hana. Cuba lagi/.
Gambar pintu bilik pun nak ambik ke
Okay ni barisan bilik depan laut tau. Bilik ni seaview dan tak dijual online. Harga dalam RM 220 satu malam dan kalau korang nak, kena call terus resort. Tapi kalau tanya aku tak payah la ambik yang seaview, sebab Pantai Cenang tak lawa sangat and ramai gila orang so macam tak function, kau bukan tengok pantai tapi banyak tengok orang je. HAHA
Oh lupa nak bagitau, resort ni dekat je dengan semua kedai-kedai kat Cenang. Dengan dengan 7-11 gak. Semua boleh jalan kaki je.
Aqilah siap pergi lukis inai kat tangan nak kahwin dengan siapa taktau. Muka eksyen pulak tu
Overall, bagi aku MaliBest Resort ni sangat berbaloi dengan apa yang dibayar. Kalau rating, aku kasi 4.5/5. Entah kenapa aku kasi 4.5 padahal boleh je aku kasi 5 bintang? Ah suka hati aku lah.
Akhir kata,
Kita semua kena percaya kita boleh terbang seperti helang. Meski tidak bersayap namun berkaki, aku pun tak paham ni pantun ke apa.
Kalau ada hotel / resort lain kat Cenang yang kids friendly korang share lah kat bawah comment. Lepas nak menutup penulisan ni, aku rasa berbangga sangat sebab dapat sumbangkan satu post review pasal stay kat Langkawi sebab before aku pergi, jenuh jugak aku mencari review, tak banyak.
Okay, sama-sama.
Kih!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hannamaruku.com/2019/07/pengalaman-menginap-di-malibest-resort.html