Makan Gulai Seafood Panas Di Restoran Halim Gulai Panas Airport Pulau Langkawi



"Halim Gulai Panas Airport Langkawi"

Apabila bercuti semestinya bukan hanya tempat menarik yang akan dicari sebagai persedian dan rancangan ketika bercuti.


Gulai Panas Halim GP Airport LangkawiMana mahu makan juga menjadi kriteria dalam senarai untuk bercuti, sebelum membuat itinerary percutian ke satu satu tempat.


Pulau Langkawi yang terletak di Kedah, di utara Semenanjung malaysia cukup popular untuk dilawati pelancong tidak kira dari domestik atau pelancong luar negara.

Tempat Makan Sedap Di Langkawi

Selain carian di enjin carian internet untuk tempat menarik, tempat makan terbaik atau tempat makan tersohor semestinya perlu dibuat carian juga.

Sebelum ini penulis pernah berkongsi tempat makan terkenal di Pulau Langkawi sebagai contoh kedai makan yang boleh dicuba untuk sarapan.

Restoran Halim GP Langkawi Airport

Kali ini penulis ingin berkongsi pula satu kedai makan yang tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.


Halim GP Gulai Panas Kedai MakanIaitu Halim GP Airport Langkawi.

Restoran Halim GP ini merupakan salah satu kedai makan yang boleh dicuba mereka yang datang bercuti di Pulau Langkawi.

Apa Itu Halim 'GP' ?

Perkataan 'GP' pada nama restoran ini adalah menu utama yang disediakan di kedai makan ini iaitu 'Gulai Panas'.

Restoran Halim Gulai Panas Langkawi cukup sesuai bagi yang mencari kedai makan yang menyediakan makanan yang agak berat, nasi hidang dengan berlaukkan masakan gulai.

Gulai Panas Dari Halim GP Airport LangkawiPastinya untuk mendapatkan makanan bernasi ini mampu memberikan tenaga yang lebih ketika bercuti.

Lauk Pauk yang Disediakan Di Kedai Makan Ini

Apa yang menariknya dengan gulai-gulai yang ada disini, pengunjung boleh memilih lauk pauk untuk dijadikan gulai.

Antara lauk pauk yang boleh dipilih adalah ;


Seafood Mentah Di Halim Gulai Panas1. Ikan Kerapu
2. Ikan Siakap (putih)
3. Ikan Tenggiri
4. Ikan Jenahak
5. Ikan Gerut
6. Ikan Repoh
7. Udang
8. Sotong (termasuk telur sotong)
9. Ayam


Sotong Di Gulai Panas Halimdan beberapa lauk lain.


Kepala Ikan Kerapu Halim Gulai Panas
Masakan Selain Dari Kaedah Gulai

Selain daripada gulai pengunjung boleh mencadangkan segala lauk pauk ini untuk masakan lain seperti goreng-goreng, masak pedas atau merah, sup dan lain lain cara masakan.

Sotong Celup Tepung Goreng Di Halim GP Ikut sahaja citarasa anda tapi untuk mengikut tema 'GP' di sini penulis mencuba ikan jenahak gulai.

Sayur Dalam Gulai

Usah risau akan sayuran yang akan ditambah ke dalam gulai anda. Sudah tersedia bendi, lada dan tomato di atas pinggan, tugas anda pilih sahaja pinggan sayur yang sesuai dengan anda.

Pilihan Ulam Ulaman

Bagi penggemar ulam-ulaman, kedai makan ini menyediakan satu meja dengan terisi pinggan dan piring yang diletakkan dengan pelbagai jenis ulaman yang betul-betul segar.


Ulam Timun Pucuk SalamUlam dari yang anda kenal sehinggalah nenek atau datuk anda sahaja yang kenal, pasti pening kepala untuk dipilih.

Cara Membuat Pilihan Menu Masakan

Mari penulis terangkan sedikit Standard Operation Procedure (SOP) jika ingin membuat pesanan di restoran ini,


Seafood Dan Sayuran Untuk Di Masak1. Dapatkan Lauk Pilihan (makanan laut atau ayam dan lauk lain)
2. Dapatkan pinggan terisi sayuran
3. Layan diri dapatkan ulam-ulaman
4. Terus temui staf untuk cadangan masakan.
5, Pesan minuman di meja
6. Tunggu sahaja hidangan anda sampai

Cukup sistematik bagi penulis, kelonggaran diberikan kepada pengunjung untuk bagaiman menu yang diinginkan pelanggan.

Ulasan Penulis

Makanan Gulai

Ikan Jenahak Gulai

Isi ikannya cukup lembut, warna isi yang masih putih dan segar.
Walaupun anda bukan seorang peminat ikan-ikan sebegini boleh lihat kesegaran ikan tersebut.

Ikan Jenahak Gulai Dengan Bendi dan TomatoApabila dimasak tiada sebarang bau hanyir disedari deria bau. Semestinya rasa ikan segar adalah manis dengan tekstur yang lembut.

Markah 3.5/5.0

Gulai Bersama Sayuran

Gulai Ikan Dengan Sayur Bendi dan TomatoPada pandangan pertama, warna gulainya jingga kemerahan, diketahui bahawa kehadiran kari dengan tumis yang pecah minyak.

Dihidang panas-panas sungguh menyelerakan. Apalagi dengan rasa kari yang betul-betul rasa gulai.

Cukup rempahnya, santan dan perencah kari yang digunakan.

Sayur yang ada masih segar dan muda-muda. Jika yang tidak elok boleh rasa ketidaksegarannya.

Markah 4.0/5.0

Layanan Staf

Setakat kehadiran penulis di kedai ini. Staf mereka memberikan layanan yang cukup baik. Dari memesan dan pertanyaan bagaimana hidangan yang akan dimasak cukup mudah difahami dan senang komunikasi.

Walaupun agak ramai pelanggan, hidangan boleh sampai dalam 10-15minit.

Markah 4.0/5.0

Suasana Restoran

Agak suram sebenarnya, lebih kepada lampu jalan warnanya. Kadang-kadang risau juga terdapat serangga atau binatang kecil lain yang boleh menjadi 'lauk tambahan'.

Mungkin boleh dinaiktaraf supaya lebih cerah keadaan.

Markah 2.5/5.0

Secara keseluruhan penulis berikan 4.5/5.0

Untuk lebih terbaik jom lihat video review Restoran Halim Gulai Panas Langkawi




Informasi Pengunjung

Alamat Restoran

Lokasi Restoran Halim Gulai Panas Langkawi tidak begitu jauh dari bulatan yang ada di lapangan terbang Langkawi.

Jika dari airport, ambil laluan keluar (exit) pertama. Agak mencabar sedikit jika berpandukan aplikasi carian tempat.

Boleh lihat peta google di bawah:

Restoran Halim GP Gulai Panas
No 4, 
Jalan Lapangan Terbang, 
Kampung Bukit Nau,
7100 Langkawi, Kedah



Waktu Operasi Restoran

Dibuka setiap hari kecuali hari rabu 
waltu dibuka pada jam 6.30 petang dan ditutup pada jam 12 malam

Harga Makanan

Harga hidangan bergantung kepada timbang berat lauk yang dipilih,


Harga Ikan dan Seafood Ikut Timbang Gramcontoh:

Ikan Kerapu (per 100 gram) : RM 8.00
Ikan Jenahak (per 100 gram) : RM 8.00
Ikan Gerut (per 100 gram) : RM 7.50
Ikan Senangin (per 100 gram) : RM 7.50
Ikan Siakap (per 100 gram) : RM 7.00


Harga Seafood Di Halim GP Langkawi Udang (per 100 gram) : RM 6.00
Sotong (per 100 gram) : RM 6.00

Makan Nasi Panas dan Gulai Panas Di Halim GP
Anda fikir anda tahu Makan Gulai Seafood Panas Di Restoran Halim Gulai Panas Airport Pulau Langkawi ?

Anda fikir sekali lagi...

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2020/05/makan-gulai-seafood-panas-di-restoran-halim-gulai-panas-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulau Pinang Kaji Cadangan Benar Operasi Restoran Nasi Kandar Waktu Sahur

Pulau Pinang Kaji Cadangan Benar Operasi Restoran Nasi Kandar Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 711 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang akan mengkaji cadangan beberapa pengusaha nasi kandar di bahagian pulau untuk menjalankan operasi penghantaran makanan pada waktu sahur dalam tempoh perintah kawalan p0ergerakan berkuat kuasa Datuk Bandar MBPP ...
Makan Menu Halal Di Restoran View Yor Phatthalung Thailand

Makan Menu Halal Di Restoran View Yor Phatthalung Thailand

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 514 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pencinta makanan sekalian Bagaimana dengan hari anda Aku past isepanjang PKP ni mesti banyak menu menu menarik yang anda sediakan untuk seisi keluarga Baiklah kali ini aku bukan ...
Resipi Wantan Mee Kicap Viral Makan Pula Dengan Sup Dumpling Panas Panas Memang Terangkat Sedap

Resipi Wantan Mee Kicap Viral Makan Pula Dengan Sup Dumpling Panas Panas Memang Terangkat Sedap

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 602 hits
Kalau dah bosan asyik menu nasi dan lauk pauk apakata anda cuba pula makanan ala ala chinese ini wantan mee kicap tak lengkap rasanya tanpa sup dumpling Dalam resipi ini disertakan juga resipi sup dumpling Selamat mencuba Wantan Mee Kicap B...
Pulau Langkawi Bakal Bertukar Menjadi Pulau Rohingya

Pulau Langkawi Bakal Bertukar Menjadi Pulau Rohingya

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1485 hits
Sebuah Pulau bagai Permata di negeri Kedah Sebuah pulau yang menjadi kebanggaan negara Sebuah pulau yang menjadi pulau pelancongan negara Sebuah pulau lagenda Akhirnya makin bertambah dengan pendatang yang lari kononnya nak suaka politik Ka...
Restoran Yang Sangat Popular Gyumon Di Shibuya Memulakan Makan Tengahari Halal Gyudon Dengan Hanya 1 000 Yen

Restoran Yang Sangat Popular Gyumon Di Shibuya Memulakan Makan Tengahari Halal Gyudon Dengan Hanya 1 000 Yen

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 372 hits
Terdapat restoran halal yang dikenali sebagai Gyumon dalam masa 3 minit dari stesen Shibuya Saya dengar bahawa mereka memulakan makan tengahari halal dan pergi ke temuramah Kali ini saya mempunyai dua orang tetamu istimewa Kami melalui Nore...
9 Orang Dijangkiti Covid19 Selepas Makan Di Sebuah Restoran Di Guangzhou China

9 Orang Dijangkiti Covid19 Selepas Makan Di Sebuah Restoran Di Guangzhou China

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 484 hits
Hari ini 4 Mei 2020 bermula fasa PKP Bersyarat susulan kejayaan Malaysia melandaikan lengkuk jangkitan COVID19 Antara kelonggaran yang diberikan kerajaan adalah pembukaan semula semua sektor ekonomi di mana rakyat dibenarkan makan di restor...
Tak Habis Makan Jadikan Inti Untuk Sardine Roll Makan Panas Panas Asyik

Tak Habis Makan Jadikan Inti Untuk Sardine Roll Makan Panas Panas Asyik

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 295 hits
Bulan puasa ni salah satu lauk yang jadi kegemaran untuk bersahur adalah sambal sardin Kadang kadang bila makan masih ada yang tinggal Dari membazir atau dipanaskan semula boleh juga dipelbagaikan resipi yang menggunakan sardin Salah satu h...
10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi

10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1106 hits
10 Aktiviti Unik Di Pulau Tuba Langkawi Siapa tahu mengenai Pulau Tuba Pernah dengar Pernah pergi Atau korang langsung tak pernah tahu kewujudan pulau ini Cik en pun awalnya seperti korang juga Apabila diberitahu akan ke Pulau Tuba cik en t...
Majikan Yang Suruh Prt Makan Cabai Dan Minum Air Panas Ditangkap

Majikan Yang Suruh Prt Makan Cabai Dan Minum Air Panas Ditangkap

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 280 hits
Polisi meringkus pelaku penganiayaan terhadap seorang pembantu rumah tangga Ika Masriati
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization