Apa Yang Best Dan Kelebihan Menaiki Tuk Tuk
Tuk Tuk kita biasa lihat di negara-negara Asia Tenggara seperti Thailand, Combodia, Filipina dan banyak lagi. Ia merupakan pengangkutan awam yang terawal sebelum kereta yang biasa kita lihat di atas jalan di negara-negera tersebut. Di macam, kalau di Melaka, kenderaan terawal adalah beca.
Kalau sampai Thailand khususnya, pasti anda akan lihat banyak tuk-tuk bertayar 3 di bandar-bandar seperti Bangkok, Chiang Mai, Phuket dan sebagainya. Jika di Filipina, anda boleh jumpa tuk tuk di Phnom Penh, Siem Reap, Sihanoukville dan banyak lagi tempat.
Tuk Tuk juga popular di negara Asia lain seperti Bangladesh, Thailand, Filipina, Nepal, Laos, Indonesia, Sri Lanka, Pakista dan China. Namum setiap satunya mempunyai nama dan reka bentuk yang berbeza (ada guna tayar 3 ada guna taya 4) mengikut negara. alert-info
Di tempat-tempat ini sebenarnya terdapat juga kereta sewa seperti Grab, Teksi dan tetapi Tuk Tuk masih banyak disediakan perkhidmatannya. Masih lagi ramai yang memilih kenderaan ini berbanding kenderaan awam lain. Apa sebab agaknya ramai lagi memilik Tuk Tuk? Jom tengok apa yang best dan kelebihan menaiki Tuk Tuk ni yaa
Kelebihan Menaiki Tuk Tuk
1. Tuk Tuk cepat dan mudah serta boleh menembusi banyak laluan suka yang tidak boleh diakses oleh kenderaan awam seperti bas mahupun teksi. Nak buat pusungan-U pun lebih mudah kerana ianya kecil seakan motor, jadi boleh buat u-turn di mana-mana sahaja kalau keadaan selamat dan mengizinkan.
2. Praktikal untuk mereka yang mengembara secara berkumpulan kerana Tuk Tuk mampu memuatkan sekuran-kurangnya 5 orang penumpan di dalam satu masa. Jadi anda boleh jimat jika dapat berkongsi bayaran dalam sebuah Tuk Tuk
3. Pemandu Tuk Tuk sedia membawa anda ke mana sahaja destinasi pelancongan yang ada disekitar kawasan yang anda tinggal. Seperti contoh, kalau di Phuket, pastinya mereka tahu dimana pantai yang cantik sesuai untuk pergi, tempat shopping, tempat makan dan sebagainya.
4. Harga Tuk Tuk murah. Pemandu biasanya mengenakan caj sekitar USD20 (~RM86) untuk sewaan selama 8 jam bermula dari pagi hingga petang. Tuk Tuk boleh nego tidak seperti pengangkutang awam lain seperti teksi, bas ataupun Grab
5. Pemandu Tuk Tuk biasanya akan menunggu dan melayan anda dengan baik selagi berada di dalam tempoh sewaan. Mereka akan cuba sebaik mungkin untuk menghantar anda ke tempat yang lebih dekat jika masih ada ruang yang cukup untuk dimasuki
6. Menaiki Tuk Tuk memudahkan penumpang melihat pemandangan dan merakamkan momen-momen menarik di sepanjang jalan yang dilalui. Kebanyakkan Tuk Tuk tradisi di Thailand hanya mempunyai pintu kecil dan tiada tingkap atau mungkin tiada pintu terus. Jadi anda boleh nikmat pemandangan terus daripada dalam Tuk Tuk tersebut
7. Pemandu Tuk Tuk biasanya akan mencadangkan tempat-tempat menarik yang harus dikunjungi jika anda tidak mempunyai hala tuju untuk pergi ke destinasi mana seterusnya. Mereka penduduk tempatan, pastinya mereka lebih tahu selok belok tempat menarik di negara mereka.
8. Kebanyakkan pemandu Tuk Tuk boleh berbahasa Inggeris sikit-sikit dan ada yang baik. Mungkin kerana mereka sudah biasa berkomunikasi bersama pelancong selama bekerja sebagai pemandu Tuk Tuk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mohtravel.com/2020/05/apa-yang-best-dan-kelebihan-menaiki-tuk-tuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mohtravel%2FPaib+%28mohtravel+%E2%9C%88%29