Pengalaman Menginap Di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland


Pengalaman menginap di Hayfa Homestay Taman Golden Hills Cameron Highland | Sis tak mula lagi  nak cerita pasal trip ke Cameron Highlands bulan 1 lepas tak tercerita lagi. Terus masuk pasal homestay boleh tak. Hujung minggu ini dah mula cuti sekolah kan. Ada rancangan nak bercuti mana-mana tak ? Pilihan orang ramai kalau nak bercuti ke mana-mana, mereka akan pilih homestay yang masuk senarai pertama kan ?.


Bukan apa, senang lebih lagi apabila bercuti ramai- ramai bawa keluarga.

Lagipun, menginap di  homestay ini lagi jimat kalau nak berbanding dengan hotel kan. Cuti sekolah dah nak dekat, ramai yang ambil peluang nak pergi bercuti.

Trip ke Cameron Highland bulan 1 lepas dah dirancang sejak tahun 2017 lagi hii. Lama sangat merancang kan, Alhamdulillah, rancangan berjalan dengan lancar. Tempat homestay semua adik ipar yang uruskan.

Wani pun nak berkongsi dengan kalian semua kat blog, mana tahu ada yang tengah mencari homestay yang sesuai. Trip kali ini adik ipar bawa mak dan ayah dia, dan Wani satu famili bonda abah  dan adik - beradik yang lain. Berjalan ramai- ramai kan seronok.


Hayfa Homestay terletak di Taman Golden Hills , Tanah Rata, kawasan perumahan yang dikelilingi hutan la juga, sebab di sebelah kanan tempat homestay ada ladang strawberry. dan bukit - bukau kat belakang.  Suka pulak tengok tempat ni. Sekitar kawasan perumahan teres 2 tingkat di sini ramai yang dah ada penghuni, manakala ada juga yang dijadikan untuk homestay.

Jiran sebelah tempat kami menginap adalah uncle yang berbangsa india, sebab dia lah yang tolong pegang kunci, baik sungguh pakcik ni, ladang strawberry kat belakang tu yang dia punya, nampak tak dalam gambar hujung sana, macam ada khemah putih. Pakcik ada ajak kalau nak pergi ladang strawberry dia, boleh lah. Tapi kami tak pergi hihi.

Banyak lagi nak bercerita pasal Hayfa Homestay ni. =D.


Apa Yang Istimewa Tentang Hayfa Homestay ? 

Hayfa homestay mempunyai 4 bilik. Satu di bawah berhampiran dengan ruang dapur dan 3 bilik di tingkat atas. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan hot shower. Bilik yang berhampiran dengan ruang dapur dah ada satu hot shower, Di tingkat atas ada 2 hot shower sebab ada 2 bilik berkongsi satu hot shower. Sejuk aih.. malam suhu jatuh menjunam sampai 14 C. Kalau tak ada hot shower alamatnya memang tak mandi lah. Kemudahan ke semua lengkap tak ada yang kurang.

Maaf, gambar-gambar macam keadaan berselerak sikit. Ruang yang luas dan selesa memang sesuai untuk bawa keluarga yang besar.


Ruang dapur sangat selesa, siap ke semua kemudahan ada peti sejuk, ada dapur gas, periuk nasi, meja makan. Pinggan mangkuk pun dah sedia ada. Jadi, kalau kalian nak masak pun tak ada aral melintang. Cuma bawa bahan masakan sendiri ya.


Terlupa nak cakap pasal parking, nak parking kereta muat untuk 2 buah kereta, kiranya private parking, jangan risau. Gambar dalam bilik tak ambil pulak sebab tak kemas hihi. Tapi jangan risau sebab katil memang queen sized beds untuk ke semua bilik. Kipas memang tak ada langsung ya, suhu malam pun sampai cecah 14 C sejuk sangat, berjalan atas lantai pun sampai terjengket. 



Homestay Yang Selesa Untuk Percutian Keluarga 

Kesimpulannya, bagi pandangan Wani, Hayfa Homestay sangat selesa, luas dan cukup dengan kemudahan yang ada, bersesuaian dengan budget percutian, Sekiranya kalian ingin bercuti ke Cameron Highlands, boleh lah booking awal - awal. Pasar malam kat sini dekat, jalan kaki jerr keluar, tapi Wani tak pergi, sampai kat sini terus terjelepek. Tak serasi dengan cuaca sejuk, siap pakej pening kepala lagi, jawabnya terguling atas katil siap berbungkus macam ninja. Sayang tak dapat pergi, sedih pun ada.

Yang lain semua keluar berjalan kaki, dalam pukul 6 petang lebih mereka keluar. Oh ya untuk kadar harga berapa semalaman, kalian boleh pergi tengok di facebook page Hayfa Homestay, ataupun boleh direct whatssap pada nombor telefon seperti di bawah. Wani ucapkan terima kasih banyak- banyak buat adik ipar dan keluarga sebelah adik ipar dan juga adik, kalau tak rancangan mereka berdua, memang tak pergi berjalan makan angin dah.

Kalau nak tahu lebih lanjut, kalian boleh lihat facebook page Hayfa Homestay, gambar - gambar lagi cantik kat sana.

HAYFA HOMESTAY FACEBOOK PAGE 
https://www.facebook.com/hayfahomestaycameronhighlands/
ALAMAT 
No 26, Jalan Golden Hills 4,Taman Golden HillsTanah Rata39000
NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI 
0169800407





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2018/03/hayfa-homestay-taman-golden-hills.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 733 hits
12 Homestay Terbaik Di Cameron Highland Menjadi Pilihan Pengunjung Holaaaa Hehe lama gile rasanya tak meluah rasa kat sini Rindu weh Kali ni nak membebel pasal homestay Hah dah kenape pulak Hehe aku plan nak bercuti kat Cameron Highland so ...
Pengalaman Main Permainan Virtual Reality Di The Void Genting Highland

Pengalaman Main Permainan Virtual Reality Di The Void Genting Highland

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 828 hits
Pada minggu lepas saya dan rakan rakan telah berpeluang menjadi superhero bersama team AVANGERS menyelamatkan bumi di The VOID yang terletak di Resort World Genting Hehe Tapi ianya bukanlah benar tapi sekadar permainan virtual reality Walau...
Alasan Lebai Kenapa Hukum Mengundi Non Muslim Di Cameron Highland Tidak Sama Seperti Di Tg Piai

Alasan Lebai Kenapa Hukum Mengundi Non Muslim Di Cameron Highland Tidak Sama Seperti Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 348 hits
Calon PH seorang bekas pendidik dan bekas Imam Kata si penjual agama ini ialah di Cameron Highland dulu hukumnya wajib undi calon Islam dari Umno kerana calon PH dari Dap itu bukan Islam Tetapi di Tg Piai pula hukumnya berubah Wajib undi ca...
Cara Nak Atur Perjalanan Elak Jammed Naik Cameron Highland Yang Anda Perlu Tahu

Cara Nak Atur Perjalanan Elak Jammed Naik Cameron Highland Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 606 hits
Kalau nak rasa seakan akan melancong di lokasi indah dan sejuk bagai di luar negara Cameron Highland salah satu tempatnya Sejuk tenang dan damai Cameron Highland memiliki tempat tempat menarik yang cantik untuk dijadikan destinasi pelancong...
Pengalaman Menginap Di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh Melaka

Pengalaman Menginap Di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh Melaka

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 694 hits
Saya nak share tentang satu hotel yang saya dan keluarga baru pergi baru baru ni Hotel Mudzaffar terletak di Ayer Keroh Lokasinya memang strategik Tak jauh dari MITC shopping mall Mydin dan memang berada di tengah tengah kawasan bandar Jadi...
Pengalaman Di Homestay Sungai Buloh

Pengalaman Di Homestay Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 224 hits
Jho Low s get out of jail card worked Everyone in Malaysia woke up on Thursday morning to the news that the country s number one fugitive had struck a deal with the United States Department of Justice over assets that we acquired allegedly ...
25 Hotel Di Cameron Highland Untuk Percutian Bajet Hanya Di Bagasi My

25 Hotel Di Cameron Highland Untuk Percutian Bajet Hanya Di Bagasi My

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 516 hits
25 Hotel Di Cameron Highland Untuk Percutian Bajet Hanya Di Bagasi my Salam semua sebut sahaja Cameron Highlands sudah terbayang suhu yang dingin dan pemandangan yang cantik tak lupa juga banyak lokasi yang menarik untuk diterokai Pendek ka...
Pengalaman Bercuti Di Swiss Garden Hotel Residence Genting Highland Best Tak

Pengalaman Bercuti Di Swiss Garden Hotel Residence Genting Highland Best Tak

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 1459 hits
AssalamualaikumHey korang sihat ke Kekok pulak rasa bila mood berblog hilang tiba tiba tapi im not give up yet kadang kadang bila kita rasa kita mula down dan berputus asa cara terbaik adalah buat sesuatu dan lari dari apa yang selalu kita ...
12 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Anda Lawati Sempena Cuti Sekolah Ini

12 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Wajib Anda Lawati Sempena Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 718 hits
Cuti sekolah ni seronok juga kalau ke Cameron Highlands Cuaca sejuk je macam pergi oversea Apa lagi tempat best kat sana yang aku belum pergi ya Tanah Tinggi Cameron adalah antara destinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk melua...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin