Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 Di The School Jaya One Petaling Jaya
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School Jaya One Petaling Jaya | Sabtu baru-baru ni saja ajak Yop ke International Babywearing Week 2019 bertempat di The School Jaya One Petaling Jaya. Jangan salah faham ye, tak semestinya kinah pergi program babywearing macam ni, kinah ada baby baru huhu.
Kalau korang nak tahu, Thahirah masa kecik dulu memang kinah pakai carrier jenama Bobita bila pergi mana-mana, pergi pasar, pergi super market, pergi pasar malam pun kinah pakai. Pada masa tu duduk rumah tinggi, dengan takde lif pulak tu, ingat larat ke nak dukung budak naik ke tingkat 3. Mengah oiii.
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling JayaPengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling JayaPada masa tu, penggunaan babywearing seperti ni masih belum ramai ibu bapa diluar sana yang belum sedar betapa bagusnya penggunaan babywearing seperti ni. Masa mula-mula kami guna dulu pun ada la kinah dengar orang cakap belakang, yang kami ni macam orang seberang duk gendong anak dalam carrier tu. Tapi kami abaikan je makcik-makcik bawang yang mengutuk tu
Agaknya diorang tak tahu kot, penggunaan babywearing ni dah banyak negara yang dah guna. Fikir positif je la kita ni. Negara kita tahun kebelakangan ni la kinah nampak ibu bapa di luar sana dah mula ada kesedaran ber "babywearing" ni. Korang yang ada anak kecik tu, bolehlah intai-intai group babywearing ni, banyak kebaikkannya dan informasi yang korang peroleh di sana
Aktiviti yang Dijalankan Di IBW 2019Berbalik semula pada cerita International Babywearing 2019 pada sabtu lepas, kinah sampai ke The Scholl One Jaya pun dah pukul 12.30pm. Padahal awal kami gerak dari rumah, biasalah jalan jammed haha. Kalau ikut tentatif, masa kinah sampai tu sepatutnya tengah berlangsungnya demonstrasi buat sabun sendiri daripada Puan Zarah Al'Khadri dari Lembah Barakah Organic Orchard.
Tapi bila sampai je ke sana slot tersebut dah tamat. Alahai takde rezeki kinah nak tengok demontrasi tersebut.
Gambar ni kinah pinjam dari aimanziyad.blogspot.comKalau nak tahu apa aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang IBW 2019 berlangsung, korang boleh tengok tentatif di bawah ni
Memang padat dengan aktiviti dari pagi hinggalah ke petang. Tapi sayangnya, Kinah hanya berada di sana sampai pukul 3.00 pm saja sebab malam tu Yop nak keje. Walaupun kami singgah sebentar saja, tapi kami tetap datang untuk memberi sokongan untuk IBW 2019 ni.
Cabutan BertuahSelepas tamat demonstrasi tu, pengacara majlis umum akan buat cabutan bertuah. Memang masa ni, ibu-ibu memang dah standby dengan nombor masing-masing. Mana la tahu kot kot ada rezeki menang cabutan bertuah. Siapa yang tak nak, hadiah lucky draw semuanya best kot. Seperti biasa nombor kinah tak kena pun cabutan bertuah, bukan rezeki kami. Selesai sesi cabutan bertuah, program tersebut berehat seketika dan akan bermula pada pukul 2.00 petang nanti
Belajar dan Mencuba CarrierDisebabkan ada pelbagai jenama dan jenis carrier yang ada di pasaran sekarang, adalah sangat penting untuk ibu-ibu mempelajari cara-cara memakai carrier dengan betul mengikut jenis. Ibu-ibu yang masih zero dengan babywearing dan tak tahu bagaimana nak guna babywearing dengan betul, di sini ada guru yang dikhaskan untuk membantu korang
Art BoothSelain slot bual bicara, ada juga aktiviti lain yang sesuai untuk anak-anak. Antaranya aktiviti melukis dan mewarna. Thahirah sampai je ke sini dia, mengajak ke bahagian mewarna dan melukis. Ayahnya la yang temankan dia mewarna. Sekali sekala bonding dengan ayah pulak kan
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling JayaSelain aktiviti mewarna, ada juga aktiviti lain seperti buat slime, buat lipgloss sendiri eh macam-macam lagi.
Jualan Vendor di IBW 2019Sementara dua beranak sibuk dengan aktiviti mewarna, kinah pulak pusing-pusing dulu cuci mata di booth vendor-vendor yang terlibat di dalam International Babywearing Week 2019 ni. Ada yang jual makanan, minuman dan juga keperluan bayi hinggalah toddler. Mujurlah masih kuat iman lagi nak shopping barang kat sini
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya
Babywearing Dance Selepas habis pusing ke booth vendor terlibat sekejap betul masa berlalu. Program seterusnya bermula pada pukul 2.00 pm dengan aktiviti babywearing dance. Masa ni orang yang paling excited nak menari Thahirah la. Happy sangat dia dapat menari dengan kawan-kawan di atas pentas.
Tak dapat nak ambik gambar masa dia menari, sebab kinah pun menari sama. Apa-apa pun terima kasih kepada urusetia kerana memilih Thahirah sebagai pemenang kerana aktif dan ceria semasa menari. Hadiahnya pulak memang menarik iaitu tajaan dari baba baa
Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling JayaPada hari itu juga turut disampaikan hadiah kepada pemenang pencipta logo untuk IBW 2019 iaitu Encik Ahmad Shahir. Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling Jaya
theAsianparent Booth di IBW 2019Pengalaman Menghadiri International Babywearing Week 2019 di The School One Petaling JayaOh ye, theAsianparent pun ada buka booth di IBW 2019 ni. Dah nama program parenting, semestinya theAsianparent ambil bahagian dan menjadi rakan media sempena IBW 2019. Kinah ni pantang je nampak aktiviti spin & win di booth theAsianparent ni, mesti nak join spin juga mana tahu kot kot boleh menang points untuk theAsianparent apps. Tapi kinah spin dapat bear theAsianparent yang comel tu. Hehe ok lah kan
Kinah rasa enjoy sangat datang ke IBW 2019 ni walaupun kinah tak menang apa-apa lucky draw pun. Dapat pulak beg goodies yang awesome yang bernilai RM250 dah kira syukur sangat. Terima kasih kepada sponsor yang menaja beg goodies ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.apekinah.com/2019/11/corat-coret-sekitar-international-babywearing-2019.html