Pengalaman Menggunakan Minyak Herba Asmak Penawar Mujarab Dan Penawar Asma Untuk Seisi Keluarga
Pengalaman Menggunakan Minyak Herba Asmak | Penawar Mujarab Dan Penawar Asma Untuk Seisi Keluarga | Salam semua, kalau sebut pasal minyak herba, tak kisahlah minyak untuk urut ke, minyak untuk kesakitan ringan yang lain ke. Sudah semestinya minyak herba macam ini memang patut ada di setiap rumah. Kalau sakit- sakit ringan, dan lenguh - lenguh boleh ambil sapu untuk melegakan kesakitan. Baru boleh tarik nafas lega sikit.
Baru -baru ini, Wani mencuba 2 produk untuk review. Sebotol Minyak Herba Asmak dan satu lagi Bedak Asmak. Kedua - dua produk ini dah guna. Entri ini Wani nak khususkan untuk Minyak Herba Asmak sahaja.
Sebelum itu, kita kenali dulu dengan Minyak Herba Asmak yang telah dikeluarkan oleh syarikat MHAM Sdn Bhd, sesuai dengan motto 1 RUMAH, 1 MHAM. Kita menyingkap dulu rahsia di sebalik Minyak Herba Asmak ini. banyak kebaikan daripada menggunakan minyak asmak ini, terutamanya untuk pesakit asma.
Formulasi baru Dengan Teknologi Nano
MHAM adalah singkatan kepada nama syarikat dan merupakan lambang jenama terbaik untuk produk asma, semput, batuk dan lain- lain.Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ( MHAMSB ) telah mengeluarkan dua produk setakat ini.
Mengenai Minyak Herba Asmak sebelum ini dikenali dengan Minyak Herba Asma Mujarab kemudian ditukar kepada Minyak Herba Asma dan terkini dengan nama Minyak Herba Asmak. Dengan nama baru ini, mudah- mudahan produk Minyak Herba Asmak akan lebih jauh ke depan. Lagipun dengan formulasi baru dengan teknologi nano yang telah dibuat khusus untuk pengguna agar lebih selamat dan suci serta lebih pantas tahap keberkesannya terhadap pengguna.
Untuk pengetahuan semua, penawar mujarab berasaskan minyak berkualiti dan herba terpilih mampu disembuhkan dengan izin Allah
Minyak Herba Asmak ini diperbuat daripada Minyak zaitun, Minyak kelapa dara, Habbatus Sauda, Pati gamat dan Herba terpilih yang bukan sahaja selamat,tapi suci. Gunakan tanpa was-was kerana ia adalah hasil dari R&D (Research & Development ) atau Penyelidikan dan Pembangunan dan menggunakan Teknologi Nano.
Kandungan minyak ini sebotol ialah 30ml.Dengan hanya sebotol sahaja dan penggunaan tak sampai suku botol,99% pelanggan telah pun dapat melihat keberkesanan dan merasai sendiri keajaiban minyak ini untuk sembuhkan asma dan pelbagai masalah lain dengan cepat dan berkesan. Cuma bergantung atas individu,yang penting gunakan dengan yakin, cara pakai yang betul, konsisten dan teruskan berdoa.
Minyak Herba Asmak ini telah terbukti berkesan mengatasi masalah seperti :
1. Asma
2. Semput
3. Batuk
4. Selsema
5. Gatal kulit
6. Sakit kepala - mata - gigi
7. Migrain
8. Sembelit
9. Buasir
10. Bengkak
11. Lenguh
12. Sengugut
13. Tergeliat
14. Luka
Kelebihan Menggunakan Minyak Asmak
1- Jimat wang tak perlu berhabis untuk ubat,dan rawatan lain yang cuma mengurangkan kesakitan yang ada.
2- Jimat masa,tak perlu lagi ke klinik atau hospital untuk guna inhaler/nebulizer.
3-Dengan hanya sebotol sudah boleh rasai perubahan.
4- Kesan seawal 1 hari- 30 hari bergantung pada tahap penerimaan dan cara penggunaan.
5- Sesuai untuk semua peringkat umur.
Cara penggunaan Minyak Herba Asmak
1. Tebuk lubang pada "stopper" (penutup putih ) di botol minyak supaya senang digunakan dan jimat dengan saiz tebukan sederhana.
2. Goncangkan sebelum guna.
3. Sebagai sapuan asas, sapukan dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang, juga boleh disapu pada tapak kaki.
Pengalaman Guna Minyak Asmak
Selepas penat melakukan kerja seharian, kita semestinya sudah terlalu penat, lenguh - lenguh badan sudah menjadi kebiasaan. Pengalaman kali pertama wani menggunakan minyak herba asmak, wani memang mengalami lenguh - lenguh terutamanya sekitar lengan dan bahu
Wani sapu sekitar lengan, bahu dan tengkuk sebelah malam sebelum nak tidur, ikut arahan yang diberikan.lagipun sebagai sapuan asas. wanignya bau, rasa berangin lagi. Lagipun minyak ini menyerap cepat ke dalam kulit,Jadinya tidur malam tu rasa selesa. Minyak herba asmak ini bukan sahaja dapat melegakan lenguh - lenguh badan, malah boleh meredakan kesakitan yang lain seperti selsema, sakit gigi dan lain -lain
Setakat ini, hanya bagi tahu pengalaman untuk menghilangkan lenguh -lenguh dan ada sekali kembung perut, teringat ada makan kekacang semalam. Agak alergik sikit dengan kekacang tapi makan juga. Bila makan, mulalah beberapa jam selepas itu, perut terasa kembung dan tak selesa. Nasib baik ada Minyak Herba Asmak sebagai penyelamat. Sapu di bahagian perut dan pinggang, tapak kaki untuk lebih berkesan.
Bagi pengalaman sendiri, minyak asmak ini sangat efektif sekiranya cara yang betul digunakan. InsyaAllah kesakitan akan sembuh
Cara Penggunaan Yang Betul Untuk Sapuan
BATUK DAN ASMA
Tapak kaki Labu betisBawah pelipatDada dibahagian depan dan belakang secara menyeluruh TengkukLeher dan kawasan bawah dagu *Untuk bayi boleh tambah dengan melakukan tepukan " percussion" dan rawatan stim
SELSEMA :
1. Sedikit menggunakan putik kapas di kawasan dalam hidung 2. Atas hidung, batang hidung hingga ke ubun - ubun
DEMAM sapu seperti batuk tetapi turut sapu di dahi
SAKIT GIGI :
1. Bahagian luar pipi ( kawasan gigi yang sakit ) 2. Kawasan gigi yang sakit menggunakan putik kapas
KEMBUNG PERUT, SEMBELIT : Perut PinggangLabu betis Tapak kaki LUKA BERSALIN CEASEREAN ( czer )
Lap kering bahagian luka dan sapu minyak ( terutama serdak minyak) di atas kawasan luka
SENGATAN berbisa, benjol, lebam, sakit urat dan lain - lain atau sapu di tempat yang sakit
MIGRAIN : Sekeliling dahi TengkukLeher BISUL, sapu di kawasan bisul
SAKIT PINGGANG & LENGUH - LENGUHSapu terus di kawasan yang berasa lenguh dan sakit
CIRIT - BIRIT, sapu di bahagian bawah perut (ari - ari)
SENGUGUT1. Sapu ketika datang haid 2. Semasa sakit di bahagian bawah perut ( ari - ari )
Kegunaan lain minyak ini :
Resdung : sapu di hidung dan calitkan dalam hidung jika ada lendir yang keluar ( tetapi keringkan dahulu kawasan dalam hidung) . kemudian sapu di dahi sehingga ke ubun-ubun
Ulser, gigitan serangga, buasir, strok, gatal, tergeliat, lenguh, bengkak dan lain-lain
1 RUMAH, 1 MHAMSejajar dengan motto "1 RUMAH, 1 MHAM untuk keperluan ibu, anak & sekeluarga". Minyak herba asmak ini sesuai dan selamat digunakan untuk kesemua peringkat umur dari bayi sehinggalah orang dewasa. Oleh itu, cara yang betul menggunakan produk ini amatlah penting supaya penggunaan minyak ini berkesan ke atas kesakitan yang dialami.
Cara Guna Minyak Asmak Pada Kanak - Kanak Bawah 6 Tahun
1. Sapu di dada, leher, belakang badan, pelipat - pelipat, labu betis dan tapak kaki
2. Amalkan buat tepuk khas guna tangan berbentuk c - cup di bahagian kiri dan kanan belakang badan supaya kahak / hingus menjadi longgar ( bermaksud mudah turun dari lokasi kahak / hingus di dada)
* AMARAN ! jangan tepuk betul-betul di atas tulang belakang tapi di kawasan tepinya sedikit
Cara membuat tepukan c - cup adalah seperti cara kebiasaan para ibu buat tepukan c-cup percussion ketika melakukan " stim bawang putih"
BAGI KANAK - KANAK dan DEWASA yang ASMA susah nak hilang.
Waktu dinihari ( 2 pagi sehingga subuh ) digalakkan sapu minyak kepada kanak-kanak atau orang dewasa.
Ini adalah kerana pada waktu dinihari dan subuh, rongga laluan pernafasan akan terbuka luas dari biasa.semasa itulah biasanya pengguna bereaksi terhadap minyak seperti muntah, buang air besar, berkahak / berhingus, hingus hijau meleleh keluar sendiri.Dicadangkan, selepas sarapan baru bagi pengguna tidur.Amalkan minum air mineral sepanjang tempoh sakit. jikalau pengguna masih minum susu tepung, elok berhentikan sementara wantu minum susu tepung.Jika asma semakin teruk, teruskan penggunaan,usah berhenti menggunakannya. Cuma boleh berinisiatif kurangkan sapuan kerana ianya merupakan salah satu proses penyembuhan (healing crisis). InsyaAllah akan lebih baik dan perlu istiqomah (berterusan).Banyakkan Minum Air Masak Sekiranya serangan asma telah berkurangan, pakai apabila perlu sahaja.Di antara proses penyembuhan ( healing crisis ).Anak akan muntah Kahak semakin banyak dan boleh jadi batuk semakin kuat serta tekak kering ( biasanya peringkat awal sahaja - banyakkan minum air masak ).Keluar lendir hijau.Sebahagian kanak - kanak akan demam.Najis berlendir seperti kahak / hingus.Jika ada timbul bintik - bintik ruam, tipiskan sapuan dan jangan berhenti sapu. boleh juga diselangkan dengan penggunaan Bedak Asma.
Sapuan yang SALAH dan penggunaan minyak yang tidak konsisten akan menyebabkan ia kurang efisien dan tahap keberkesanan tidak jelas.
Sapukan sekerap yang boleh terutamanya selepas mandi dan sebelum tidur. jika kurang perubahan sapukan dengan lebih kerap. InsyaAllah dengan satu botol anda mampu merasai perubahan.
Buat permulaan, jika asma teruk, sapu sekerap yang mungkin dengan konsisten. mudah - mudahan dengan sapuan selalu dan istiqomah, sakit akan sembuh, bila sudah sembuh, sapu bila perlu sahaja.
Testimoni Pengguna
Minyak asmak ini telah menjadi penawar asma pada bayi dan juga penawar asma untuk orang dewasa juga. Banyak testimoni dari pengguna yang telah menggunakan minyak asmak untuk merawat kesakitan. Alhamdulillah, rata- rata pengguna memberi maklum balas yang positif
Testimoni pengguna juga memberi maklum balas positif bagi merawat sakit seperti buasir, sakit gigi. Senggugut dan lain -lain. Ini di antara testimoni dari pengguna.untuk mengetahui banyak lagi testimoni lain boleh ke website rasmi syarikat dan juga official facebook page. Link untuk ke facebook dan website rasmi syarikat telah disertakan pada hujung entri ini
Keistimewaan Menggunakan Minyak Herba Asma Yang Kini Dengan Nama Baru Minyak Herba Asmak (MHAM)
1. Minyak Herba Asmak telah mengambil masa yang lama untuk menjalani R&D agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat
2. Kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat,lebih suci,tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi
3. Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah
4. Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh lebih cepat
5. Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan
Jaminan Produk
Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID. Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba
- Produk ini selamat dan suci kepada pengguna.
- Dapatkan minyak ini dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) dan jika ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka
-Dapatkan minyak ini dari Pengedar sah yang mempunyai ID dari syarikat MHAMSB.Seramai 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu
- Cubalah Minyak Herba Asmak yang original dari syarikat MHAMSB sekarang.
- Buat masa ini, Minyak Herba Asmak tiada hologram. Hati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku menjual Minyak Herba Asmak, tetapi menipu. Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru.
Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus :
Hotline HQ : 019 - 970 8897Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
Website Minyak Herba Asmak :http://penawarasma.com.my/
Ig : mham.sdnbhdhttps://www.instagram.com/mham.sdnbhd/
Facebook Page :Penawar Asma Mujarabhttps://www.facebook.com/penawarasma/
Minyak Herba Asmak HQminyak herba asma mujarab sdn bhd
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2016/11/minyak-herba-asmak-penawar-mujarab.html