Pengalaman Menggunakan Kad Bigpay Selama Sebulan


Bagi mereka yang masih lagi belum mencuba kad Bigpay, Bigpay merupakan aplikasi e-wallet dan kad debit yang dihasilkan oleh BigPay Malaysia Sdn. Bhd, sebuah subsidiari AirAsia Sdn. Bhd bagi menggalakkan masyarakat untuk menjalankan transaksi harian tanpa tunai. Misi mereka cukup mudah. Mereka mahu menjadi penyedia perkhidmatan kewangan abad ke 21 yang lebih baik berbanding bank. Paling penting, perkhidmatan tanpa sempadan.
Buat pengetahuan semua, Bigpay bukanlah e-wallet seperti Boost dan Kiplepay  yang hanya menyediakan perkhidmatan menggunakan qrcode jika anda ingin membuat dan menerima, sebaliknya mereka juga ada menyediakan kad untuk pengguna mereka. Saya percaya ini adalah salah satu strategi mereka untuk mengembangkan pengaruh mereka dek kerana pembayaran menggunakan qrcode masih belum cukup matang di Malaysia.
Menariknya, kad Bigpay ini disertakan sekali dengan kemudahan rangkaian Masterkad. Sebab itu ada sesetengah daripada pengguna yang menggelarkan kad Bigpay ini sebagai travel card kerana anda boleh menggunakan kad ini diseluruh dunia dengan hampir 40 juta merchant yang berdaftar kecuali merchant Masterkad di Korea Utara dan Israel. Jika anda tidak ada niat untuk melawat Kim Jong-un dan Ariel Sharon, sepatutnya ini bukannya satu masalah bukan? Hahaha.
Kelebihan Kad Bigpay Antara daya tarikan mengapa kebanyakan rakyat Malaysia berminat untuk mendapatkan kad ini adalah perkhidmatan yang disediakan diluar negara yang berbaloi disamping masih lagi digunakan untuk kegunaan harian didalam negara. Antara kebaikan yang anda boleh dapat ketika menggunakan kad Bigpay ini adalah seperti berikut:
Pembelian tiket AirAsia tanpa caj
Kebiasaannya jika anda membeli tiket penerbangan Air Asia menggunakan online banking, anda akan dicaj sebanyak RM4. Jika anda menggunakan kad debit visa dan master yang biasa, anda akan dikenakan caj sehinggan RM14. Jika anda menggunakan kad ini, caj yang dikenakan adalah RM0. Its free. Kadar tukaran wang asing terbaik
Bigpay akan memberikan kadar tukaran wang asing terbaik untuk anda jika melibatkan mata wang asing. 0% caj yang dikenakan. Disamping itu, anda boleh mengeluarkan wang daripada ATM luar negara dengan caj serendah RM10 sahaja bersamaan USD2.39 sahaja. Agak berpatutan. Mata ganjaran BigPoint
E-wallet ini telah diintegrasikan dengan Big Loyalty Programme yang menjadikan setiap transaksi yang layak akan menerima Bigpoint. Jadi secara tidak langsung boleh digunakan untuk dapat diskaun untuk tiket penerbangan AirAsia. Setiap RM10 transaksi anda akan menerima 1 Bigpoint. Percuma RM10 untuk pengguna kali pertama
Jika anda pertama kali menggunakan perkhidmatan ini, maka eloklah anda berdaftar untuk mendapatkan RM10 percuma untuk pengguna kali pertama. Selepas mendaftar, anda cuba perlu memasukkan promo code ” EQ0F5WURAG ” dan automatik wang tersebut akan dimasukkan dalam akaun anda. Baiklah. Cukuplah kita sibuk bercerita tentang aplikasi dan kadnya. Sekarang saya nak bercerita pula kepada anda semua tentang pengalaman saya memohon kad ini. Nak tengok adalah kad bigpay ini best seperti yang digembar gemburkan.
Jadi kita mulakan dengan proses pendaftaran dahulu.
Proses permohonan kad Bigpay Ada beberapa perkara yang saya lakukan semasa mula mendaftar kad Bigpay ini. Antara proses pendaftaran termasuklah polisi KYC (Know your customer) yang melibatkan scan muka. Turutannya adalah seperti berikut:
Muat turun aplikasi Bigpay daripada playstore. Masukkan no telefon bimbit anda. Masukkan kod pengesahan sms. Setkan password untuk login. Isi maklumat diri dan alamat penerimaan kad. Masukkan referral code ” EQ0F5WURAG ” pada ruangan tersebut untuk Rm10 percuma. Tangkap gambar IC. Tangkap gambar muka. Rakam suara anda. Buat pembayaran deposit RM20. (Anda akan dapat balik dalam bentuk kredit) Selesai. Proses penghantaran kad dalam 5-7 hari bekerja. Sepanjang proses tersebut saya tidak dapat log masuk kedalam aplikasi untuk tujuan pengesahan. Nak tak nak terpaksalah tunggu kad sampai.
Proses selepas kad sampai Disini ada sedikit penipuan yang telah dilakukan oleh Bigpay. Dia kata tempoh proses penghantaran adalah 5-7 hari bekerja. Ada ke patut 2 hari je dah sampai. Pantas gila. Hahahahaha. Servis agak terbaik, maka tanpa melenggahkan masa saya terus ke proses mengaktifkan kad dahulu.
Ini adalah lampiran kad yang saya terima daripada pihak mereka.
Rekaan yang menarik
Surat yang dilampirkan bersama Kad Bigpay
Kad pun sudah dapat. Jadi perkara pertama yang perlu saya lakukan selepas dapat kad tersebut adalah dengan mengambil nombor 3 digit CVV di belakang kad yang sama terima dan daftarkannya didalam aplikasi Bigpay.
Sebaik sahaja kad diaktifkan, maka bolehlah saya untuk mengakses segala kemudahan yang disediakan didalam aplikasi. Perkara pertama yang saya lakukan adalah dengan menetapkan password untuk kad saya.
Buat pengetahuan semua, password bagi kad dan aplikasi adalah sesuatu yang berbeza. Password aplikasi hanyalah untuk kegunaan di telefon bimbit sahaja dan password di kad adalah untuk kegunaan di terminal (ketika membuat pembayaran) dan ATM. Jadi setkannya diruangan card > pin setting > enter you password.
Pengalaman bersama kad Bigpay Tujuan mengapa saya menggunakan kad Bigpay ini adalah dengan niat untuk menjadikan ia sebagai kad perbelanjaan saya. Jadi saya boleh berbelanja dengan had berdasarkan bajet bulanan memandangkan saya hadapi sedikit kesukaran untuk menggunakan qrcode disesetengah tempat (saya penggemar e-wallet). Sambil-sambil itu bolehlah kumpul Bigpoint. Saya sendiri hendak menjadikan tahun 2021 tahun untuk giat melancong. Untung juga dapat diskaun. Hahaha.
Baca juga: 7 sebab mengapa Boost e-wallet menjadi pilihan warga Kuala Lumpur
Baca juga: KiplePay: e-Wallet dari kaca mata pengguna celik IT
Selain daripada itu, saya juga boleh merancang kewangan dengan lebih baik. Masukkan duit belanja dan membeli belah, pakailah kau sampai habis. Memandangkan kad Bigpay berfungsi sebagai kad prepaid yang dikuasakan dengan mastercard, berbelanja kini bukan lagi satu halangan.
Lagipun saya gemar untuk berbelanja untuk dengan menggunakan mata wang USD. Kebanyakan wang saya dihabiskan di Steam (Dota 2), Udemy (laman web tutorial), pembelian Facebook Star untuk menyokong streamer kegemaran saya serta beberapa tempat pembelian source code untuk projek sambilan. Jadi saya tidak perlu risau dengan keselamatan kad debit saya.
Anda nak tahu pula bagaimana aplikasi BigPay berfungsi? Berikut antara paparan interface aplikasi.

Paparan muka depan dan My BIG Points

Paparan graf perbelanjaan dan pembayaran
Berkongsi pengalaman bersama anda, saya berikan kelebihan dan kekurangan kad Bigpay sepanjang penggunaan saya setakat ini.
Kelebihan Kad Bigpay Penghantaran kad fizikal yang efisyen Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, penghantaran kad yang pantas betul-betul memuaskan hati saya. Walaupun dijanjikan penghantaran dalam tempoh masa seminggu, kad sampai kurang daripada 2 hari. Ini sekaligus memudahkan masa untuk terus menggunakan perkhidmatan BigPay.
Kad yang diintegrasikan dengan mastercard Saya dapat rasakan Bigpay ini dapat mengenalpasti permasalahan untuk membudayakan penggunaan QRCode di pasaran. Jadi mereka mengintegrasikan penggunaan ini bersama Mastercard di mana-mana tempat yang menyokong penggunaan kad debit dan kredit. Bijak. Saya pun dengan senang hati menghulurkan kad dan menjalankan transaksi kurang daripada 60 saat.
Sistem pengurusan perbelanjaan automatik Menerusi aplikasi Bigpay, setiap perbelanjaan yang dilakukan oleh saya akan dikelaskan mengikut kategori perbelanjaan saya. Ini termasuklah makanan, hiburan, membeli barangan runcit dan banyak lagi. Seperti saya sebelum ini menggunakan aplikasi pengurusan kewangan, dengan Bigpay urusan menjejak rekod kewangan akan menjadi lebih mudah.
Fungsi keselamatan Freeze card jika hilang Kad yang hilang cukup merungsingkan terutama jumlah wang yang banyak terkandung didalam ewallet. Namun tidak perlu khuatir, terdapat fungsi Freeze card didalam ewallet Bigpay sekaligus memudahkan anda untuk bertindak dengan pantas didalam menangani masalah kehilangan kad.
Kekurangan Kad Bigpay Sistem pembayaran Bigpoint yang tricky Bigpay dikenali sebagai penyedia perkhidmatan yang kerap mengubah polisi BigPoint. Diketika saya menggunakan perkhidmatan ini, setiap RM10 yang dibelanjakan akan diberikan sebanyak 1 poin. Namun begitu apa yang berlaku adalah sebaliknya. RM10 = 1 poin per transaksi sahaja. Bayangkan saya berbelanja RM775.71 pada bulan Dec 2019, namun saya hanya menerima 64 poin. Memang tidaklah kalau saya nak genapkan perbelanjaan dengan gandaan RM10.
Kekurangan tempat yang menyokong QRCode Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan mereka di sekitar Kuala Lumpur, tak ada satu pun kedai atau restoran atau tempat yang menyokong pembayaran Bigpay menggunakan QRCode. Ini seolah-olah saya melanggan perkhidmatan mereka hanya sekadar untuk menggunakan kad. Bukannya keduanya.
Caj pengeluaran wang daripada ATM yang mahal Jika anda sudah mula menjadi masyarakat tanpa tunai, kalau boleh kekalkan seperti itu. Ini kerana menggunakan kad Bigpay untuk mengeluarkan wang dari mana-mana mesin ATM bakal membebankan anda. RM4 adalah caj minimum yang dikenakan untuk perkhidmatan tersebut. Agak mahal jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan MEPS yang hanya mengenakan caj RM1.06 untuk setiap transaksi.
Kesimpulan penggunaan
Baiklah itu sahaja perkongsian yang saya ingin kongsikan kepada anda. Tanpa disedari 7 kebaikan kad Bigpay telah diberikan oleh saya berbanding kepada 3 keburukannya. Itu sebenarnya adalah signal untuk menyatakan kepada anda penggunaan kad Bigpay adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan.
Jika anda belum lagi mendaftar sebagai pengguna, anda boleh membuat permohonan kad ini di laman web rasmi Bigpay.
Laman web rasmi Bigpay: Klik sini
Daftar sekarang sebagai pengguna Bigpay untuk menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh mereka. Buat kaki travel diluar sana, kad ini adalah kit wajib yang perlu anda miliki. Jangan lupa untuk menggunakan kod promo ” EQ0F5WURAG ” untuk mendapatkan RM10 secara percuma didalam ewallet anda.
The post Pengalaman menggunakan kad Bigpay selama sebulan appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/kad-bigpay-ewallet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Bermesyuarat Guru Menggunakan Google Meet Dalam Fasa Pkpp

Pengalaman Bermesyuarat Guru Menggunakan Google Meet Dalam Fasa Pkpp

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 500 hits
As Salam Pengalaman Bermesyuarat Guru Menggunakan Google Meet Dalam Fasa PKPP Yelah Namapun kena biasakan norma baharu dalam life style kita sejak Virus Covid 19 menyerang seluruh dunia Sekolah saya pula pada pagi tadi buat kali pertama men...
Mengulik 10 Gelar Sarjana Online Paling Populer Makin Banyak Peminat Selama Pandemi

Mengulik 10 Gelar Sarjana Online Paling Populer Makin Banyak Peminat Selama Pandemi

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 261 hits
Kuliah online mungkin di masa depan bakal makin banyak peminatnya Coba cek nih apa saja yang sudah terkenal di kancah internasional
Kemen Pppa Waspadai Kdrt Selama Pandemi Covid 19

Kemen Pppa Waspadai Kdrt Selama Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 247 hits
Menindaklanjuti masalah tersebut Kemen PPPA melakukan Peningkatan Kapasitas Manajemen Penanganan Kasus KDRT dalam situasi ini bagi Dinas PPPA dan lembaga penyedia layanan yang diharapkan dapat lebih pro aktif menjemput bola untuk mendapatka...
Mual Selama Dua Minggu Mawar Rashid Akui Tak Sedar Hamil Anak Kedua

Mual Selama Dua Minggu Mawar Rashid Akui Tak Sedar Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 579 hits
Bertindak bertemu pakar Ginekologi sekitar minggu lepas bagi mengesahkan tentang kehamilannya pelakon jelita Mawar Rashid akui tidak sedar bahawa dirinya telah berbadan dua meskipun tidak datang bulan Kata Mawar beliau hanya mengetahui diri...
Jarang Disadari Inilah 4 Malaikat Yang Yang Menyertai Manusia Selama Di Dunia

Jarang Disadari Inilah 4 Malaikat Yang Yang Menyertai Manusia Selama Di Dunia

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 269 hits
Ada 4 Malaikat yang yang Menyertai Manusia Selama di Dunia Namun hal ini jarang disadari oleh mereka dari sejak diciptakan di rahim ibunya hingga di hari meninggalnya bahkan ketika mereka di alam kubur hingga hari kiamat Dalam artikel ini k...
Ihsg Menguat 1 27 Persen Selama Sepekan

Ihsg Menguat 1 27 Persen Selama Sepekan

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 263 hits
PT Bursa Efek Indonesia mencatat pasar modal bergerak bervariasi selama sepekan pada periode 15 sampai 19 Juni 2020 Indeks Harga Saham Gabungan tercatat meningkat sebesar 1 27 persen pada level 4 942 275 dari level 4 880 359 pada pekan sebe...
Selama Masa Transisi Penumpang Bus Transjakarta Naik 22 Persen

Selama Masa Transisi Penumpang Bus Transjakarta Naik 22 Persen

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 251 hits
Kepala Divisi Sekretaris Korporasi dan Humas PT Transportasi Jakarta Nadia Diposanjoyo mengatakan pihaknya melakukan penambahan tiga rute integrasi stasiun Kereta Commuter Indonesia sejak status PSBB diumumkan
Ini Beberapa Solusi Dan Hal Yang Perlu Diperhatikan Soal Tumbuh Kembang Anak Selama Masa Pandemi

Ini Beberapa Solusi Dan Hal Yang Perlu Diperhatikan Soal Tumbuh Kembang Anak Selama Masa Pandemi

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 307 hits
Masa pandemi jadi tantangan tersendiri bagi orang tua dalam mengurus anaknya Berikut ini beberapa solusi dan masalah yang dipaparkan pada sesi live IG Hipwee yang bisa membantu para orang tua
Pam Jaya Selama Psbb Konsumsi Air Bersih Di Jakarta Menurun

Pam Jaya Selama Psbb Konsumsi Air Bersih Di Jakarta Menurun

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 216 hits
Dia menjelaskan penurunan konsumsi air tersebut dikarenakan sejumlah perusahaan dan pelaku industri tidak beroperasi Kendati begitu adanya kenaikan konsumsi di sektor rumah tangga sebab adanya pelaksanaan work form home
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp