Pengalaman Bermesyuarat Guru Menggunakan Google Meet Dalam Fasa Pkpp
As Salam,Pengalaman Bermesyuarat Guru Menggunakan Google Meet Dalam Fasa PKPP-Yelah.Namapun kena biasakan norma baharu dalam life style kita sejak Virus Covid-19 menyerang seluruh dunia.Sekolah saya pula, pada pagi tadi buat kali pertama menjalankan mesyuarat Guru secara maya dengan kemudahan Google Meet.Terima kasih banyak-banyak pakcik Google atas kemudahan ini, idoklah teman nak pi sekolah dalam mood PKPP.Mood tengah on balik kampung je.ahaks
Paparan skrin apps Google Meet yang dulunya berbayar tapi semenjak menularnya wabak Covid-19 dan budaya kerja WFH maka Google mengambil inisiatif menawarkan apps Google Meet ini secara percuma.Dengarnya sehingga Julai ini-Apapun bersyukurlah dengan kemudahan yang seperti ini yang bagi saya sangat praktikal, menjimatkan masa dan tenaga
Orait, memandangkan inilah kali pertama kami menggunakan Google Meet, rasanya tidaklah terlalu cuak sangat.Google Meet ni boleh dibuat sama ada kita menggunakan phone atau laptop.Ikut keselesaan masing-masing.Sebelum makluman mesyuarat akan dijalankan, pihak pentadbir dah umumkan tarikh dan masa mesyuarat akan diadakan.Agenda mesyuarat juga sudah maklumkan awal
Hebahan mesyuarat dengan aplikasi Google Meet dalam grup wassap Official sekolah
Bagi kebanyakan guru atau sesiapa yang bekerja secara maya atau work from home (WFH), kemudahan bermesyuarat, menjalankan bengkel atau seminar dengan Google Meet ni sebenarnya sudah menjadi norma baharu yang diaplikasikan dalam rutin harian pekerjaan mereka
Bagi saya secara keseluruhan, Google Meet ini sangat perlu kepada capaian internet yang tinggi.Ada kalangan rakan guru sekolah saya yang terpaksa datang juga ke sekolah dan mengikuti mesyuarat di Bilik Aksess kerana kekangan capaian internet yang lemah di kediaman masing-masing
Walaupun ada kalangan rakan yang agak kekok menggunakan paparan Google Meet (termasuk saya sendiri pada mulanya) tetapi bersyukur kerana ramai rakan yang berkongsi info dengan cara menaip pada ruangan chat supaya off microphone, on camera bila bercakap atau present.Jadi, selepas ini saya merasakan semua orang pun akan mula membiasakan diri dengan kemudahan ini kerana kami pula kalangan Ketua Panitia akan menyusul untuk mengadakan perbincangan sesama ahli iaitu selepas mesyuarat Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit Ko Kurikulum
Mahu tidak mahu, musibah yang melanda kita ini rupanya mendatangkan manfaat dan hikmah yang sangat besar dalam usaha kita meneroka kemudahan baru dalam teknologi maklumat yang sedia ada.Jadi, kali ini saya mahu kongsikan sedikit info tentang Cara Mudah Menjalankan Mesyuarat dengan kemudahan Google Meet.
Cara dan Tips Mudah Menjalankan Mesyuarat dengan kemudahan Google Meet.( Menggunakan PC )Pertama sekali taip dan search alamat url ini (https://meet.google.com/) menggunakan enjin carian atau browser Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge atau SafariBiasanya admin yang menganjurkan mesyuarat atau pertemuan, akan berkongsi link atau pautan untuk kita join atau start meeting.Kita boleh guna link yang diberi dan terus ke pautan yang diberi.Apabila kita dah berada di laman Google Meet, boleh klik "Join" atau "start a meeting".Dialog box akan keluar dan memaklumkan untuk menggunakan atau akses kamera dan mikrofon.Kita digalakkan supaya buat mode mute semasa mesyuarat sudah bermula bagi mengelakkan gangguan bunyi atau suara dalam pertemuan tersebut.Kecuali jika kita akan "Present" maka tukar mode mute kepada on mic.Sepanjang mesyuarat berlangsung, jika ada soalan, boleh sahaja kita taip mesej atau soalan di bahagian chat. Jadi ia lebih prakktikal berbanding kita tunggu selesai mesyuarat baru bertanya soalan.Boleh juga kita tukar layout paparan skrin sama ada spotlight, tile atau sidebar.Klik pada menu setting untuk menukar paparan ini.Setelah mesyuarat selesai kita boleh klik butang off camera dan "left the meeting".Mudah sahaja bukan.Kemudahan ini boleh juga digunakan untuk PDPC maya bagi guru yang ingin mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Kekangan bagi guru-guru di sekolah kami yang hampir majoriti murid dari latar belakang yang agak sederhana, maka tidak ramai yang mempunyai liputan internet yang luas dan laju
Jika mengikut laporan mesyuarat tadi, kami ditunjukkan dengan bilangan keseluruhan murid yang mengikuti pembelajaran sepanjang tempoh fasa PKP dan PKPB sebelum ini, secara purata lebih kurang 55 peratus sahaja pelajar yang terlibat menjayakan pdpc maya.Selebihnya menghadapi kekangan seperti berada di kampung, kemudahan capaian internet yang rendah dan juga masalah-masalah lain.
Jadi sebagai meraikan antara dua perbezaan murid di sekolah, biasanya saya akan selang seli teknik pengajaran sama ada menggunakan worksheet yang membolehkan murid salin atau print helaian latihan.Dan pada masa lain, saya akan menyediakan soalan dalam bentuk Google Form atau menggunakan aplikasi Quizizz.com.Ada juga saya kongsikan video pembelajaran yang saya upload dari Youtube.
Antara koleksi soalan atau kuiz yang saya sediakan untuk murid-murid saya di tahun 1 dan 2
Yang bestnya bila kita guna apps ini murid dapat terus jawab kuiz yang disediakan melalui pautan link yang dikongsikan guru dalam grup wassap kelas.Selepas itu, guru akan dapat laporan penuh tentang score yang diperolehi murid, analisa setiap soalan bagi setiap murid yang menjawab dan murid boleh mencuba banyak kali untuk mendapat score yang lebih tinggi.Hal-hal positif macam ni memang sangat sesuai dengan environment WFH dalam fasa PKPP
Ini pula antara koleksi soalan atau homework yang saya sediakan untuk anak-anak murid sepanjang fasa PKP dan PKPB.Sekolah saya menetapkan jadual pembelajaran bagi subjek teras sepanjang fasa PKP dan PKPB.Dalam seminggu, kami akan mengajar secara maya dengan pelbagai kaedah mengikut jadual subjek yang ditetapkan.
Sebenarnya banyak juga pilihan koleksi soalan yang kalangan guru boleh dapatkan dari dalam internet, tetapi saya memilih untuk sediakan sendiri latihan atau kuiz kerana mahu mencuba sendiri kepelbagaian cara menyediakan latihan kepada murid.Selain untuk kepuasan sendiri, saya juga lebih faham kebolehan dan kemampuan murid saya dalam pembelajaran mereka.Apapun, tidak salah juga menggunakan pelbagai bentuk latihan yang disediakan dan dikongsikan oleh kalangan guru lain dari seluruh negara, asalkan tujuan dan matlamat pdpc itu tercapai dengan jayanya:)
Orait, nampaknya setakat ini dahulu perkongsian dan pengalaman saya mengikuti mesyuarat dengan Google Meet (pertama kali dalam sejarah perkhidmatan kot ) dan juga sedikit pengalaman saya WFH sebagai guru dengan menggunakan pelbagai kaedah pdpc
Semoga dapat berkongsi kebaikan ini dengan kalangan rakan guru dari sekolah lain yang mungkin memerlukan.InshaAllah:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/06/pengalaman-bermesyuarat-guru.html