Pengalaman Mendaki Bukit Bendera Disember 2018 Bersama Keluarga


Assalamualaikum,
Terima kasih kerana menziarahi blog ini. Saya doakan anda semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah

Mendaki Bukit Bendera Bersama Keluarga
Rasanya, ini dah kali ke 10 saya mendaki Bukit Bendera

Ada beberapa laluan untuk naik ke atas. Cuma yang saya pernah naik adalah dari Moon Gate dan dari Heritage Trail
Kedua duanya mempunyai pengalaman yang berbeza. 
Baca Pengalaman Ikut Moon Gate : Klik Sini
Baca Pengalaman Ikut Heritage Trail : Klik Sini
Pendakian Bersama Keluarga
Ni first time kami sefamily mendaki bersama

Saya selalu juga naik Bukit Bendera ni. Bukan apa, macam best jugak la. Boleh beriadah sambil sihatkan badan


Nak naik Bukit Bendera, anda kena pergi ke Kebun Bunga / Botanical Garden di Penang untuk parking kereta. 

Para peserta semuanya ceria. Saya nasihatkan mereka bawa air satu orang 1 liter. Sebab semuanya jenis tak pernah hiking. So, air sangat diperlukan. Takut penat, haus. Mana nak cari air dalam perjalanan tu


Bergambar di Moongate dulu. Pintu masuk nak naik Bukit Bendera. 
Dari kiri Adam, 13 tahun, Abg Jan 46 tahun, Aiman 12 tahun, Kak Aza 46 tahun, Hazim 17 tahun, saya 37 tahun, Farees 9 tahun, Aiman 13 tahun


Naik laluan Moongate ni memang ada laluan bertangga macam ni memula tu. Apa lagi, memasing dah nak mengah. Maka pit stop pertama. Semua ambil nafas dulu


Lets the journey begin

Semua masih bersemangat dan bertenaga


Saya bagi tahu mereka, perjalanan dijangka ambil masa 3 jam. Ini pengalaman saya yang terdahulu. Paling lama pun 3 jam 30 minit. Ada jer kawan buat 2 jam 30 minit. Total jarak dijangka adalah 6km

Ini bukan pertandingan yer, it's time to enjoy yourself dan layan alam semulajadi yang mendamaikan


Rehat lagi. Minum dulu sambil makan bekalan yang ada


Tengok muka Aiman ( Kiri ) pun boleh nampak kepenatan yang dia sedang lalui. Actually dia baru nak baik demam tu. Tapi pergi juga trip ni sebab kalau tak join hari ni, tak tahu bila lagi nak dapat peluang macam ni


Suasana yang cantik sepanjang pendakian ini


Laluan jalan semuanya cantik dan elok. So, just enjoy the journey


Ada laluan denai yang kecil macam ni. Naik turun bukit gak la sebenarnya. Bukan sekadar naik saja. 

Ada tempat rehat macam ni, kita rehat dulu. Semua orang memberi kata kata motivasi buat Aiman. He is fighting with his own spirit


So far so good. Semua yang lain masih bersemangat dan steady. 

Selepas dua jam setengah, kami sampai ke laluan bertar ini. Di sini ada dua jalan. Boleh naik terus mini tar ni atau pilih jalan jungle tracking lagi


Biasa saya pilih jalan tar. Sebab tak pernah lalu ikut hutan ni. Tapi, dia orang semua nak naik ikut hutan. Sebab dalam perjalanan ada orang advise naik ikut hutan. Lagi dekat katanya. So saya ikut sahajalah. 

Perjalanan diteruskan dengan memasuki laluan hutan semula. Saya tak pernah lalu lagi jalan ni. So, kita tawakkal sajalah. Dah jalan lebih kurang 400m, semua orang macam tak sedap hati. Betul ke jalan kami lalu ni? 
Saya dan Hazim ditugaskan untuk patah balik nak tengok kalau kalau kami ada terlepas simpang. Huhu. Nak patah balik tu terasa macam azab

Sampai balik ke jalan raya tadi, ternyata tiada simpang yang kami terlepas. Maksudnya betullah jalan tu

 Kami teruskan perjalanan lagi. Memasing makin penat


Jumpa balik jalan bersimen pula


Then jumpa jalan yang saya selalu guna lalu Laluan Warisan. Adoi, macam jauh lagi jer ni


Semua orang makin kepenatan. Perjalanan masih jauh. Huhu... Pendakian diteruskan


Selepas 4 jam pendakian, akhirnya kami sampai jua ke puncak Bukit Bendera. Semua kepenatan. It's not easy. Summary, kami tersalah jalan. Kalau naik ikut jalan bertar, kami hanya akan berjalan 6km. Tapi hari tu, kami berjalan total 8km. Saya tak tahu jalan mana yang saya salah. Sebab saya sendiri tak pernah guna laluan tu


Atas bukit bendera ada macam macam ais krim dan ais kacang yang sekali tengok, bergetar tulang rusuk. Apa lagi, belasah order la


Semua orang sorang satu aiskrim. Saya dan Farees share jer lah. Sebab Farees tak leh makan ais banyak. 
Kemudian, kami turun kembali ke bawah dengan keretapi Bukit Bendera jer lah. Bayar RM3 jer untuk turun

Di stesen bawah, kami order grab dan terus kembali ke Botanical Garden ke tempat parking kereta

Begitulah ceritanya

Pengajaran :
1. It's a nice journey. Kalau boleh, try lah sekali naik Bukit Bendera ni dengan hiking. Kalau weekend memang ramai naik. So, jangan takut nak sesat. Bila dah jalan tu, ikut jer orang

2. Datang awal ke Moongate. Sebaiknya mula pendakian jam 7.00 - 7.30 pagi. Masa ni ramai orang mula naik. Jangan takut sangat dengan sesat jalan. Sebab dia ada satu jalan. Sangat minimum belok belok ni

3. Boleh download Apps View Rangers. Ia apps macam Waze tapi untuk hiking dalam hutan

4. Bawa air 1 liter untuk yang tak biasa naik. Anda mungkin perlu banyak air. Dalam perjalanan 3-4 jam tu tak ada orang jual air yer

5. Bila sampai laluan bertar, kalau dah emergency. Tahan ajer kereta atau motor untuk naik ke atas. Bayar la sikit duit kat depa

6. Bagus bawa anak anak join sekali, sebab ia boleh melatih minda mereka untuk 'Berjuang Sehingga Ke Garisan Penamat'

7. Saya bawa Farees first time masa umur 9 tahun. Rasanya 9 tahun dah boleh kot. Kalau 7 tahun rasa macam 50-50 gak la

8. Sepanjang perjalanan ada Line Celcom penuh yer. So, boleh la nak call in case of anything happen


Balik rumah, Opah bagi RM50 setiap seorang cucu yang berjaya sampai ke puncak Bukit Bendera


Senyum ajer Aiman

Ok. That's the story

Semoga anda boleh plan trip untuk family anda. Insya Allah, it's a nice journey

Mohd Firdaus Mat SaadMotivating And Inspiring Others


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdaus.com.my/2018/12/pengalaman-mendaki-bukit-bendera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 972 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pesta Pulau Pinang akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun Kali terakhir admin melawat pesta pulau pinang ini pada tahun 2012 Alhamdulillah tahun 2018 admin berkesempatan melawat pesta pula...
30 Disember 2018 Permulaan Low Iodine Diet

30 Disember 2018 Permulaan Low Iodine Diet

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 703 hits
30 DISEMBER 2018 PERMULAAN LOW IODINE DIET Mungkin ramai yang tahu dan tidak tahu yang aku seorang pengidap Kegagalan Buah Pinggang Tahap Akhir dan juga Kanser Tiroid Untuk kerosakan buah pinggang aku alaminya sejak berumur 4 tahun Dan untu...
Disember 2018 Menutup Cerita

Disember 2018 Menutup Cerita

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 876 hits
sehari dua lagi disember akan meninggalkan kita macam tak lengkap pulak rasanya notaharianmama ni kalau takde gambar roses hujung hujung tahun gini ecehhh bunga betul puas dah tengok hari hari lama dok kampung disember tahun ni tapi tak ter...
Analisis Teknikal Gbp Usd Untuk 24 Disember 2018

Analisis Teknikal Gbp Usd Untuk 24 Disember 2018

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 326 hits
Gambaran Keseluruhan Pasangan mata wang GBP USD ini telah menembusi tahap rintangan 1 2604 yang menjadi sokongan kuat pada semalam Tahap ini adalah bertepatan dengan Penarikan semula Fibonacci 38 2 yang dijangka akan bertindak sebagai sokon...
Alexa 19 Disember 2018

Alexa 19 Disember 2018

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 355 hits
Alexa 19 Disember 2018Global Rank 2 725 870Rank in Malaysia 33 041
Bukit Merah Laketown Resort Percutian Untuk Keluarga

Bukit Merah Laketown Resort Percutian Untuk Keluarga

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 779 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Pada 18 hingga 20 Disember 2018 yang lalu Zumal telah menyertai satu lagi aktiviti travelogue bersama Team Travelogue Malaysia Kali ini destinasi kami adalah Bukit Merah Laketown Resort Sebenarn...
Analisis Teknikal Nzd Usd Untuk 17 Disember 2018

Analisis Teknikal Nzd Usd Untuk 17 Disember 2018

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 376 hits
Gambaran Keseluruhan Pasangan mata wang NZD USD telah menembusi tahap rintangan yang kini bertukar menjadi sokongan kuat pada tahap 0 6705 pada minggu ini Tahap 0 6705 adalah bertepatan dengan nisbah emas yang dijangka akan bertindak sebaga...
Catatan Pengalaman Penulisanku Dari Tahun 2008 Hingga 2018

Catatan Pengalaman Penulisanku Dari Tahun 2008 Hingga 2018

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 470 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 2008 Saya hanya fikir saya nak menulis dan hantar karya kepada editor akhbar dan majalah sahaja Saya mahu melihat karya saya disiarkan Seronoknya tidak terkata Ketika itu saya pulun menulis dan menghant...
Pengalaman Di Escape Theme Park Penang 2018

Pengalaman Di Escape Theme Park Penang 2018

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 540 hits
It s A Place For Those Who Love NatureAssalamualaikum Siapa pernah pergi ke Escape Theme Park Penang Alhamdulillah saya dah pergi 2 3 kali sebelum ni Memang best tapi harga memang agak mahal So jom layan story pengalaman saya ke Escape Them...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba