Team Travelogue MalaysiaBila sampai je ke Bukit Merah Laketown Resort, fuh macam-macam ada, dari water park, eco park, resort dan macam-macam lagi. Zumal ni rasa sangat-sangat teruja tau. Tak sabar nak tahu apa yang ada di Bukit Merah Laketown Resort ni??? Jom terokainya bersama Zumal.
Inilah pintu masuk ke water park Bukit Merah Laketown ResortBukit Merah Laketown Resort sememangnya terkenal dengan taman tema air untuk penduduk di utara Malaysia. Terdapat pelbagai permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Ianya juga sangat luas dan mampu menampung pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.
Bukit Merah Water ParkApabila, korang masuk je water park korang akan jumpa macam kat atas tu. Boleh la membasahkan diri lalu dekat situ bagi memulakan pengembaraan di water park.
Seronok anak-anak kalau dapat main kat sini
Inilah kawasan air yang memisahkan Family Splash Adventure tuRacer Slide
Ini adalah permainan seterusnya rakan-rakan media kami main. Yang ini siapa dapat bertahan di puncak bola tu dia la menang. Tapi rakan-rakan media ni semua bijak-bijak tak ada sorang pun terjatuh masa naik atas bola tu. Tabik springgg da... Zumal kat mana? Zumal ambil gambar je sebab tak mampu memanjat. Biasa la dah berumur.
Kami dalam bot untuk ke Pulau Orang Utan
Ini la Pulau Orang UtanPulau Orang Utan ini mula dibuka untuk pengunjung pada tahun 2000. Pulau Orang Utan ini sebenarnya adalah untuk penyelidikan dan pemiliharaan spesies orang utan di Malaysia. Di sini juga telah berjaya melahir anak orang utan. Jumlah orang utan di sini lebih kurang 24 ekor. 
Yang ni sekor je bergayut kat tasik
Orang utan ni bebas ke sana-sini di pulau ini
Lebih banyak hidup bersendirianUntuk pengetahuan semua, orang utan di pulau ini tidak dikurung sebalik kita yang ingin melawat mereka yang masuk dalam sangkar. Laluan pengunjung di sini memang di dalam sangkar untuk keselamatan.
Di tepi laluan pengunjung terdapat pelbagai tanaman herba
Yang belakang ni patung jePulau Orang Utan ini juga ada hospital untuk merawat orang utan yang sakit dan juga memberi bantuan untuk bayi yang baru lahir.
Inilah pusat rawatan untuk orang utanKalau korang nak tahu, orang utan mempunyai DNA 97% sama dengan manusia. Mereka telah menghadapi kepupusan di habitat asal, jadi di sini la tempat untuk memulihara spesies ini. Korang juga disaran membantu dalam proses pemuliharaan orang utan ini dengan melawat mereka di Bukit Merah Laketown Resort. Hasil dari tiket itu dapatlah menyumbang kepada program pemuliharaan ini. Jom kita bantu mereka.
Laluan ke Eco Park
Eddy bergambar dengan Peacock Dekat Ecopark ni terdapat pelbagai jenis burung, buaya, beruang, binturung, musang, arnab, ular, arapaima, rusa dan banyak lagi la. Macam burung-burung kita berpeluang untuk pegang mereka, haiwan lain kita boleh ambil pengalaman untuk memberi mereka makan.
Sopan je dia ambil makanan
Yang ni pemalu sikit
Merak ni kalau korang bernasib baik dia akan keluar ke laluan pengunjung
Naff sedang beri arapaima makan
Naff bergambar dengan arnabSeram tengok ikan arapaima gigas tu makan. Ikan tu pun dah sebesar orang, kalau dia jumpa orang agaknya dia makan kot.
SkyCycleOkay, kita cerita tentang skycycle pula. Skycycle ni treknya cuma sepanjang 200 meter. Menarik tentang skycycle ni adalah ianya dikayuh menggunakan tangan. Satu unit boleh memuatkan 2 hingga 3 orang. Skycycle membawa kita melalui hutan kecil dan melintasi ecopark.
Sally dan Sienny memulakan kayuhan
Zumal naik skycycle dengan Eddy dan Tajul
Pemandangan Kampung Air Water Chalet dari jeti Ecopark
Dalam bilik kami
Kemasan kayu membangkit suasana tenang
Televisyen dan di bawahnya ada mini bar
Bilik air yang luas
Ruang rehat di balkoniKalau korang berpeluang menginap di Kampung Air, korang boleh memancing di balkoni bilik korang. Dekat sini banyak ikan toman yang pasti buat kaki pancing teruja la.
Berehat di balkoni kejapMerenung masa depan
Zumal pun tak lepas peluang memancingLe Lac RestaurantSemasa penginapan kami di Bukit Merah Laketown Resort ini, semua makan dan minum kami adalah di Le Lac Restaurant. Untuk makan pagi dan tengah hari adalah secara buffet. Manakala malamnya korang boleh pilih antara, buffet, barbeque ataupun steamboat. Yang pasti menu dekat Le Lac ni semuanya sedap-sedap.
Kami berkesempatan bergambar dengan chef
Aktiviti BBQ
Steamboat
Fireshow
Persembahan yang memukau
Persembahan api mengikut irama muzik
Tetamu juga diberi kesempatan untuk bergaya dengan api
Zumal di Art Lane
Bnayak port menarik untuk bergambar
Di Art Lane juga korang boleh nikmati Kebab, Pizza dan Ais Krim Gulung
Eddy menanti aiskrim gulung
Inilah salah satu menu aiskrim gulung di sini
Thanks Eddy untuk gambar iniDi Night Safari ni korang kena bawak bekal kamera yang sesuai jika nak tangkap gambar yer sebab ianya disebelah malam jadi kalau kamera tak sesuai korang hanya dapat gelap malam je la. Hehe..
Zifarah ni jinak boleh pegang-pegang
Badak sumbu, besar gila haiwan ni
Kuda belang
Badak-badak air sedang diberi makanKebanyakan haiwan di sini korang boleh tengok walaupun malam tapi cuma kamera Zumal je la tak dapat capture semua. Kalau korang nak tengok kena terjah sendiri ke Night Safari Taiping|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |