Pengalaman Memalukan Makan Di Pulau Ketam Yong Tau Foo



Ayuni tak suka makan yong tau foo tetapi entah macam mana hari ini terlangkah pula ke kedai makan Pulau Ketam Yong Tau Foo yang baru dibuka di Nu Sentral siang tadi. Mula-mula ingat nak beli takoyaki di situ (kalau masih ingat lagi dulu ada kedai takoyaki dan kafe Kampong Kravers sebelah KFC, berhampiran pawagam GSC di tingkat 5). Tengok-tengok kedai takoyaki dan Kampong Kravers dah tak ada dan digantikan dengan Pulau Ketam Yong Tau Foo

Mama yang merupakan peminat yong tau foo terus kata dia nak cuba makan di situ. Tambahan lagi dia tertarik dengan konsep kedai yong tau foo yang baru tu jadi dia ingin tahu cara servis makanan mereka. Ayuni pun bagi Mama pilih set yang dia mahu sambil Ayuni bayarkan untuk dia di kaunter. Kedai ni amalkan konsep layan diri tetapi makanan akan dihantar oleh staf ke meja kita

Mama pilih set yang ada 3 keping yong tau foo campur chee cheong fun dengan kuah sos pekat. Mula-mula Ayuni tengok saja Mama makan sendirian. Tapi nampak menarik pula warna cokelat kuah sos yang panas-panas tu. Ayuni pun ambil satu lagi sudu dan cuba rasa sikit sos dari pinggan Mama. Memang sedap! Sos dia rasa berlemak dan tak kuat sangat manis atau masin, sangat sesuai dengan rasa fishcake yang Mama pilih. 

Suasana sekitar tempat makan bersih dan tenang. Servis dia bagus. Sudu, garfu, chopstick dan kicap mudah dicapai. Hidangan panas. Makanan dibubuh daun bawang atasnya. Cuma ada satu benda saja yang Mama tak puas hati..

"Chee cheong fun dia lembik sangatlah... kena bagitahu staf dia ni," kata Mama sambil mengangkat sekeping chee cheong fun yang sudah kembang dan lembik dengan garfu

Orang tua-tua lebih memahami peraturan makanan tradisi bahawa chee cheong fun harus dihidang dalam keadaan kenyal. Itu makanan zaman mereka di saat kita lebih mengenali pizza dan kimchi. Kebetulan pula staf-staf yang menyediakan makanan di kedai tersebut terdiri daripada pekerja warga asing yang kelihatan seperti warga bangsa Arab atau Pakistan; hanya dua orang staf gadis yang berbangsa India dan Melayu bekerja sebagai pelayan untuk menghantar makanan. Jadi mungkin mereka sangka chee cheong fun memang dihidang dalam keadaan lembik

Ayuni pun panggil salah seorang gadis pelayan dan memberitahu dia tentang aduan Mama. Gadis tu kata mereka akan gantikan dengan set yong tau foo baru. Kami pun tunggu. 
Tak lama kemudian gadis pelayan seorang lagi menghantar satu set yong tau foo dengan kuah sup tanpa berkata apa-apa. Kami rasa hairan sebab kenapa dia tak hantar set yang ada chee cheong fun. Mama kata mungkin sebab dia tak reti nak bagi chee cheong fun yang tak lembik jadi dia gantikan dengan set lain. Yong tau foo dengan kuah sup dia pun sedap, rasa macam makan oden

Tengah sedap-sedap Mama makan set yong tau foo baru yang diganti, tiba-tiba staf bangsa Arab atau Pakistan tu keluar dari dapur dan menuju ke arah kami. Dia pandang ke arah Mama lalu bertanya, "Sorry, excuse me... is this the food you ordered?" 
Mama nampak keliru. Lepas tu staf tu pandang ke arah seorang perempuan Cina tua yang sedang duduk tak jauh daripada meja kami. Ayuni perasan perempuan tu tak dapat-dapat pesanan dia dari tadi. Masa tu otak Ayuni dah terdetik apa yang tak kena..

Staf tu panggil pelayan tadi. Dia tanya pelayan tu makanan tadi dihantar pada siapa. Gadis tu jawab dari jauh, "Already sent to the Chinese lady!"

"Which Chinese lady?" Staf tu tanya balik sambil mendepangkan tangannya ke arah Mama dan perempuan Cina tua tadi. 
Rasa macam nak tersembur air teh o ais yang dapat percuma sekali dengan set yong tau foo. Muka Mama dah lain

Bila perempuan Cina tu tersedar makanan dia telah tersalah dihantar ke Mama, wajah dia berkerut lalu dia cepat-cepat pergi ke kaunter untuk memilih set menu dia semula. Staf tersebut mengejar dia sambil minta maaf banyak kali. 
Mama pula dah rasa hilang selera sebab bersalah sangat dan kasihan dengan perempuan Cina tadi. Terus dia ajak Ayuni keluar meninggalkan kedai dengan perasaan malu. Ayuni pula rasa tak tahan nak gelak sebab Mama disalah sangka sebagai Cina


Walaupun mengalami pengalaman yang memalukan di Pulau Ketam Yong Tau Foo, tapi tak dapat dinafikan memang puas hatilah makan sebab yong tau foo dia memang sedap dan saiz set hidangan dia berbaloi dengan harga - satu set boleh dinikmati dua orang makan. Cuma itulah, mereka perlu jaga-jaga supaya chee cheong fun tak lembik

Makanan di Pulau Ketam Yong Tau Foo berasaskan makanan vegetarian diperbuat daripada tauhu, sayuran dan bebola ikan oleh itu pelanggan tak kira bangsa dan agama semuanya boleh makan di sini. Kecuali bagi pelanggan yang ada alahan terhadap sayur, tauhu, fishcake, fishball dan gandum

Harga makanan di Pulau Ketam Yong Tau Foo ni boleh tahan murahlah kalau dikira ikut harga KL. Menu dia terdiri daripada set 3-5 keping yong tau foo bermula dari harga RM8.50 dengan pilihan kuah sup, kari atau sos. Boleh pilih nak makan yong tau foo dengan mi, nasi atau chee cheong fun. Kalau beli set yang ada chee cheong fun baru boleh pilih kuah sos. Paling menarik set dia dapat sekali air teh o ais percuma... best kan? Nanti kalau datang ke sini lagi sekali Ayuni nak cuba yong tau foo dengan kuah kari pula

Siapa yang berminat nak cuba yong tau foo bolehlah pergi ke lokasi tersebut: Nu Sentral (L5.13A & 15), Jalan 5/15, Kuala Lumpur Sentral, 46000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2019/03/pengalaman-memalukan-makan-di-pulau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Makan Meatballs Di Ikea Cheras

Pengalaman Makan Meatballs Di Ikea Cheras

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 1010 hits
Salam to all readers Jujur aku cakap sepanjang aku pergi IKEA baik dengan family mahupun kawan kawan tak pernah pun merasa makan meatballs dekat IKEA Semalam lepas habis kerja aku and Ain aku ke IKEA Cheras Ain dah biasa makan meatballs dek...
Tersilap Makan Cuka Kandungan Pertama Gugur Kehamilan Kedua Lebih Berhati Hati Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa Ma Tv

Tersilap Makan Cuka Kandungan Pertama Gugur Kehamilan Kedua Lebih Berhati Hati Ibu Kongsi Pengalaman Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 390 hits
Tersilap makan cuka kandungan pertamanya keguguran Pada kehamilan kedua ibu ini lebih berhati hati dalam mengatur pemakanan dan nutrien untuk kehamilan Puan Nisa Riduan berkongsi tentang pengalamannya dalam rancangan TV Pa Ma Musim Keempat ...
Bagi Anak Gajet Waktu Makan Sebab Anak Tak Duduk Diam Sebenarnya Salah Ada 7 Cara Atasinya

Bagi Anak Gajet Waktu Makan Sebab Anak Tak Duduk Diam Sebenarnya Salah Ada 7 Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 380 hits
Menjadi kebiasaan sesetengah ibu bapa sekarang memberikan anak anak gajet tidak kira masa asalkan dapat menenangkan anak anak dari tantrum Ada juga yang memberikan gajet dan bangga anak dapat menggunakan gajet di usia yang sangat muda Bila ...
Raja Takdak Daulat Makan Duit Haram Lagi Penghinaan Terhadap Agong Dan Raja Melayu

Raja Takdak Daulat Makan Duit Haram Lagi Penghinaan Terhadap Agong Dan Raja Melayu

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 874 hits
Nampaknya media sosial terus disalahguna untuk menghina dan memfitnah Agong dan Raja raja Melayu sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu Terbaru seorang individu yang menggunakan nama Sharil Chain telah memuat naik status memfitnah YDPA...
Ini Tips Bagi Yang Selalu Makan Nasi Bungkus

Ini Tips Bagi Yang Selalu Makan Nasi Bungkus

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 552 hits
Bagi yang selalu makan bungkus Tips ni memang kena buat Bila agaknya diri sendiri nak latih diri bawa bekas plastik pergi kedai kalau nak beli bungkus Itulah Tupperware yang mahal tu simpan je dalam almari Beli makan bungkus balut polistrin...
Bolehkah Makan Ubat Dengan Minum Air Kelapa Ini Jawapan Daripada Doktor

Bolehkah Makan Ubat Dengan Minum Air Kelapa Ini Jawapan Daripada Doktor

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 438 hits
FMT Reporters Keadaan cuaca yang panas melanda Malaysia ketika ini sudah semestinya membuatkan tekak anda sentiasa kering dan dahaga Selain memilih untuk kurangkan aktiviti di luar minum air yang secukupnya juga mampu mengekalkan seseorang ...
Korang Yang Suka Makan Ulam Raja Mesti Baca Ni

Korang Yang Suka Makan Ulam Raja Mesti Baca Ni

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 650 hits
Korang yang suka makan ulam raja mesti baca ni Assalamualaikum wbt Peminat ulaman wajib menjadi ulam sebagai menu wajib setiap kali mereka makan Macam cikla dulu memang agak memilih ulam Tapi sekarang semua ulam cikla telan Kecuali jeringla...
Adam Corrie Teruja Suap Anak Makan Sampai Fateh Tertidur Aksi Comelnya Jadi Perhatian

Adam Corrie Teruja Suap Anak Makan Sampai Fateh Tertidur Aksi Comelnya Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 249 hits
Rasa macam baru lagi Adam Fateh Lee dilahirkan Dah pun masuk 8 bulan Makin besar ni macam macam gelagatnya yang buatkan mak dan abahnya gembira Sejak akhir akhir ni apabila Fateh dah belajar makan Adam Corrie Lee sangat teruja dan rajin mel...
Kajian Makan Tahi Hidung Dan Makanan Terjatuh Tingkat Sistem Imunisasi

Kajian Makan Tahi Hidung Dan Makanan Terjatuh Tingkat Sistem Imunisasi

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 818 hits
ORANG ramai sepatutnya mengorek dan memakan tahi hidung bagi meningkatkan sistem imunisasi jelas pakar baru baru ini Portal Dailymail co uk melaporkan ahli dermatologi Denver Dr Meg Lemon juga memberitahu orang ramai agar tidak membuang mak...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik